ISU MAJLIS PERTUNANGAN ANAK PM , INIKAH MAKNA WASATIYYAH YANG DILAUNGKAN

Kenyataan Media TERAS

14hb Mac 2012

TRAS Pengupayaan Melayu (TERAS) amat terkejut dengan pendedahan isu PM , Datuk Seri Najib berbelanja mewah untuk majlis pertunangan anaknya baru-baru.

Kini terdapat dua persoalan  dalam isu pembiayaan majlis pertunangan anak PM baru-baru ini.

Pertama , adakah benar PM telah mengguna wang rakyat untuk membiayai majlis pertunangan anaknya. Pihak Hotel mengatakan bil bernilai RM409,767 itu memang dicatat atas nama PMO  (Prime Ministers Office) .

Walaupun telah dijelaskan bahawa keluarga PM yang membayar bil itu , pertanyaannya kenapa pula bil itu  tidak ditulis atas nama peribadi beliau atau keluarga beliau dan  dihantar kepada rumah resmi PM,  jika ini urusan peribadi ?

Kedua , inikah teladan seorang pemimpin yang beria-ia mengujudkan sebuah institusi  bernama Institut Wasatiyyah untuk menyampaikan kempen kesederhanaan kepada seluruh dunia dalam semua aspek kehidupan , tetapi berbelanja super mewah  mencecah RM 409,767 hanya bagi sebuah majlis pertunangan seorang anaknya.

TERAS amat terkejut dengan pendedahan mengenai perbelanjaan yang begitu tinggi dikeluarkan oleh PM untuk majlis tersebut.

Apakah mesej yang dapat dibaca oleh rakyat yang umumnya maseh bergelut mencari wang untuk menyekolahkan anak , membanting tulang menampung kos hidup yang semakin meningkat , nelayan yang menyabung nyawa mencari rezeki di tengah laut , pemandu teksi yang mengagah diri mengekang mata untuk mencari pendapatan sehingga lewat malam?.

Apa erti semuanya ini kepada rakyat bagi PM yang dengan begitu mudah  sanggup berbelanja dan mampu berbelanja sedemikian mewah?.

Inikah yang PM mahu tunjuk kepada rakyat maksud beliau dengan retorik  bahwa “rakyat diutamakan”?.

Cukupkah dengan memancing rakyat dengan BR1M berjumlah RM500 , dan rakyat tidak boleh mempersoalkan bagaimana PM boleh berbelanja mewah untuk majlis pertunangan anaknya?.

Sebagai pemimpin yang tahu benar keadaan kehidupan rakyat  kini bukan dalam keadaan yang selesa , kenapa pula PM sanggup menunjukkan kemewahan dalam majlis sebegini , sungguhpun majlis itu dikatakan dibiayai secara peribadi oleh wang keluarganya?

Soalnya inikah contoh pemimpin Islam yang hendak ditunjukkan kepada rakyat?

TERAS semasekali tidak boleh menerima malah membantah pemimpin-pemimpin yang ghairah berbelanja mewah dalam kehidupan peribadi mereka. Bukan sahaja ini akan menimbulkan persoalan dikalangan rakyat , malah Islam semasekali melarang berbelanja secara membazir dalam majlis-majlis peribadi mereka.

Isunya bukan soal melibatkan wang peribadi semata-mata. Malah isu lebih besar kenapakah PM boleh berbelanja besar dari wang yang mahu tidak mahu akhirnya berpunca dari wang rakyat juga, yang membayar upah kepada beliau kerana bekerja sebagai PM.

Ditingkat jawatan nombor 1 dalam Negara , sudah pasti seorang PM tidak boleh hanya beralasan bahawa ini wang peribadinya , dan oleh itu beliau boleh hidup mewah dan menonjol-nonjolkan kemewahan keluarganya.

TERAS ingin mengingatkan , inilah antara punca kebangkitan rakyat di Asia Barat yang telah menjatuhkan pemimpin-pemimpin mereka akibat tidak lagi dapat menerima gaya hidup keluarga pemimpin yang serba mewah , sedangkan rakyat berkais-kais pagi , petang dan malam untuk hidup.

Tidakkah terlintas dibenak PM dan kuncu-kuncu beliau yang mempertahankan hak beliau untuk  mengeluarkan wang peribadinya  berbelanja sedemikian mewah , walhal rakyat akan memendam rasa yang sedikit demi sedikit akan akhirnya bakal  meledak kerana ini jelas suatu kepincangan hidup antara pemimpin dan rakyat.

TERAS juga menarik perhatian bahawa , ketikamana PM berbelanja sakan hanya buat sebuah majlis pertunangan , jurang antara kelompok kaya-miskin dinegara ini direkodkan dengan gini indeks yang tinggi iaitu 0.4-0.5.

Bermakna PM berbelanja mewah ditengah-tengah rakyat jelata berpendapat sederhana dan rendah berjuang untuk hidup sekedar memenuhi keperluan yang minima untuk hidup.

Kami sangat kecewa dan kesal dengan kemewahan hidup pemimpin Negara yang seolah-olah tidak sensitif dengan perasaan rakyat.

Berbelanja mewah oleh PM itu tidak akan diterima samasekali sebagai suatu kebanggan rakyat. Malah ia amat melukakan hati rakyat marhain .

 Ditengah-tengah gejolak isu kepincangan projek penuh persoalan seperti isu NFC bernilai RM250 juta , isu penyenaraian asset Felda dalam pasaran saham yang penuh ketidaktentuan , isu kepincangan PKFZ yang melibatkan lebih RM 4 bilion , tiba-tiba rakyat berputih mata menyaksikan PM bermewah-mewahan dalam majlis pertunangan anaknya. Bukan kah ini suatu yang janggal dan memedihkan hati rakyat?

 Kemarahan rakyat Asia Barat telah menyaksikan satu demi satu kemewahan hidup ahli-ahli keluarga  pemimpin didedahkan. Mungkin diperingkat awal tidak ada siapapun yang berani bangkit mempersoalkan kemewahan hidup pemimpin , akan tetapi bila kesabaran rakyat sudah sampai kemuncaknya , ledakan amarah rakyat telah menyaksikan satu demi satu pemimpin tumbang.

 TERAS mengingatkan supaya pemimpin Negara jangan terperangkap dengan keghairahan berbelanja mewah kerana tanda-tanda rakyat resah dan semakin marah sudahpun jelas.

 Rakyat faham betul kepincangan yang berlaku adalah gara-gara pemimpin-pemimpin yang tidak menghiraukan perasan rakyat yang cuba diperbodohkan dengan berita-berita serba muluk , padahal sakit dan tertekannya rakyat akan akhirnya dilampiaskan dalam bentuk kemarahan yang akan  diterjemah persis gelombang kebangkitan yang tidak boleh dikekang lagi.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

 

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “ISU MAJLIS PERTUNANGAN ANAK PM , INIKAH MAKNA WASATIYYAH YANG DILAUNGKAN
  1. encikmohamad berkata:

    Kepada Presiden TERAS, anda patut menyertakan bukti kukuh untuk menuduh Perdana Menteri menggunakan dana negara untuk kepentingan peribadi yang tidak dibenarkan. Sikap anda yang membuta tuli mengutip maklumat seperti sampah oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab semata-mata kerana kepentingan politik dan kepentingan peribadi samada puak-puak tertentu atau anda sendiri adalah amat tidak wajar, sekiranya anda seorang pemimpin yang benar-benar berjuang untuk rakyat dan negara, saya menggesa dan mencabar anda mendedahkan bukti berkenaan salah laku berkenaan dan sekiranya anda sendiri tidak dapat menunjukkan bukti berkenaan tuduhan ada itu, maka anda sendiri tidak layak menjadi Presiden TERAS kerana anda sendiri tidak bertanggungjawab atas perbuatan anda, bagaimana anda boleh bertanggungjawab untuk kepentingan ahli-ahli pertubuhan anda atau terhadap negara?

    Mengapakah anda tidak mempedulikan isu RM 200,000.00 yang dibelanjakan oleh seorang pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat di Pulau Pinang atas perkara yang meragukan? Begitu juga dengan isu Ladang Rakyat di Kelantan yang penuh dengan auta dalam Harakah kononnya hanya 30 ribu hektar lebih saja, tapi sedangkan dalam laman web Ladang Rakyat menyatakan lebih 60 ribu hektar terlibat dengan Ladang Rakyat? Begitu juga dengan isu dalam Harakah yang kononnya dalam tempoh pentadbiran PAS di Kelantan hanya 30 ribu hektar kawasan balak sahaja sedangkan Ladang Rakyat sahaja sudah lebih 60 ribu hektar, itu tidak termasuk ladang-ladang yang dipajak kepada syaraikat dari Singapura yang dimiliki oleh bukan bumiputera, ini adalah auta dari PAS dan Harakah untuk membohongi rakyat semata-mata, tak percaya lihat ini:

    http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9422-pahang-kenaikan-kos-hidup-bebankan-rakyat

    Begitu juga dengan tuduhan pasal kos sara hidup yang mana di Malaysia walaupun naik harga barangan, tapi lebih berpatutan dari negara lain kerana dasar keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat. Apakah dengan berdemontrasi liar, menghasut orang ramai menentang pembangunan, memburuk-burukkan negara oleh pemimpin Pakatan Rakyat dapat memajukan ekonomi negara?

    Malahan apakah peranan TERAS sendiri untuk memajukan orang Melayu, mempertahankan Islam, membentuk perpaduan kaum kalau TERAS sendiri terutamanya Presidennya sendiri hanya tahu dan sibuk menyalahkan orang lain sedangkan dirinya tidak membuat program atau usaha untuk membawa kemajuan untuk orang Melayu dan Islam? Jangan sekadar buat NGO untuk mencari publisiti sahaja, sekarang ini apa yang perlu adalah sumbangan apa untuk bangsa dan agama, bukannya memperalatkan agama dan bangsa untuk populariti murahan saja.

    Saya amat berharap agar Presiden TERAS sendiri dapat memberikan komen dan penjelasan berkenaan apa yang diutarakan oleh saya ini, itu pun kalau Presiden TERAS seorang yang bertanggungjawab dan mempunyai misi dan wawasan untuk kepentingan agama, bangsa dan tanah air, kalau sekadar buat NGO untuk cari publisiti murahan, tak jawab, maka saya fahamlah anda adalah dalam kategori itu.

    Sekian, terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,432 hits
Kalendar
Mac 2012
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: