PEMANSUHAN PPSMI TIDAK BOLEH DITANGUH

Kenyataan Media TERAS

14hb Mac 2012

TERAS menegaskan bahawa pengenalan PPSMI adalah suatu tragedi agama , bangsa dan  Negara. Malah ia suatu musibah besar gara-gara nafsu pemimpin yang dirasuk virus penjajah bahawa dengan mendominasikan bahasa Inggeris , Negara boleh berada mencapai tahap kemajuan bertaraf dunia.

 

Sementara hujah ini ternyata boleh dipatahkan dengan contoh Negara-negara non Inggeris tetapijleas dengan bahasa ibundanya boleh maju dan membangun pesat , kami juga mempersoalkan kayu ukur apa yang pemimpin Negara ingin  gunakan untuk mencapai taraf dunia.

Anehnya pemimpin dan wadah parti politik itulah yang beria-ia melaungkan kalam bahawa merekalah pejuang bangsa.

Ketika PPSMI  diperkenalkan tidak ada pertimbangan jangkapanjang diambilkira terhadap masa depan dan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Mujur, benak rakyat belum semuanya tercemar dengan alasan bahawa hanya dengan Bahasa Inggeris Negara ini akan maju. Mujur, semangat kental rakyat tidak semuanya mudah ditundukkan oleh ugutan dan tohmahan pemerintah bersama segala bala jentera medianya.

Rakyat yang maseh punya dhomir dan perasan amarah tidak mungkin mendiamkan diri .

Dengan khittah perjuangan bahawa bahasa adalah jiwa bangsa, rakyat mengambil keputusan yang betul bahawa hanya dengan gelombang bantahan rakyat sahaja mereka yang enak ditampuk kuasa akan faham sanubari rakyat.

Namun nampaknya pemerintah maseh bermain dengan aturannya sendiri.

Pemerintah kini membayangkan ada ruang untuk meneruskan PPSMI jika ia  melakukan ubahsuai . Sehingga ada yang mengambil kesempatan untuk mencelah agar PPSMI dapat dilanjutkan .

Mengikut pengumuman Timbalan Perdana Menteri , rakyat diminta bersabar dan pemansuhan PPSMI akan mengambil  masa berdasarkan kohot pembelajaran  disekolah. Lalu 2012 dijadikan tahun sepatutnya berakhir PPSMI.

Keputusan ini menyebabkan rakyat tergamam kerana terperangkap dengan dalih pentadbiran dan alasan sistem persekolahan. Akhirnya PPSMI diteruskan sehingga hari ini .

Untuk kesekalian kalinya TERAS menyatakan bahawa PPSMI seharusnya dimansuh segera dengan mengguna mekanisme dan kuasa yang ada ditangan pemerintah.

Jika PPSMI dengan mendadak diperkenalkan tanpa banyak kajian dan hujah , kenapa PPSM-Melayu tidak boleh dikembalikan dengan kaedah yang sama . ?

Kini rakyat pencinta bahasa diminta menunggu terus dengan janji  kerajaan. Entah berapa Menteri yang akan berganti pula untuk PPSMI benar-benar dapat dikuburkan. Sementara itu entah berapa ribu pelajar pula yang terus menjadi mangsa sementara  menunggu punca penyakit dihapuskan.

Sebab itu TERAS bersetuju agar gelombang bantahan diketengahkan kembali dan momentum rakyat dibangkitkan sekali lagi   untuk PPSMI ditamatkan sekarang.

Gelombang ini tidak boleh dimatikan hanya dengan janji kerajaan yang nampaknya cuba “ buy time”. Inilah sebenarnya strategi  pihak yang beria-ia PPSMI dipertahankan. Mereka bermakar untuk mendesak kepada kerajaan agar PPSMI diteruskan dengan lobi diperingkat tinggi.

Malangnya sementara  atur permainan lobi ke atas sedang senyap-senyap digerakkan , pelajar , ibubapa dan pendidik jualah yang menjadi mangsa. Ribuan yang terpaksa menggagahkan diri untuk melalui PPSMI yang memeritkan seluruh warga pendidikan.

Sudah tiba masanya rakyat sekali lagi bangkit  untuk memberi kata muktamad “Mansuhkan PPSMI sekarang!”

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “PEMANSUHAN PPSMI TIDAK BOLEH DITANGUH
  1. encikmohamad says:

    PPSMI bertujuan untuk membentuk masyarakat yang berdaya saing sejak dari kecil. Saya salah seorang pelajar UiTM yang mana bahasa pengantarnya adalah Bahasa Inggeris, malahan saya semasa awal kemasukan saya ke UiTM tak reti bahasa Inggeris sangat pun, tetapi dalam tempoh semester pertama sahaja, saya sudah boleh menguasai bahasa berkenaan.

    Malahan dalam isu PPSMI, rasional kerajaan membentuk PPSMI sejak sekolah rendah adalah kerana pada peringkat ini, pelajar mudah menyerap pembelajaran dan menguasai pelajaran berkenaan. Alasan kononnya pelajar mendapat masalah berkenaan PPSMI adalah kerana sikap malas dan tidak bertanggungjawab golongan dewasa yang sengaja memburuk-burukkan PPSMI di samping menghasut kanak-kanak membenci PPSMI, patutnya golongan dewasa memberikan galakan kepada kanak-kanak untuk terus berjaya, bukannya menghasut kanak-kanak untuk menolak kemajuan.

    Malahan apakah kejayaan memartabatkan Bahasa Melayu selepas pemansuhan PPSMI? Mengapakah di SRJK tidak menggunakan Bahasa Melayu untuk mengajarkan Matematik dan Sains? Di manakah kononnya para pejuang bahasa yang melalak di jalanan menentang PPSMI yang kononnya merendahkan martabat Bahasa Melayu untuk Sains dan Matematik? Apakah anda semua tidak memartabatkan Bahasa Melayu di SRJK? Mengapkah terjadi sebegini? Di manakah keikhlasan anda untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai medium pengajaran Sains dan Matematik dalam pendidikan negara? Apakah berada dalam tong sampah atau di loji kumbahan najis? Saya bukan membenci Bahasa Melayu, malahan saya sangat suka kepada Bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan negara. Tetapi sikap tidak reti menilai sebahagaian golongan dewasa untuk menilai apa itu pemartabatan Bahasa Melayu dengan memperkasakan penguasaan Sains dan Matematik oleh pelajar adalah sungguh memalukan.

    Sekiranya golongan yang kononnya pejuang bahasa itu nak perjuangkan Bahasa Melayu, lihat sajalah bahas SMS, bahasa golongan muda mudi sekarang, iklan-iklan di tepi jalan, nama taman-taman perumahan, nama-nama syarikat, nama-nama kumpulan muzik, bahasa dalam filem dan drama Melayu, dan lain-lain lagi, apakah peranan golongan pejuang bahasa ini? Mengapakah anda semua tidak berarak di jalanan untuk membantah bahasa SMS yang mencemarkan Bahasa Melayu? Mengapakah anda tidak mempedulikan bahasa-bahasa pelik yang menjahanamkan keaslian bahasa Melayu oleh golongan muda mudi sekarang? Mengapakah anda tidak mempedulikan iklan-iklan yang mengunakan Bahasa Melayu secara salah atau tidak menggunakan Bahasa Melayu dalam iklan tersebut? Mengapakah anda tidak mempedulikan nama taman-taman perumahan yang tidak mengunakan Bahasa Melayu, malahan ada orang yang kononnya pejuang bahasa yang membeli rumah dan tinggal di kawasan berkenaan? Lihat sajalah nama-nama syarikat atau jenama barangan yang tidak menggunakan Bahasa Melayu yang betul, apakah peranan anda yang kononnya pejuang bahasa? Lihat sajalah nama kumpulan muzik, irama muzik serta lirik yang mencemarkan budaya serta Bahasa Melayu, ada pernah yang kononnya pejuang bahasa ini berdemontrasi menentang penyalahgunaan tersebut? Begitu juga bahasa dalam filem dan drama Melayu yang penuh dengan caca marba dan menjahanamkan Bahasa Melayu, ada pernah ke yang kononnya pejuang bahasa ini berdemontrasi menentangnya? Jangan melabelkan diri sebagai pejuang bahasa hanya semata-mata nak melingkupkan PPSMI sedangkan pada hal lain yang lebih utama, tidak ada pun peranan golongan yang kononnya pejuang bahasa ini buat untuk kepentingan Bahasa Melayu.

    Kepada Presiden TERAS, sila beri ulasan anda berkenaan perkara ini, itu pun kalau anda jujur dan ikhlas dalam memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 323,883 hits
Kalendar
Mac 2012
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: