Buang sisa Lynas dalam Sungai Lembing kerja gila

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) membantah keras cadangan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob agar sisa kilang Lynas dibuang di Sungai Lembing kerana kami berpendapat jika ini dilakukan, ia adalah tindakan gila.

Adakah pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Alam Sekitar dirujuk dalam hal ini? Apakah undang-undang perlindungan sungai akan diketepikan begitu sahaja?

Ekologi sungai yang kini sangat sensitif dan bakal punah akibat  pembuangan sisa radioaktif, pasti akan mengundang malapetaka yang tidak boleh dirawat lagi.

Di sebaliknya ia  akan memperlihatkan slogan ‘Cinta Sungai Kita’ yang selama ini dicanang oleh JPS hanya menjadi suatu momokan dan bahan ejekan.

Jika ini benar-benar dilakukan ia adalah jenayah alam sekitar yang sepatutnya dihalang malah diambil tindakan undang-undang yang tegas tanpa kompromi.

Amat jahil bagi sesiapa yang menganggap membuang sisa toksid seperti bahan radioaktif Lynas ke dalam sungai tidak merosakkan alam sekitar.

Walaupun cadangan itu dikatakan adalah di tapak lombong yang sudah tidak digunakan, interaksi air bawah tanah serta akhirnya menyambung ke sungai  pasti akan memberi kesan yang merbahaya dalam jangka masa panjang.

Kami difahamkan Sungai Lembing yang dicadang itu adalah kawasan pelancongan yang dikunjungi ramai.

Teras bukan sahaja mengambil kira soal kehidupan dan punca pendapatan penduduk Sungai Lembing tetapi yang lebih penting ialah soal persekitaran yang akan bakal rosak yang tidak boleh dipulih lagi jika ia menjadi tapak buangan sisa radioaktif.

Kini yang menjadi polemik ialah di mana pembuangan sisa radioaktif itu hendak disalurkan.

Padahal kenyataan yang saling bercanggah antara Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam isu pembuangan sisa toksik dari kilang Lynas ini membuktikan kelulusan membenarkan Lynas beroperasi adalah keputusan sembrono.

Tiba-tiba MB Pahang pula membuat kenyataan yang jauh lebih mengejutkan.

Teras menyelar kenyataan-kenyataan yang saling bercanggah dikeluarkan oleh pihak-pihak yang berwewenang yang bukan sahaja mengelirukan malah menyusahkan pegawai kerajaan yang terpaksa berdepan dengan masyarakat.

Yang jelas semua kenyataan ini dibuat hanya untuk berselindung di balik hakikat yang sebenar. Bahaya kilang Lynas sememangnya mempunyai risiko tinggi kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.

Malangnya setiap kali pengumuman dibuat, setiap kali kesilapan terserlah.

Najib yang cuba membersihkan kilang Lynas daripada kontroversi dengan menyatakan bahawa sisa kilang Lynas adalah tidak berbahaya, dan akan memastikan sisa tersebut dipindahkan ke lokasi lain yang selamat dan jauh dari penempatan manusia,  jelas sedang memperjudikan nasib masyarakat dan alam sekitar negara ini.

Rakyat tidak boleh dibohongi hanya dengan strategi emosi dan psikologi seperti yang disebut oleh PM. Apa yang rakyat mahu ialah dibatalkan terus projek ini demi masa depan masyarakat dan alam sekitar negara.

Mohd Azmi Abdul Hamid ialah Presiden Teras.

sumber : harakahdaily, malaysiakini

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “Buang sisa Lynas dalam Sungai Lembing kerja gila
  1. encikmohamad berkata:

    Jangan buat lawaklah Presiden TERAS, tak adanya kerajaan Pahang nak buang sisa Lynas dalam Sungai Lembing kerana sisa bahan yang diproses Lynas mempunyai nilai ekonomi lain yang boleh digunakan oleh industri hiliran bagi menghasilkan produk tertentu.

    Pasal isu Lynas ini banyak benar penipuan dan pembohongan oleh pihak yang tak tahulah apa masalah mereka dengan Lynas hingga sanggup membuat kenyataan yang tak tentu arah sedemikian rupa. Lepas ini mungkin ada pula tuduhan kerajaan menjadikan sisa Lynas sebagai baja untuk tanaman atau entah apa lagi tuduhan melulu sebagaimana tuduhan loji janakuasa arang batu di Sinakut, Sabah yang kononnya sisa pembakaran arang batu akan dibuang ke laut sedangkan tidak begitu pun.

    Saya begitu pelik dengan sikap pihak yang menjadi batu api menghalang pembangunan untuk mencari publisiti murahan hingga mengetepikan kepentingan negara dan rakyat. Pihak sedemikian, dari dahulu lagi menentang segala pembangunan oleh pihak kerajaan, lihat sajalah Proton, dituduh membazir dan sebagainya, tapi sekarang pihak yang menuduh itu jugalah menggunakan kenderaan yang dihasilkan oleh Proton. Begitu juga dengan Projek Lebuhraya Utara Selatan, kononnya membazir dan merugikan, tapi sekarang orang yang menentang itu jugalah sibuk menggunkana lebuh raya berkenaan. Begitu jugalah dengan Putrajaya, dulu tuduh Putrajaya membazir dan pihak yang berkenaan mahu melelong Putrajaya sekiranya berjaya menjadi kerajaan di Malaysia menggantikan kerajaan sedia ada, tapi sekarang pihak berkenaan pula yang sibuk nak tinggal di pejabat di Putrajaya, malahan Putrajaya menerima beribu-ribu pelancong asing yang melawat Putrajaya hingga mencetuskan peluang ekonomi kepada penduduk di Putrajaya, malahan kesesakan di Kuala Lumpur pun tidak menjadi begitu kritikal dan rakyat yang hendak berurusan dengan jabatan kerajaan di Putrajaya pun lebih mudah dan tidak terlibat dengan kesesakan lalu lintas sebagaimana yang berlaku semasa pejabat kementerian di Kuala Lumpur dahulu.

    Telah ramai pihak yang gila glamor dan gila publisiti mencetuskan permasalah yang direka-reka untuk kepentingan diri walaupun perkara itu merosakkan negara pada jangkamasa panjang dan memberi kesan yang buruk kepada rakyat, tapi pihak tersebut tidak mempedulikan semua masalah itu, apa yang penting bagi mereka adalah publisiti adalah lebih utama berbanding kepentingan jangka masa panjang untuk negara. Entah apa punya jenis manusialah orang sebegitu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,330 hits
Kalendar
Mac 2012
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: