DAKWAH BIL HIKMAH & OUTREACH DAKWAH

بسم الله الرحمن الرحيم

 

 (دَعْوَة بِالْحِكْمَة)

 ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ – النحل : 125

 “Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”

 

DA’WAH   –    الدَّعوَة

Maksud da’wah ialah  menyeru/mengajak kepada Allah ( الدعوة إلى الله ).

Sebagaimana firman Allah:

قُلْ هَٰذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي ۖ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ – يوسف : 108

Maksudnya, “Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.”   ( Yusuf : 108 )

 

Manakala yang dimaksudkan menyeru/mengajak kepada Allah (الدعوة إلى الله) IALAH mengajak/menyeru kepada agamaNya iaitu ISLAM.  Lihat firman Allah,

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الإِسْلامُ

Maksudnya: “Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.    ( Aali Imran : 19 ).

 

Berdasarkan kenyataan di atas dapatlah kita rumuskan bahawa da’wah ada usul-usul(dasar-dasar)nya  ( أصول الدعوة). Ianya terbahagi empat iaitu :

1-  Isi Kandungan Da’wah     –    مَوضُوعُ الدَّعوَة

2-  Penda’wah            –    الدَّاعِي

3-  Sasaran Da’wah        –    المَدْعُو

4-  Method – Wasilah Da’wah –    وَسَائِلُ الدعوةِ وَأَسَالِيبُهَا

 

  1.  1.  Isi Kandungan Da’wahموضوع الدعوة

Isi kandungan atau apa yang hendak didakwahkan ialah Islam itu sendiri. Islam sebagaimana yang diwahyukan oleh Allah kepada RasulNya Muhammad saw di dalam al-Quran dan Sunnah Baginda saw.

 

Maka Islam itu adalah Islam yang sempurna dan menyeluruh dalam seluruh aspek hidup samada aqidah, ibadah, muamalah, munakahat dan  jenayah. Merangkumi persoalan hidup individu, berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.

 

Islam yang menyeluruh (comprehensive – شمول). Islam yang memerintah bukan diperintah. Oleh itu umat Islam wajib menegakkan sebuah negara Islam  yang terlaksana di dalamnya hukum-hakam Allah.Itulah tanggungjawab sebagai khalifah (إقامة الدين وسياسة الدنيا به)

 

Antara tajuk-tajuk di bawah “Isi Da’wah” :

 

a. Takrif dan definisi Islam

b. Huraian rukun-rukun Islam

c. Keistimewaan Islam

d. Nizam Kehidupan (نظام الحياة)   –  kemasyarakatan, Ekonomi, Politik, Jihad

undang jenayah   –  Dan lain-lain.

  1.    2.  Penda’wah (Da’i )الداعي

Siapakah Pendakwah

 

Da’i ialah orang yang dipertanggungjawab oleh syarak bagi menyeru manusia kepada Allah. Para da’i  hendaklah memiliki bekalan (persiapan) dan akhlak yang mulia.

 

Pendakwah Pertama

 

Pendakwah yang pertama ialah Rasul kita Muhammad saw.

 

Tugas Pendakwah Sama  Tugas Nabi

 

Berdakwah adalah merupakan tanggungjawab dan tugas para Rasul. Mereka bertanggungjawab mengajak manusia beriman dan beribadat kepada Allah.

 

يَاأَيُّهَا النَّبِيُّ إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيرًاوَدَاعِيًا إِلَى اللَّهِ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجًا مُنِيرًا

Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada ugama Allah dengan taufiq yang diberiNya; dan sebagai lampu yang menerangi.

 

Nabi Muhammad saw adalah rasul yang terakhir. SyariatNya merupakan risalah yang sesuai untuk akhir zaman. Apabila Nabi saw wafat, maka tugas RasuluLlah saw wajiblah dipikul oleh umatNya.

 

Firman Allah:

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman”). (Ali Imran : 110 )

 

Persiapan/ Bekalan Pendakwah (عُدُّةُ الدَّاعِى)

Seorang pendakwah hendaklah memiliki persiapan dan bekalan yang cukup untuk berdakwah.

 

Ini kerana jalan dakwah tidak ditaburi dengan bungaan tetapi penuh onak dan duri. Cabaran dan tentangan pastikan akan dihadapinya. Di antara bekalan utama pendakwah ialah:

a-  Ilmu/ Kefahaman yang mendalam   الفهم الدقيق

b-  Iman yang mendalam  الإيمان العميق

c-  Hubungan berterusan dengan Allah    الإتصال الوثيق

 

Akhlak Pendakwah

 

i.Bersifat benar               ii. Sabar                     iii. Kasih Sayang

 

iv.Tawaddu’                           v. Dan lain-lain.

 

  1.  3.  Sasaran Da’wahالمدعو

Siapakah Mad’u ?

 

Mad’u atau orang yang kena dakwah ialah manusia. Manusia yang diajak kepada Allah kerana risalah Islam adalah kekal hingga qiamat dan bersifat universal.

 

Golongan Yang Didakwah

a-  al-Mala’  (الملأ) iaitu para pemimpin dan orang besar.

b-  Orang awam (جمهور الناس)   .

c-  Orang munafiq (المنافقون)

d-  Orang yang berdosa  (العصاة)

  1.  4.  Method – Wasilah Da’wahوسائل الدعوة وأساليبها

 

Sumber Rujukan Method Dakwah

 

a-  al-Quran al-Karim  (القرآن الكريم)

b-  As-Sunnah an-Nabawiyyah (السنة النبوية)

c-  Sirah as-Salaf as-Soleh (سيرة السلف الصالح)

iv- Pendapat para fuqaha’  (استنباطات  الفقهاء)

e-  Pengalaman / eksperimen (التَّجَارُبْ)

 

 

PENDAHULUAN:

 

Sesungguhnya ramai para pendakwah merasa berputus asa atau hilang pengharapan ketika dia menyampaikan seruan dakwah kepada para mad’unya, menggunakan hujah dan bukti yang nyata, namun para mad’unya tidak responsif terhadap seruan dakwah tersebut.

 

Ini berpunca dari sikap para Pendakwah yang tidak memahami atau mengambil kira keutamaan faktor masa sebagai faktor penting di dalam menjayakan amal dakwah.

 

Al-Marhum Imam As-Shahid Hasan al-Bana telah mengungkapkan satu kaedah الْوَقْتُ جُزْءٌمِنَ الْعِلَاجِ [masa adalah sebahagian dari perawatan]. Imam As-Shahid Hasan al-Bana mengingatkan para pendakwah agar meletakkan unsur masa sebahagian dari langkah-langkah membaiki umat ini.

 

Kata-kata : لكل مرحلة رجالها ولكل مرحلة مشاكلها (setiap marhalah dakwah ada rijalnya dan setiap marhalah dakwah itu ada permasalahannya). Justeru para pendakwah dalam memikul tanggungjawab masuliyatud ad-dakwah (مسؤولية الدعوة)perlu lihat kepada faktor masa, faktor kemampuan & keupayaan mempersiapkan rijal serta masalah-masalah di dalam perjalanan dakwah itu. Maka menyelesaikan segala keperluan fasa itu harus diambil kira faktor masa.

 

Kaedah fiqh menyebut : مَنِ اسْتَعْجَلَ شيئا قَبْلَ أَوَانه عقب بحرمانه (Barangsiapa yang memetik hasil sebelum tiba masanya maka dia terhalang untuk mendapatkannya..). Ini menunjukkan bahawa di dalam dakwah perlu dituai hasil-hasil dakwah itu secara matang apabila sampai masanya dan cukup prasyaratnya.

 

Seerah (سيرة) menunjukkan bagaimana Rasulullah SAW mengambil kira faktor masa di dalam menjayakan agenda dakwahnya. Perpindahan marhalah dari ‘سِرِّيّة’ (kerahsiaan) kepada جَهْرِيِّة (terbuka), dari ‘جهرية’  ke fasa ‘إقامة الدين’ adalah berasaskan faktor masa.

 

Dalam skop yang lebih mikro terutama melaksanakan usaha tajmik dan dakwah kepada manusia, para pendakwah hendaklah memahami bahawa masa (timeline) adalah salah satu dari pra-syarat keberhasilan dakwah.

 

Ini kerana realiti yang melingkungi kehidupan audien adalah realiti yang bukan Islam (unislamic) atau biasa disebut sebagai realiti jahiliyah. Realiti ini telah mempengaruhi kehidupan kumpulan sasaran samada dari aspek tingkahlaku atau pemikiran.

 

Ini mewujudkan jurang pemisah antara kehidupan yang dilalui oleh Sang Pendakwah dengan kehidupan kumpulan sasaran (المدعو). Pendakwah membawa nilai-nilai islamik sedangkan audien pula membawa nilai-nilai yang tidak islamik dan bertentangan dengan aliran para pendakwah.

 

Lantaran itu, mengharapkan dakwah diterima dengan cepat dan segera adalah suatu yang mustahil dan ia bertentangan dengan sunnah dakwah.

 

OBJEKTIF:

 

  1. Kembali kepada fungsi sebenar dakwah yang berkesan terus kepada kumpulan sasaran.

 

  1. Mengalami sendiri realiti dan pengalaman kumpulan sasaran/audien seterusnya menjadikannya sebagai satu kekuatan kepada pendakwah dalam berdakwah di lapangan.

 

  1. Membentuk kekuatan sukaelawan kerja-kerja sosial Islam dalam suasana dakwah yang sesuai dengan permasalahan baru yang muncul dalam ruang lingkup masakini.

 

  1. Menggunapakai semula kaedah dakwah yang digunakan oleh pendakwah terdahulu dalam menangani masalah sosial kontemporari yang wujud dikalangan audien sekeliling.

 

  1. Keluar dari ruang lingkup dakwah yang tipikal agar sukarelawan sosial Islam dapat dilihat lebih berwibawa dengan methodologi yang berkesan walaupun memerlukan jangka masa yang panjang untuk menuai hasilnya.

 

KRITERIA PENGGERAK DAKWAH DALAM KERJA-KERJA SOSIAL ISLAM:

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ ۚ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ – البينة : 5

 “Dan tidaklah mereka itu diperintahkan mrelainkan supaya menyembah Allah , dengan tulus ikhlas menjalankan agama untuk Nya semata-mata, berdiri lurus dan menegakkan solat serta menunaikan zakat dan yang demikain itu adalah agama yang benar” (al Bayyinah : 5)

 

قُلْ إِنْ تُخْفُوا مَا فِي صُدُورِكُمْ أَوْ تُبْدُوهُ يَعْلَمْهُ اللَّهُ ۗ وَيَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ – آل عمران : 29

Katakanlah: “Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah Mengetahui”. Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi. dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Ali Imran : 29)

__________________________________________________________________________________

 

  1. Ihklas bekerja untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T. semata.

 

  1. Tidak memikirkan samasekali untuk mengejar gelaran atau habuan kebendaaan.

 

  1. Bersedia berkorban untuk mencapai matlamat DAKWAH BIL HIKMAH dengan kerjaya dakwah Bil Hal.

 

  1. Bersedia memperbaiki diri dari segi peningkatan ilmu dan pengukuhan keperibadian Muslim setiap masa.

 

  1. Sentiasa berusha untuk meningkatkan ketaqwaan dan pengabdian diri kepada Allah S.W.T.

 

 

  1. Bersungguh-sungguh dan sangat berdisiplin dalam melaksanakan tugas dan amanah.

 

  1. Menjaga nama baik dan kepercayaan masyarakat terhadap DAKWAH.

 

  1. Menjadikan Rasullulah s.a.w sebagai contoh unggul (قدوة حسنة)dalam setiap aspek kehidupan.

 

  1. Mendampingi Al-Quran dan berusaha untuk merealisasikan panduannya dalam kehidupan seharian.

 

  1. Bekerja keras untuk memperbaikki dan membela nasib umat Islam khususnya dan masyarakat seluruhnya dimana sahaja berada.

 

  1. Bersedia memberi khidmat kerja-kerja sosial Islam kepada sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan.

 

  1. Sangat menjaga masa dengan menghayati kehendak perintah Allah swt dalam Surah Al-‘Asr :

وَالْعَصْرِ .  إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ . إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

“Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”

  1. Bersedia untuk mengikut jadual perjumpaan dan mesyuarat dengan penuh disiplin.

 

  1. Bersedia memenuhi arahan pimpinan DAKWAH dalam setiap masa.

 

 

PENDEKATAN STRATEGI DAKWAH :

وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

 “Dan rendahkanlah sayapmu – yakni bersikap rendah dirilah – kepada orang yang mengikutimu dari kalangan kaum mu’minin” (As-Syua’ra : 215 )

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَيَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ ۚ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Sesungguhnya Allah menyuruh dengan keadilan, berbuat baik dan memberi sedekah kepada kaum kerabat serta melarang perbuatan keji, kemungkaran dan kederhakaan. Allah menasihatkan kepadamu semua, supaya engkau semua dapat memperoleh peringatan”  (An Nahl : 90)

_______________________________________________________________________

 

  • ADVOKASI (MERUBAH POLISI)
  • Menilai, meneliti dan memberi input kepada semua dasar dan mekanisme jentera kerajaan yang melaksanakan program pembangunan masyarakat Islam.

 

  • GEMBLENG SUMBER
  • Mengenalpasti sumber-sumber yang boleh digembleng untuk membangunkan sosio-ekonomi masyarakat Islam.

 

  • GEMBLENG TENAGA
  • Mengembleng golongan ulama, cendekiawan, kakitangan kerajaan, usahawan, seniman, professional, pemimpin politik, ahli media untuk membantu menjayakan pembelaan dan transformasi umat Islam.

 

  • GEMBLENG MASSA
  • Melancarkan sebanyak mungkin kempen yang berkesan untuk mengembleng masyarakat massa dalam pelbagai isu sosio-ekonomi dan politik masyarakat Islam.

 

  • BINA JARINGAN
  • Mewujudkan jaringan DAKWAH dengan pelbagai badan-badan dan agensi yang boleh bekerjasama dalam mencapai matlamat perjuangan DAKWAH secara teoris dan praktis.

 

  • BINA ORGANISASI
  • Memperkukuhkan pengurusan dan pembangunan organisasi DAKWAH  sebagai sebuah organisasi yang efektif, cekap, berdisiplin, profesional, berpengaruh dan bina rangkaian dakwah secara menyeluruh (شمول).

 

  • BINA PENGGERAK
  • Memperkukuhkan sistem pembinaan kaderisasi dan aktivis penggerak dakwah dengan ciri dan kriteria yang boleh diteladani oleh masyarakat.

 

  • BINA PENGARUH
  • Memperkukuhkan kerja-kerja penyelidikan dan media untuk menyebarluaskan pengaruh dari pendirian DAKWAH dikacamata masyarakat.

 

  • BINA MODEL
    • Mengusahakan model-model contoh dalam pelbagai bidang dan di pelbagai lokasi untuk diikuti oleh masyarakat bagi membangkitkan keupayaan masyarakat Islam di semua peringkat.

 

JENIS DAN BENTUK KERJAYA DAKWAH:

 

  1. Majlis Penerangan berdasarkan isu dari kampung ke kampung atau bandar ke bandar di masjid atau surau.

 

  1. Bengkel / Dialog Bertindak Masyarakat Setempat.

 

  1. Kempen bergerak ( Pameran, Ceramah, Tayangan Video, Dll..).

 

  1. Seminar sehari berdasarkan isu.

 

  1. Penerangan Berkelompok atau Bengkel Aktivis.

 

  1. Pertunjukan Kaedah.

 

  1. Menghantar memorandum.

 

  1. Mengedar Risalah.

 

  1. Kuliah Khas.

 

  1. Buat profail dan pemetaan lokasi bermasalah.

 

 

PENDEKATAN PROGRAM 

 

  1. Membina sensitiviti setiap golongan sasaran agar peka dengan perubahan yang berlaku dalam masyarakat.

 

  1. Membina kemahiran berinteraksi setiap golongan sasaran agar boleh mendekati sesiapa sahaja untuk tujuan dakwah.

 

  1. Mengambil hikmah pendekatan bongkar dan selongkar untuk mengetahui permasalahan sebenar.

 

  1. Mendekat dan merapatkan jurang kemasyarakatan melalui aktiviti lapangan dan berinteraksi dengan masyarkat.

 

  1. Membentuk rangkaian gerak kerja dalam menangani gejala sosial.

 

  1. Menggerakkan aktiviti Penyelidikan Sosial dengan pendekatan mengumpul maklumat, memerhati dan menilai melalui perspektif hidup masyarakat.

 

 

Indikator Pencapaian

  1. Bilangan Rangkaian Penggerak Dakwah yang dapat dilahirkan bagi mencegah masalah sosial dan maksiat.
  2. Bilangan Aktivis Dakwah Lapangan yang mampu dijana bagi tujuan untuk terlibat di dalam usaha pencegahan dan pemuliharaan gejala sosial dan maksiat.
  3. Model Kawasan yang menunjukkan menurunnya gejala sosial dan maksiat di kalangan golongan remaja dan belia.
  4. Tahap Kesedaran Sukarelawan terhadap masalah gejala sosial dan maksiat di dalam masyarakat dan keaktifan pendakwah bertindak memerangi gejala ini.
  5. Keaktifan Aktiviti Sukarelawan Dakwah lapangan, pendekatan pencegahan yang berbentuk pendidikan kepada masyarakat, kesedaran, pengupayaan pelajar dalam bentuk kempen, dialog, ceramah, aktiviti berfaedah untuk golongan pelajar dan remaja yang digerakkan.
  6. Bilangan Sukarelawan yang terlibat dalam menggerakkan usaha pencegahan dan pendidikan kesedaran masyarakat terhadap gejala sosial dan maksiat.
  7. Bilangan Pelajar, Remaja dan Belia yang mengikuti program pemulihan gejala sosial yang dijalankan para pendakwah dan NGO Islam serta berjaya memulih mereka yang terlibat dalam gejala sosial dan maksiat.

 

Etika Penggerak Dakwah Lapangan (مِيْدَانِيّ)

 

  1. Berkhidmat dengan penuh keikhlasan, kecekapan serta berkualiti.
  2. Menguasai medan dan memahami kelompok sasaran dan isu dengan mendalam.
  3. Melaksanakan usaha perubahan dengan hikmah dan ketegasan dengan menggunakan kepelbagaian mekanisme dakwah (prubahan).
  4. Menggerakkan inisiatif perubahan dengan bersungguh-sungguh tanpa segan silu (hemoi) dalam melakukan pengorbanan di jalan dakwah

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

 

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”  21 : الأحزاب

 

PROSES KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI DAKWAH

 

Golongan pendakwah jarang-jarang sekali mendekati golongan terpinggir dan berdakwah secara terus kepada mereka. Mereka sebenarnya sangat memerlukan kaunseling keagamaan dan kasih sayang masyarakat. Jika ini tidak berlaku, mereka akan terus rosak dan merosakkan orang lain pula yang juga dahaga kasih sayang dan ilmu agama. Setiap pendakwah mesti berusaha lebih keras lagi untuk memperbaiki situasi dan kondusi masyarakat dengan melaksanakan satu proses yang tersusun secara berperingkat-peringkat di medan lapangan dakwah mereka, dengan membekalkan kemahiran berkomunikasi dan berintraksi ketika mendekati kumpulan anak muda ini:

 

Pertama – Mereka perlu memahami keadaan sosial masyarakat tersebut. Keadaan sosial masyarakat desa (rural community) contohnya sudah tentu sangat berbeza dengan masyarakat bandar (urban community) mahupun masyarakat di penempatan-penempatan terancang seperti Felda.

 

Kedua – Para pendakwah perlu mengkaji perubahan sosial yang telah berlaku dalam masyarakat tersebut dengan menekankan aspek kronologi penularan sesuatu gejala sosial itu ke dalam masyarakat dan juga kronologi penglibatan individu dalam gejala sosial sebagai kes rujukan atau biasa disebut ‘study case’.

 

Ketiga – Setelah para pendakwah memahami kedua-dua perkara diatas, proses yang seterusnya dapat dijalankan dengan cara paling berhikmah iaitu proses memperjelaskan perspektif masyarakat kepada perspektif Islami dimana Islam itu adalah satu cara hidup (a way of live). Proses Islamisasi masyarakat ini perlu dilakukan secara berbeza-beza berdasarkan kelompok sosial masyarakat dapat dijelaskan kepada empat isu utama yang diklasfikasikan seperti berikut;

 

Gaya Hidup, Akademik, Budaya Sosial dan Kekeluargaan.

 

Kelompok ‘Sakit Sosial’ lebih sesuai didekati dengan dakwah lapangan secara terus. Para pendakwah perlu turun berjumpa mereka di tempat mereka berkumpul kerana tidak mungkin mereka akan datang berjumpa dengan kalian. Disamping itu, proses Islamisasi untuk Kelompok ‘Biasa’ juga perlu diteruskan dengan cara penulisan, kuliah-kuliah dan hebahan media.

 

Keempat – Proses pembaikan (إصلاح) masyarakat perlu dilaksanakan selepas proses Islamisasi berlaku. Ini bermakna, masyarakat setempat perlu diupayadayakan (capacity building) supaya mereka boleh bergerak sendiri untuk meneruskan proses Islamisasi. Komuniti setempat perlu membina semula nilai-nilai murni masyarakat yang selama ini mungkin telah dilupakan.

 

Kelima – Proses yang kelima ini merupakan proses akhir yang paling sukar untuk dicapai. Proses yang pertama sehingga ke-empat perlu diperkembangkan ke komuniti-komuniti yang lain sehingga keseluruhan masyarakat memahami Islam dalam erti kata yang sebenar. Setelah itu, proses pembaikan sistem dan hukum mesti dilaksanakan dimana sistem Kapitalis dan Liberal ditukar kepada sistem Islam yang ternyata lebih praktikal.

 

Kelima-lima proses ini sudah pasti merupakan proses yang sangat panjang di mana kita sendiri mugkin tidak akan sempat menikmati hasilnya tetapi yakinilah dengan usaha yang istiqomah (konsisten) dan pengharapan kepada Allah S.W.T yang tinggi, anak cucu kita akan memperolehi kehidupan yang lebih sempurna.

 

Sayugia diingat, tugas pendakwah untuk menyampaikan (تبليغ), bukan menghalau orang (تنفير). Ketika Mu’az bin Jabal akan berangkat, hendak menjadi Gabenor di Yaman, Rasululluh s.a.w. telah berpesan kepadanya dengan kata, maksudnya; ”Mudahkanlah, jangan dipersulitkan, gembirakanlah, jangan timbulkan kebencian sehingga orang cabut lari” (يسر ولا تعسر وبشر ولا تنفر).

 

Apabila nampaknya, jalan masih buntu, tidak ada titik pertemuan antara sang da’i dan mad’u, semua ikhtiar telah dilakukan, maka perpisahan harus dilakukan dengan cara yang patut dan pantas.

 

Firman Allah s.w.t dalan Surah Al-Muzammil, ayat 10:

 

وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَاهْجُرْهُمْ هَجْرًا جَمِيلًا

 “Dan Bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.”

 

Kendalikan diri kalian dengan sebaik-baiknya, jangan kita sesak nafas, disebabkan kata-kata mereka yang kasar. Berpisahlah dari mereka dengan tingkah laku yang memperlihatkan budi pekerti yang tinggi dan akhlak yang “jamil”, yang indah.

 

Biarlah kita akhiri temu bual dengan mereka buat seketika, jangan sampai jalan dakwah terputus dan terbantut. Biarkanlah mereka yang memutuskan hubungan ini, bukan yang memetuskan itu si juru dakwah.

 

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ – آل عمران : 159

 

“Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” (Ali Imran : 159)

 

Ingatlah kita kepada do’a Rasululluh s.a.w. semasa  baginda di Mina, sewaktu dilempar batu sehingga berdarah kaki baginda:

اللَّهُمَّ اهْدِ قَوْمِي فَإِنَّهُمْ لَايَعْلَمُونَ

“Wahai Tuhanku, tunjukilah kaumku ini lantaran mereka, sesungguhnya, tidak tahu apa yang mereka katakana”

       Suara jiwa yang demikian itu hanya biasa keluar dari rasa cinta kepada ummat yang sedang dipanggilnya kepada kebenaran; rasa sedih mengenangkan nasib mereka, bila mereka terus dalam kesesatan; rasa cinta yang mendalam kepada Risalah yang sedang dibawanya. Yang akhirnya, bersumber kepada rasa cinta kepada Yang Ampunya Risalah, Al Khaliq, Ar Rahim.

 

Bermujadalah antara da’i dengan mad’u, ada kalanya berhasil dalam waktu yang singkat; ada kalanya memerlukan masa yang panjang dan terkadang bertemu jalan buntu. Memang “Lapangan Dakwah” itu ada batasnya. Pendakwah telah diisyaratkan oleh Allah s.w.t. dalam Al-Quran, Surah Yunus, ayat 42-43:

 

وَمِنْهُمْ مَنْ يَسْتَمِعُونَ إِلَيْكَ ۚ أَفَأَنْتَ تُسْمِعُ الصُّمَّ وَلَوْ كَانُوا لَا يَعْقِلُونَ . وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْظُرُ إِلَيْكَ ۚ أَفَأَنْتَ تَهْدِي الْعُمْيَ وَلَوْ كَانُوا لَا يُبْصِرُونَ .

 

“Dan di antara mereka (yang ingkar) itu, ada yang datang mendengar ajaranmu (dengan tidak mendapat faedah sedikitpun sebagai orang pekak); maka engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar, juga kalau mereka menjadi orang-orang yang tidak mahu memahami perkara yang didengarnya.”

 

“Dan di antara mereka pula ada yang memandang kepada perkara-perkara yang engkau tunjukkan (tetapi mereka tidak nampak kebenarannya sebagai orang buta); maka engkau (Wahai Muhammad) tidak berfaedah menunjuk jalan kepada orang-orang yang buta, juga kalau mereka menjadi orang-orang yang tidak mahu melihat (perkara yang engkau tunjukkan itu).”

 

Yang tuli bukan telinganya, yang buta bukan matanya, tetapi akal dan hatinya yang tuli dan buta. Kemauannya juga sudah beku. Orang tidur mudah dan biasa dibangunkan. Bagaimana pula membangunkan orang yang sudah jaga, tetapi berpura-pura tidur!. Yang penting dalam situasi dan kondisi sebegini, ialah kemampuan pendakwah mengendalikan dirinya, memelihara keseimbangan dan ketengan jiwanya dan menghindarkan pemborosan tenaga dengan sia-sia. Telah ditentukan oleh Allah s.w.t dalam Al-Quran, Surah Al-A’raf, ayat 199:

 

خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ – الأعراف : 199

 “Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).”

 

Memang, ada kalanya bermujadalah dengan tidak lancar perjalanannya perlu diisytirehatkan. Jangan membiarkan pendakwah diseret kepada omong-omong kosong yang mungkin sengaja untuk menghabiskan tenaganya; atau ingin mencampur adukan yang haq dengan yang batil, yang dinamai “kompromi”.

 

Bila pendakawah bertemu dengan situasi dan kondusi semacam ini, maka Al-Quran memberikan jalan keluar dalam Surah An-Nisa’, ayat 63:

 

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ يَعْلَمُ اللَّهُ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَعِظْهُمْ وَقُلْ لَهُمْ فِي أَنْفُسِهِمْ قَوْلًا بَلِيغًا – النساء : 63

 “Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah SWT akan apa yang ada dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah engkau daripada mereka, dan nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka.”

 

Hentikanlah bermujadalah bila sudah ternyata, bahawa meneruskannya hanya akan menghabiskan tenaga dan masa dengan sis-sia. Kata-kata perpisahan haruslah (قولا بليغا) perkataan yang akan sampai menjangkau ke lubuk hati sanubari mereka itu. Jangan tinggalkan kata-kata yang meninggalkan kesan pahit atau jengkel, sehingga terputus, berkerat rotan.

 

 

KAEDAH PERLAKSANAAN:

 

Setiap seruan dakwah perlu menghimpunkan maklumat, ilmu dan kefahaman tentang dakwah yang berkesan dari masa ke semasa. Ia mengutip juga kefahaman tersebut dari para pendakwah yang lain, yang mungkin membicarakan topik yang sama sehinggalah apabila tiba kesedaran di dalam jiwanya.

 

Para pendakwah perlu bijak memilih masa dalam pengoperasian amal dakwah dan ia perlu berada dikedudukan yang penting. Memilih masa yang sesuai, pada audien yang sesuai di tempat yang sesuai adalah pra-syarat menjayakan seruan dakwah. Ini kerana dakwah terkesan dengan suasana lingkungan yang dilalui oleh para pendakwah dan audien.

 

(Ibnu Mas’ud menyatakan : “ Bahawa rasulullah SAW berhati-hati memberikan peringatan kepada kami (ikut kesesuaian masa), ditakuti kami merasa bosan  dan jemu”.)

 

Pendakwah tidak perlu memanjangkan bicaranya terhadap audien kerana ini kadang-kadang menjemukannya dan menyebabkannya berasa gelisah. Langkah terbaik bagi seorang pendakwah ialah membiarkan audien berkeinginan tinggi untuk mengetahui bahan yang disampaikan dan meminta penambahan ilmu tersebut.

 

Sifat tergesa-gesa untuk melihat hasil berlaku kepada audien akan membawa natijah yang buruk. Audien memberikan respon terhadap apa yang disampaikan oleh pendakwah samada dia menolak atau menerima seruan tersebut. Kedua-dua perkara ini jika belum sampai tempohnya boleh membawa mudarat kepada audien dan oleh itu pendakwah perlu bertadarruj تَدَرُّجْ (beransur-ansur) dalam langkah-langkah dakwahnya.

 

Cara yang paling terbaik bagi menangani perkara ini ialah para pendakwah janganlah terlalu segera dalam membuat keputusan. Berilah peluang kepada audien membuat keputusan secara langkah demi langkah dan beransur-ansur, dijelaskan kepadanya akibat-akibat jika menerima seruan dakwah di samping menyatakan harapan-harapan positif jika responsif terhadap seruan dakwah.

 

Meletakkan masa sebagai salah  satu faktor efektif keberkesanan dakwah akan meringankan tekanan yang dilalui oleh para pendakwah terutama berdepan dengan kekecewaan dan cepat berputus asa.

 

Mengambil kira faktor  masa akan membuka ufuk yang luas bagi pendakwah, sentiasa optimistik dan positif dan tinggi cita-citanya. Ia umpama seorang doktor yang berdepan dengan pesakitnya. Doktor itu tidak pernah berkata kepada pesakitnya : Buatlah sekali rawatan sahaja nanti kamu akan sembuh” tetapi katanya: “buatlah berkali-kali rawatan, dalam tempoh tertentu pasti kamu akan sembuh..”.

 

Semoga para pendakwah mencontohi sikap doktor yang bersabar dan tidak jemu merawat pesakitnya sehinggalah pesakitnya itu sembuh. Semuanya itu dikira berdasarkan faktor masa, kesabaran, keikhlasan dan kesungguhan di dalam mengubati pesakitnya. Pendakwah ibarat doktor yang merawat umat yang sakit. Di hadapannya seribu satu macam manusia yang semuanya menuntut kepada  faktor masa untuk sembuh.

 

 

 

 

MATLAMAT DAN PENCAPAIAN YANG DIKEHENDAKI

 

  1. Mewujudkan landasan kajian ilmiah tentang realiti sebenar keadaan kebejatan sosial, memahami punca permasalahan, mengenalpasti pola kelompok-kelompok kumpulan yang bermasalah dan cara menangani masalah mereka.
  2. Menggerak inisiatif membangkit semangat kesukarelaan untuk menangani masalah sosial dan para aktivis dakwah lapangan juga akan diberikan kefahaman mengenai undang-undang yang sedia ada di peringkat “PBT dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri-Negeri dll.”
  3. Melahirkan kelompok masyarakat yang sedar dan terbangun dengan nilai-nilai murni.
  4. Memperkasakan masjid sebagai “Pusat Aktiviti Menangani Gejala Sosial.”
  5. Memberi pendedahan menyeluruh berhubung isu-isu sosial dan maksiat yang berada di dalam masyarakat dan menjadikan kelompok ini sebagai kelompok yang peka bukan pekak terhadap isu yang berlegar di sekitar mereka.
  6. Membina perspektif menyeluruh mengenai keperluan untuk mereka terlibat dalam membenteras gejala sosial dan maksiat di dalam masyarakat.
  7. Membina keyakinan, keberanian dan daya bertindak untuk membenteras masalah gejala sosial dan maksiat yang berlaku dalam masyarakat.
  8. Membina kemahiran berkomunikasi dan berintraksi dengan mereka yang tersasar serta membina kesepaduan gerakkerja yang boleh dilakukan dalam membenteras gejala sosial dan maksiat di dalam masyarakat.
  9. Membentuk ”Sekretariat Dakwah” atau ”Rangkaian Dakwah” yang akan menjadi medan kerjasama NGO-NGO Islam sebagai organisasi sosial yang berkesan membenteras gejala sosial dan maksiat di kalangan remaja dan belia.

 

PENDEKATAN BERKOMUNIKASI DAN BERINTRAKSI DAKWAH SECARA PRAKTIKAL DI LAPANGAN

 

Gunakan senarai semak untuk menyediakan bahan mengenai bagaimana elemen-elemen “diri” yang dapat membantu kita bagi menyampaikan mesej dakwah di lapangan dengan berkesan. Sasaran dan masalah yang berlainan memerlukan pendekatan yang berbeza.

 

 

SENARAI SEMAK KOMUNIKASI DAKWAH LAPANGAN

 

SENTUHAN/TOUCH

 

  1. Memberi Salam – السلام عليكم
  2. Berjabat tangan (Shaking hands)
  3. Memeluk, mendakap, merangkum (hug).
  4. Mencium (Kiss).
  5. Memegang tangan (Holding hands).
  6. Tangan di atas bahu (Hands on shoulder)

 

SUARA/VOICE

 

  1. Nada/Tone
  2. Kelembutan/Softness
  3. Kelajuan/Speed

RUANG/SPACE

 

  1. Jarak/Distance
  2. Tanda, perubahan / Marking, changing

 

BADAN/BODY

 

  1. Kedudukan kepala/Head position
  2. Muka, terutamanya mulut/Face, especially mouth
  3. Mata/Eyes
  4. Bahu/Shoulders
  5. Posisi tubuh/Posture
  6. Pergerakan/Movement
  7. Aksi dan isyarat/Actions and Gestures
  8. Pakaian/Dress

 

Panduan Untuk Berkomunikasi Dakwah Yang Berkesan (HEMOI)

 

  1. Komunikasi bertenaga mempunyai kekuatan dalaman. Jangan cuba menguasai mereka secara paksa.
  2. Berintraksilah dengan mereka semasa melaksanakan tugas berdakwah dengan memberikan masa secukupnya.
  3. Isikan dengan input-input yang baik bersama mereka. Kita akan dapat menjalinkan hubungan yang bermakna dengan mereka dalam masa yang singkat.
  4. Olahkan mesej yang kita dengar itu semula untuk memastikan penyampaian dan penerimaan yang betul.
  5. Ingatlah bahawa lebih banyak yang kita fahami, lebih banyak yang dapat kita urus. Semakin banyak kita tidak fahami, semakin banyak yang akan dimanipulasi.
  6. Apabila tafsirkan sesuatu, Rasulullah s.a.w. mengajar kita supaya mencari tujuh puluh sebab perlakuan buruk orang lain dan jika sekiranya tidak ada satu alasan pun yang betul, mungkin ada tafsiran yang belum kita ketahui lagi.

 

وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ۚ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ – فُصِّلَتْ : 34

 

”Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumNya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.”

 

Objektif:      

 

  1. Menjadikan wadah dakwah masa kini selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa iaitu memasyarakatkan dakwah.

 

  1. Bertanya khabar serta beramah mesra dengan pengunjung pusat hiburan dan golongan terpinggir disamping menyampaikan tauseh kepada mereka.

 

  1. Mendengar serta memahami pandangan serta permasalahan di kalangan mereka yang terpinggir dan dipinggirkan (menjadi pendengar setia).

 

  1. Menghapuskan jurang antara da’i dan mad’u ketika berkomunikasi dan berintraksi di lapangan.

 

  1. Menjadikan aktiviti dakwah lebih pelbagai sesuai dengan masyarakat sekeliling.

 

  1. Mempertingkatkan kualiti masyarakat agar lebih berilmu dan perihatin terhadap permasalahan sosial yang timbul di sekeliling.

 

Tema:

“DA’I DAN MURABBI MENCARI SPIRIT YANG HILANG”

 

Kumpulan Sasaran:

 

  • Pusat Hiburan
  • Kumpulan Terpinggir
  • Lokasi lepak

 

Kaedah perlaksanaan Program:

 

Aktivis dakwah juga berperanan mengadakan kempen mengumpul dana dan sumbangan dari badan-badan korporat, Agensi Kerajaan dan juga badan-badan yang berkeupayaan bagi menyediakan alat bantu dakwah (pamflet, risalah, handbill dll)untuk disampaikan kepada golongan terpinggir (penagih dadah, penangih gam, penagih arak, gelandangan dll).

 

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ ۚ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ   – آل عمران : 110

 

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.”

 

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ – آل عمران : 104

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang Berjaya.”

 

Surah Toha (طه) : 24-28

 

Nabi Musa a.s. membaca doa ini ketika berdakwah jumpa Firaun :

 

اذْهَبْ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ

Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي

Nabi Musa berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku

وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي

Dan mudahkanlah bagiku, tugasku

وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي

Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku

يَفْقَهُوا قَوْلِي

Supaya mereka faham perkataanku

 

 

Disediakan oleh :

 

 

 

Ustaz Kamaruddin Kassim

Ketua Jurulatih

Unit Latihan & Jaringan,

Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS MALAYSIA)

Merangkap;

Ketua Lajnah Dakwah,

Persatuan Ulama Malaysia Wilayah Persekutuan (PUMWP)

Tel : 0195228455

Email           : kama54us@gmail.com 

Fecebook     : Kamaruddin Kassim

Blog             :  http://www.urusetialandas.blogspot.com

                        http://selatanthailand.blogspot.com

 

 

 

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,558 hits
Kalendar
Februari 2012
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  
%d bloggers like this: