KERAJAAN TURUT BERSEKONGKOL DENGAN ISRAEL APABILA MEMBENARKAN SYARIKAT MALAYSIA BERURUS NIAGA DENGAN ISRAEL

Kenyataan Media Bersama

MAPIM dan SHURA

23hb Februari 2012

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) kesal dan membantah keras dasar kerajaan mengizinkan syarikat Malaysia berusniaga dengan syarikat atau kerajaan Israel.

Kerajaan Malaysia tidak boleh berlepas tangan dengan mengatakan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel tetapi merestui syarikat Malaysia mengadakan hubungan perniagaan dengan Israel.

Ini sama dengan mengatakan sebuah ketua rumah tidak mahu mengiktiraf perompak tetapi membenarkan anggota keluarganya berurusan dengan perombak untuk mendapat keuntungan bersama .

Apakah kerajaan boleh menganggap dirinya bersih dari menyokong ekonomi Israel dengan hanya mengatakan dia tidak mengiktiraf Israel tetapi maseh mahu mengadakan hubungan ekonomi dengan sebuah negara haram iaitu Israel.

Bukankah ini merupakan polisi hipokrit . Dalam satu ketika Malaysia tidak mahu iktiraf Israel namun dalam ketika yang lain turut menyumbang kepada aktiviti ekonomi Israel.

Kami dengan ini mendesak kerajaan Malaysia mendedahkan semua syarikat semada milik swasta yang bertapak di Malaysia atau mana-mana syarikat GLC yang mengadakan urusniaga dengan mana-mana syarikat Israel.

Kerajaan juga hendaklah mendedahkan apakah barangan dan perkhidmatan Israel yang masuk ke Malaysia melalui pihak ketiga seperti Singapore dan Thailand.

Kerajaan perlu telus mengenai urusniaga yang dijalankan antara syarikat-syarikat Malaysia dan Israel . Kerajaan juga hendaklah mendedahkan  berapakah nilai perniagaan yang dilakukan antara  pihak-pihak berkenaan dengan Israel.

Kami tidak dapat menerima alasan kerajaan  bahawa urusniaga syarikat swasta dengan Israel tidak boleh dikawal . Dengan segala kelulusan yang berkaitan dengan import dan eskport yang pasti melalui agensi-agensi kerajaan yang berkaitan , perdagangan dengan Israel sememangnya boleh dipantau dan dihalang.

Kami mendesak supaya suatu dasar yang jelas mengenai larangan berusniaga dengan mana-mana syarikat Israel hendaklah ditetapkan dengan jelas dan tegas.

Kami mengutuk keputusan pihak berkuasa yang membenarkan kapal syarikat Israel berlabuh di pelabuhan Klang.

 Jika Gaza dikenakan dasar kepungan (blockade) sepenuhnya oleh tentera Israel sehingga tidak memungkin mana-mana kapal luar mendekati pantai Gaza , kenapa Malaysia dengan mudah membenarkan kapal Israel berlabuh di perairan Malaysia.

 Bukankah ini menunjukkan Malaysia tidak konsisten dengan penentangannya terhadap Israel.

MAPIM dan SHURA mendesak supaya kerajaan tidak membenarkan mana-mana kapal perdagangan Israel masuk ke dalam perairan Malaysia. Mengizinkan kapal Israel berlabuh walaupun tidak membenarkan krewnya mendarat tidak membawa erti apa-apa kerana yang jelas ialah kebenaran memasukki perairan Malaysia itu sendiri sudah memberi mesej bahawa Malaysia merestui dan mengiktiraf Israel.

Mohd Azmi Abdul Hamid                                 Abdul Ghani Samsuddin

Setiausaha Agong MAPIM                              Pengerusi SHURA

 

keratan akhbar : harakahdaily

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 340,661 hits
Kalendar
Februari 2012
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  
%d bloggers like this: