SBPA DIMANSUH – BETAPA KERAJAAN GAGAL MEMAHAMI URUSKELOLA YANG BAIK

Kenyataan Media TERAS

9 hb Mac 2012

Bila SBPA akhirnya dimansuhkan , ternyata satu rumusan dapat disimpulkan iaitu keputusan telah dibuat melalui proses yang tidak  teliti terhadap  semua kemungkinan dan implikasi yang bakal dihadapi. Dan kerajaan yang ada tidak punya intergriti dan ketelusan untuk uruskelola pentadbiran yang  baik.

Pokoknya ini melambangkan kelemahan kerajaan yang sangat ketara..

Bila pihak JPA mengumumkan setiap penjawat awam perlu menandatangani berhelai-helai dokumen , begitu banyak dokumen yang dicetak khas untuk ditandatangani oleh penjawat awam yang melebihi 1 juta orang.

Setiap penjawat dan kerani dipejabat mengambil masa berhari-hari mengejar kakitangan supaya melengkapkan dokumen sebelum tarikh yang ditetapkan.

Ketika mana keputusan  menguatkuasakan cadangan SBPA diumumkan , maklumbalas negatif dari pelbagai pihak nampaknya terlalu lambat untuk diambil kira dengan serius.

Malah teguran dan bantahan dilihat dari kacamata politik pembangkang.

Sehingga JPA dan pejabat PM menerima lebih 1000 memorandum bantahan yang bertalu-talu barulah akhirnya keputusan dimansuhkan diumum.

TERAS mempersoalkan kebijaksaaan dalam proses membuat keputusan dipihak kerajaan sejak awal lagi. Apakah ketika sesuatu perubahan hendak dilancarkan , suatu kajian yang cukup mendalam tidak dilakukan terlebih dahulu sebelum pengumuman hendak dilakukan?.

Kini ramai penjawat  awam yang telah menandatangani dokumen yang berkaitan. Setelah diumumkan pemansuhan SBPA , ramai yang  hilang kepercayaan kepada pentadbiran kerajaan kerana kelihatan seolah keputusan dibuat tidak dengan teliti.

Hanya bila menerima reaksi balas negatif dan setelah sedemikian banyak masa , sumber peruntukan dan tenaga terlibat , baru keputusan ditarikbalik.

Sekarang kerajaan terpaksa menanggung implikasi persepsi negatif penjawat awam terhadap kepimpinan kerajaan.

Apakah kerajaan dibawah Najib kembali mempamirkan kerajaan “flip-flop”. Apakah kerajaan perlu mendapat tentangan yang meluas dari rakyat baru kerajaan cuba merasionalkan keputusan untuk merubah?

 Kami berpendapat ini menunjukkan kelemahan dalam uruskelola yang sangat buruk.

 Jika polisi boleh ditukar-tukar dalam masa yang singkat , tetapi sumber peruntukan wang dibelanjakan dengan sebegitu besar ,ini  jelas menunjukkan kelemahan dan kepincangan.

TERAS juga memanjangkan penelitiannya terhadap banyak lagi projek gajah putih yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Betapa pembaziran yang bernilai ratusan juta diseluruh Negara berlaku dihadapan mata rakyat menimbulkan pertanyaaan  kerajaan tidak memperdulikan lagi wang rakyat yang dibelanjakan .

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,704 hits
Kalendar
Mac 2012
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: