HAK ASASI MANUSIA PELARIAN ETNIK ROHINGYA MESTI DILINDUNGI SEGERA

Kenyataan Media Bersama

SHURA dan MAPIM

24hb Februari 2012

Pada hari ini 24hb Februari 2012 suatu persidangan bengkel khas telah diadaka oleh Sekretariat Himpunan Ulama Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) untuk membincangkan mengenai nasib pelarian etnik Rohingya .

(SHURA) dan  (MAPIM) mendesak supaya Hak Asasi Manusia (HAM) etnik Rohingya di Myanmar  dikembalikan dan dilindungi. .

Etnik yang seluruhnya adalah Muslim kini  berhadapan dengan penindasan dari junta Myanmar sejak tahun 1992 di bawah operasi tentera NaSaKa .

Sehingga ini nasib etnik Rohingya Muslim sangat menyedihkan dan menjadi pelarian bukan sahaja dalam negeri Myanmar akan tetapi juga menjadi pelarian di luar Myanmar.

Statistik pelarian Rohingya sudah mencecah lebih dari setengah juta di Negara seperti Bangladesh ,Thailand , Malaysia , Indonesia , Pakistan , dan di Saudi Arabia.

Pada hari ini di Bangladesh, mereka berada di kemah-kemah yang sangat daif dan ratusan ribu yang lari dari Myanmar hidup dalam keadaan paling buruk tanpa masa depan.  Kem pelarian Rohingya di Bangladesh adalah yang terburuk di dunia.Setakat ini mereka hidup menderita dan mati di kem-kem pelarian atau melarikan diri melalui laut untuk membina hidup ditempat lain. Bantuan kemanusiaan sangat sedikit yang dapat dihulurkan kepada mereka.

Agensi PBB iaitu United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) sehingga ini tidak dapat membela nasib pelarian Rohingya . Pelarian Rohingya tidak dapat pulang ke Myanmar dan tidak pula dibenarkan berintegrasi di Bangladesh untuk mendapat kerakyatan . Berhijrah ke Negara lain sahaja adalah pilihan mereka.
Pelarian Etnik Rohingya  di Negara-negara lain melalui penderitaan yang juga amat menyedihkan .

Nasib mereka yang maseh tinggal di wilayah Arakan ( kini Rakhine)  lebih menyedihkan  hak asasi manusia yang ternafi. Etnik Rohingya kini tidak mempuyai kewarnegaraan di dalam Myanmar itu sendiri . Regim tentera tealh memberi dua pilihan : menerima budaya hidup Barman dan menjadi penganut Buddha atau keluar dari Myanmar .

Kini nasib etnik Rohingya sedang mengalami proses penghapusan. ( “a people at the brink of extermination.”)

Peace and Development Council (SPDC), iaitu badan paling berkuasa Myanmar tidak mengiktiraf etnik “Rohingya”. Mereka tidak dianggap termasuk dalam salah satu 135 etnik di Myanmar . Lantaran itu mereka tidak diberi kerakyatan penuh dibawah undang-undang Kerakyatan 1982.

Regim tentera junta telah menghadkan pergerakan etnik Rohingya di dalam Negara itu , Mereka dipaksa mendapat keizinan untuk bergerak dari satu kampong ke satu kampong . Peraturan ini tidak dikenakan kepada etnik lain. Ini menyalahi Artikel 13 Deklarasi  UDHR (Universal Declaration of Human Rights) .

Etnik Rohingya ditindas dengan menjadikan mereka  buruh paksa . Tanah mereka telah dirampas untuk dijadi sebagai “ model villages “. Tanah diambil dengan tanpa sebarang pampasan. Ini juga melanggar undang-undang antarabangsa CRC dan dalam konvensyen CEDAW yang ditandatangai oleh kerajaan Myanmar sendiri.

Etnik Rohingya juga ditindas dalam bentuk cukai yang sangat menekan. Semua hasil pertanian dicukai dengan tinggi.

Sejak 1992 mereka juga tidak dibenarkan berkahwin tanpa kebenaran dari tentera.. Jika kebenaran hendak diperolehi mereka perlu cukai yang sangat tinggi.

Kehadhiran UNHCR dan agensi UN dan NGOs tidak melindungi hak etnik Rohingya .Pelarian selepas September 1992 tidak diiktiraf oleh UN .Kini lebih 350,000 melarikan diri ke Bangladesh .Laporan  International Federation of Human Rights League (FIDH) telah mengkritik UNHCR yang tidak memnuhi mandate untuk memlindungi hak pelarian Rohingya.

Kami merasa kecewa sehingga ini dunia Islam dari OIC tidak membantuk untuk membantu nasib pelarian Rohingya. Sehingga ini isu Rohingya tidak diberi perhatian oleh OIC dan NGO Islam.

Kami mengesa juga  supaya kerajaan Malaysia segara memberi perhatian terhadap etnik Rohingya yang menjadi pelarian di Negara ini. Di anggarkan seramai antara 20,000-40,000 orang  pelarian Rohingya berada di Malaysia dan dokumen yang mereka ada hanya kad UNHCR . Itupun ramai dikalangan mereka tidak mendapat kad UNHCR kerana proses yang sangat perlahan.

Kami sangat prihatin terhadap nasib mereka terutama dikalangan kanak-kanak , wanita , remaja , warga emas yang melarikan diri ke Malaysia tetapi tidak mendapat pembelaan sewajarnya semada melalui agensi-agensi yang sedia ada mahupun dari masyarakat setempat.

Kami mengesa supaya anak-anak mereka diberi kebenaran untuk bersekolah di sekolah-sekolah kebangsaan . Pihak Kementerian Pendidikan hendaklah memberi kelonggaran atas dasar kemanusiaan untuk membantu masa depan anak-anak Rohingya di Negara ini.

Kami juga menuntut agar kemudahan khidmat kesihatan pelarian etnik Rohingya juga diberi agar mereka tidak tertekan untuk membayar kadar yuran khidmat kesihatan swasta yang tinggi.

Untuk itu kami juga berpandangan dengan pendaftaran pelarian Rohingya di UNHCR mereka seharusnya diberi peluang untuk mencari pekerjaan di Malaysia. Jika tidak masa depan mereka amat gelap .

Kami menyarankan kerajaan Malaysia menyuarakan nasib umat Islam Rohingya kepada OIC agar kezaliman junta Myanmar ke atas mereka dihentikan dan hak asasi mereka dilindungi. OIC tidak boleh memejamkan mata kepada nasib Rohingya hanya kerana mereka tidak berada dalam Negara OIC.

Kami menuntut agar sekretariat ASEAN berperanan untuk membela nasib Rohingya. Pihak Myanmar mesti diingatkan bahwa syarat penyertaan mereka dalam ASEAN hendaklah juga melibatkan soal hak asasi manusia.

 

Abdul Ghani Samsudin                                                    Mohd Azmi Abdul Hamid

Pengerusi SHURA                                                             Setiausaha Agung MAPIM

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden
2 comments on “HAK ASASI MANUSIA PELARIAN ETNIK ROHINGYA MESTI DILINDUNGI SEGERA
  1. This web site truly has all the information and facts I wanted concerning this subject and didn’t know who to ask.

  2. I don’t know whether it’s just me or if everyone else experiencing issues with your blog.
    It appears like some of the text within your posts are running off the screen.
    Can someone else please comment and let me know if
    this is happening to them too? This could be a issue with my web browser
    because I’ve had this happen previously. Appreciate it

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,515 hits
Kalendar
Februari 2012
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  
%d bloggers like this: