Lynas tak perlu, cukuplah sisa toksid sedia ada

KUALA LUMPUR, 7 Mac:Cukuplah industri yang mempunyai sisa toksid yang sedia ada di banyak zon industri di Malaysia merumitkan pihak berkuasa untuk memantaunya.

 

“Untuk apa kilang yang menambah beban pengendalian alam sekitar dibenarkan masuk di negara ini,” kata Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar).

 

Justeru, katanya, Teras mempersoalkan bagaimana kemelut menangani isu Lynas yang nampaknya semakin menunjukkan kerajaan terperangkap dengan komitmennya untuk membenarkan Lynas beroperasi di negara ini.

 

Menurutnya, persoalan utama yang sepatutnya ditangani ialah apakah keperluan kerajaan meluluskan operasi perlombongan nadir bumi Lynas (M) Sdn Bhd  di Malaysia.

 

“Kenapakah kerajaan menyanggupi untuk menerima segala risiko ‘industri kotor’ seperti ini?” tanya beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

 

Kini, ujarnya kerajaan terpaksa mengambil keputusan damage control yang sebenarnya tidak perlu dari awal lagi, satu demi satu pengumuman diumumkan untuk menyedapkan hati rakyat.

 

Teras, jelasnya berpendapat memutuskan syarat tambahan untuk melegakan keresahan rakyat tidak akan menyelesaikan masalah pokok dalam isu itu.

 

Menurutnya, dengan bersetuju untuk menghantar buangan dari kilang memproses Lynas ke luar negara menimbulkan lebih banyak persoalan dari jawapan.

 

“Jika itu keputusannya, untuk  apa Lynas dibenarkan beroperasi di Malaysia?

 

Dari keputusan awal lagi, kenapa kerajaan menerima permohonan Lynas jika buangannya tidak boleh ada dalam negara?” katanya lagi.

 

Kini, tambah beliau kerajaan sudahpun mengeluarkan lesen beroperasi sementara dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).

 

Beliau mempersoalkan adakah itu bermaksud kelulusan buangan Lynas pada awal lagi tidak mengambilkira risiko kepada pendudukan sekitar dan kenapa lesen sementara itu dikeluarkan.

 

Katanya, kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa kerajaan berpuas hati bahawa tidak akan ada residue (bahan buangan) radioaktif yang dihasilkan oleh Lynas semasa operasi mereka menambahkan kekeliruan.

 

Ini, katanya  kerana jika demikian kenapa pula ditambah syarat untuk sisa buangan dihantar ke luar negara.

 

Beliau berkata, sekarang rakyat diberitahu pula adanya Kemudahan Pelupusan Tetap  (PDF) yang mesti dibina oleh Lynas kerana ia disyorkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

 

“Kenapa hal ini timbul sekarang sedangkan sudah beberapakali masyarakat menyuarakan isu risiko sisa buangan sejak dari awal bantahan lagi?” soalnya lagi.

 

Katanya, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan bahawa Lynas akan memindahkan sisa buangan ke kawasan yang jauh dari penempatan penduduk, menunjukkan memang ada sebab kenapa rakyat menolak Lynas beroperasi di Malaysia.

 

Beliau menambah, hanya dengan alasan mengambil kira soal kelegaan masyarakat setempat daripada segi emosi dan psikologi bukan menyelesaikan masalah itu secara muktamad, ia hanya langkah sementara kerana risiko tidak ada.

 

“Bila Mustapa berkata Lynas belum memulakan operasinya dan kerajaan belum melantik mana-mana badan bebas pakar bagi menganalisis bacaan radiasi radioaktif yang dikeluarkan oleh kilang berkenaan, pertanyaannya ialah siapa pula yang akan membiaya kos menganalisis bacaan.

 

“Adakah prinsip polluters pay (beban bayar terletak kepada pencemar alam) akan digunakan?” tanya beliau lagi.

 

Mengenai maklumat balas daripada masyarakat setempat mengenai isu melibatkan kilang itu, ujarnya Mustapa berkata pihaknya serta agensi-agensi teknikal terlibat seperti AELB dan Jabatan Alam Sekitar telah berjumpa dengan wakil-wakil pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), dewan-dewan perniagaan dan wakil-wakil pelajar bagi menerangkan isu berkenaan.

 

Katanya, kenyataan  daripada Menteri Sumber Australia Barat, Norman Moore pada 29 Februari yang mengesahkan bahawa nadir bumi tersebut terlalu kecil paras radiasinya, menimbulkan persoalan.

 

Jika begitu, katanya kenapa tidak diproses bumi nadir di Australia sendiri.

 

“Lebih langsung lagi, jika benar ianya selamat kenapa tidak kilang Lynas didirikan tidak kawasan pemimpin-pemimpin kerajaan sendiri?” ujarnya.

 

Jelasnya, Teras menimbulkan isu itu kerana nampaknya kerajaan kini cuba mencipta berbagai alasan untuk membenarkan keputusan yang telah dikeluarkan.

Pada hal, kata beliau isu pokok ialah Malaysia tidak perlu kilang itu beroperasi di sini.

sumber : harakahdaily

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,910 hits
Kalendar
Mac 2012
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: