MAPIM MERAYU MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU MENGADAKAN SIDANG KHAS UNTUK UJUDKAN UNDANG-UNDANG MURTAD YANG SERAGAM

Kenyataan Media MAPIM

27hb Februari 2012

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)  memohon Majlis Raja-raja Melayu mengadakan sidang  khas agar sebuah undang-undang murtad yang seragam diseluruh Negara diujudkan untuk membendung gejala murtad.

Undang-undang tersebut hendaklah boleh dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa agama dan dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Kesalahan menjalankan kegiatan cuba memurtadkan orang Islam selama ini sepatutnya boleh  didakwa di mahkamah  sivil akan tetapi sehingga ini penguatkuasaannya maseh menjadi tanda tanya  

Sementara ujud enakmen negeri-negeri mengenai murtad kecuali beberapa negeri yang maseh belum mengujudkan undang-undang tersebut , MAPIM berpendapat sebuah Akta yang khusus dan seragam perlu digubal untuk memastikan permohonan pertukaran agama dari Islam kepada agama lain dapat dihalang.

Kami mendapati kini ujud undang-undang yang tidak selaras antara negeri-neger dan ini i telah menyebabkan berlakunya beberapa peruntukan yang longgar mengenai isu murtad .

Oleh itu tindakan perlu diambil untuk memperkemaskan peruntukan dalam undang-undang tersebut demi mengekang gejala  murtad.

Disamping itu MAPIM juga berpendapat akibat kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang , telah menyebabkan  umat Islam terdedah kepada  agenda pihak tetentu yang mahu mencari peluang untuk menggugat aqidah umat Islam.

Kelamahan  penguatkuasaan  adalah  punca undang-undang murtad  ini tidak dapat dilaksanakan secara berkesan.

MAPIM merayu Majis Raja Melayu memberi perhatian yang serius kepada masalah pegangan aqidah umat Islam yang perlu dilindungi bukan sahaja dengan pendidikan dan kesedaran , namun juga hendaklah diperkukuhkan melalui perundangan kerana murtad adalah termasuk dalam bidang jenayah Islam.

Penyelerasan undang-undang murtad perlu dilakukan bagi memastuikan agar tidak ada negeri di Negara ini yang membolehkan seseorang itu mengistiharkan dirinya keluar dari agama Islam.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausaha Agong MAPIM

keratan akhbar : Harakahdaily, Berita Harian

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,612 hits
Kalendar
Februari 2012
M T W T F S S
« Jan   Mar »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  
%d bloggers like this: