JANGAN BERSIKAP HIPOKRIT DAN MENUNDING PIHAK LAIN

Kenyataan Media MAPIM

2hb Mac 2012

 

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)  menegaskan bahawa pihak yang ghairah dan sedemikian bernafsu menuduh orang lain pro Yahudi menghentikan bersikap hiprokit .

 

Sikap hipokrit yang ditunjukkan oleh kenyataan pemimpin-pemimpin kerajaan yang sayangnya juga didokong oleh sebahagian pemimpin NGO dan tokoh masyarakat , telah mengelirukan rakyat sehingga semua pemberitaaan yang diolah oleh media arusperdana menutup kebenaran.

 

Jelas Tun Dr Mahathir Mohammad yang menulis surat kepada tiga Perdana Menteri Israel – Yitzhak Rabin, Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak lebih resmi mengadakan perhubungan dengan Israel.

 

Apakah pemimpin kerajaan dapat menafikan hakikat bahawa sejak zaman Tun Mahathir sendiri lagi isyarat untuk mengadakan hubungan dengan Israel sudah mula dirintis.

 

 

Rakyat selama ini telah dikaburi dengan sandiwara pemimpinan Negara  bahawa kononnya Malaysia samasekali tidak berhubung dengan Israel.

MAPIM menuntut agar kerajaan mengistiharkan dengan jelas apakah sebenarnya dasar perhubungan luar antara Malaysia  dengan Israel .

 

 

Nampaknya semua fakta yang mula terdedah jelas menunujukkan bahawa Malaysia sememangnya ada hubungan dengan Israel.

 

 

Dunia akan melihat dasar hipokrit yang akan menelanjangkan Malaysia dikacamata seluruh masyarakat antarabangsa. Di satu pihak Malaysia nampak sangat lantang mengutuk Israel , akan tetapi dipihak yang lain kerjasama perdagangan ekonomi sangat subur antara dua Negara itu.

 

 

 

Sekarang PM tidak boleh lagi berselindung bahawa memang benar beliau telah mengupah APCO sebuah syarikat konsultan komunikasi Israel untuk membantu memperbaikki imej pemimpin BN.

 

 

 

MAPIM menegaskan bahawa polisi yang tidak konsisten ini akan meletakkan  imej Malaysia sebagai Negara yang tidak berintegriti dalam hubungannya dengan Israel.

 

Malah akan menjadi momokkan seluruh dunia bila Malaysia adalah antara Negara yang aktif berdagang dengan Israel  tetapi dalam masa yang sama sering mengutuk Israel.

 

 

Dengan tidak mengiktiraf Israel tetapi aktif berdagang dengan Israel sudah cukup bagi Israel untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara rakannya yang strategik untuk menjaga kepentingan Israel dengan cara yang paling efektif.

 

 

Malah dengan mengambil syarikat Israel untuk menjadi penasihat komunikasi untuk menaikkan imej pemimpim kerajaan dan juga melantik syarikat Israel untuk menguruskan data keselamatan Negara akan menjadikan Malaysia sebagai alat Israel yang mudah diolah untuk menjaga kepentingan Israel.

 

MAPIM tidak dapat menerima dan membantah keras pemimpin Negara yang secara rahsia mengadakan hubungan dengan Israel .

 

 

Kerajaan perlu memastikan bahawa semua urusniaga yang dilakukan oleh syarikat Malaysia dengan Israel dikawal dengan rapi dan mengujudkan polisi mengharamkan sebarang urusan perdagangan dengan Israel.

 

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausaha Agong MAPIM

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 340,661 hits
Kalendar
Mac 2012
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: