Kedah: Tolak mereka yang menangguk di air keruh

 

KUALA LUMPUR, 5 Mac: Teras Pengupayaaan Melayu (Teras) mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Kedah di bawah kepimpinan Datuk Seri Ustaz Azizan Razak (gambar) yang berjaya keluar dari kemelut kepimpinan yang telah berakhir dengan permuafakatan  positif dan baik melalui keputusan kolektif di bawah kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presidennnya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, khilaf kepimpinan adalah suatu yang lazim dalam mana-mana organisasi.

“Hanya kematangan dan hati yang ikhlas untuk bertanggungjawab langsung kepada Allah ketika menerajui organisasi dan kerajaan negeri, akan menelurkan kejernihan yang  cemerlang,” katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, episod kekhilafan antara pemimpin yang berakhir itu seharusnya menambahkan tekad dan iltizam untuk kembali memperkukuhkan saf dengan lebih ampuh dan utuh.

Katanya, sesungguhnya rakyat akan terus memerhati gelagat kepimpinan kerajaan mana-mana gabungan parti politik.

Justeru, katanya tidak seharusnya diperkecilkan atau meremehkan arus rakyat yang akan sentiasa siap membuat perubahan apabila keyakinan dan kepercayaan rakyat terhakis.

Lebih berat lagi, ujarnya kepimpinan seharusnya lebih rasa takut dan gerun dengan persoalan yang bakal dilontarkan bila mana berhadapan dengan Allah SWT nanti ketika mana amanah dikhianati.

“Inilah rumusan yang sepatutnya dijadi ‘ibrah yang penting untuk semua yang terlibat dengan kepimpinan agar sentiasa mawas  dan sedar diri,” katanya lagi.

Tambahnya, Teras sangat mengharapkan di saat rakyat meletakkan keyakinan bahawa sudah tiba masanya mandat memerintah diserahkan kepada mereka yang berjiwa Islam, kerja keras untuk menunjukkan hasil bahawa memang tawaran Islam jauh lebih ulung berbanding kerajaan yang berteraskan dasar asobiyyah dan sekularisme, hendaklah dizahirkan.

Kini, ujarnya lagi seluruh tenaga harus kembali kepada menentukan mandat rakyat disempurnakan dan amanah Allah ditunaikan.

“Tolak mereka yang cuba meraih kesempatan untuk menangguk di air yang keruh, semua aktivis Islam seharusnya kembali bermuhasabah dan siap mentarbiyyah diri dengan lebih intensif dengan kesedaran tinggi bahawa mehnah dan fitnah dalam perjuangan tidak mengenal sama ada seseorang itu menjadi aktor senior mahpun aktivis muda,” katanya.

Sehubungan itu, tambahnya Teras menyeru semua yang terlibat dalam episod kekhilafahan di kalangan kepimpinan negeri Kedah bersedia meletak ketepi segala persengketaan dan kembali mengukuh khittah perjuangan dengan istiqamah.

“Cukup rakyat telah meneliti kepincangan pemerintah yang sudah terlajak tua memerintah negara ini.

“Jika rakyat dikecewakan lagi dengan retorika perjuangan atas nama Islam tetapi gagal mencari jalan persepakatan, tidak ada yang seharus dipersalahkan selain diri sendiri,” ujarnya.

sumber : harakahdaily

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,910 hits
Kalendar
Mac 2012
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: