PEMERGIAN SAUDARA AWALUDDIN SUKAR DICARI GANTI

Mendapat sms dari Sdr Awaluddin di awal pagi 16hb Mac 2012 bahawa beliau sudah sampai dekat dengan bandar Sungai Petani menaikki bas dari JB, mengejutkan saya. Katanya dia datang ke Kedah untuk program yang ada kaitan dengan saya. Tidak ada sesiapa yang memaklumkan saya bahawa beliau akan datang menyertai bersama.

Dengan spontan saya membalas sms beliau agar tunggu di stesyen teksi di Sungai Petani sehingga saya datang antara jam 8.30-9.00 pagi untuk menjemput. Kerana saya agak kelewatan saya meminta Ust Amin sahabat etnik Rohingya yang ada di Sungai Petani untuk menjemput beliau dari stesyen teksi dan dibawa ke pejabat saya di SP Plaza. Begitu  saya sampai dipejabat sdr Awaluddin menunggu dipintu pejabat yang belum dibuka.

Seperti biasa beliau mesra bertemu saya dan kelihatan sangat bersedia untuk berbincang dengan saya. Namun kerana ada temujanji saya dengan beberapa AJK Badan Bertindak membantah pembinaan kubur Cina di Kulim , saya terpaksa membiarkan Awaluddin menunggu sehingga saya selesai.

Seusai urusan dengan mereka , saya menjemput Awaluddin dan Ust Amin untuk masuk ke kamar kerja saya dan memulakan perbincangan. Seperti biasa ketika saya sering temui Awaluddin , beliau tidak berlengah meluahkan segala pemikiran dan usulannya kepada saya mengenai pelbagai aktiviti TERAS, MAPIM dan SHURA .

Malah setelah saya pamitan dengan beliau kerana harus bergegas ke Pulau Pinang untuk menghadhir satu lagi mesyuarat , belIiau  meneruskan lagi bicaranya dengan beberapa pimpinan Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia cawangan Kedah (SALIMAH) yang ada di pejabat bersama TERAS. Laporan yang saya terima , beliau bersemangat memberi saranan untuk mengadakan aktiviti bersama SALIMAH. Diajaknya dengan bersungguh agar di adakan latihan Bijak Sifir dan Bijak Jawi yang beliau sendiri sanggup menjadi pembimbing.

Sekitar seminggu sebelumnya , saya telah menghantar 3 orang wakil  etnik Rohingya untuk menjelajah ke Negeri Sembilan dan Johor menerangkan kepada masyarakat mengenai nasib etnik Rohingya yang tertindas di Myanmar. Awaluddin telah menyambut mereka di Johor Baru dan mengatur beberapa acara di sekitar kota. Jelas beliau sangat memberi perhatian kepada nasib pelarian Rohingya sehingga kedatangan beliau ke Kedah adalah juga dalam rangka berbincang dengan saya mengenai cadangan beliau kepada TERAS dan SHURA untuk membantu pelarian Rohingya yang ada di Malaysia.

Semangatnya saya kenal betul.Cadangannya adakalanya menyebabkan saya berfikir betapa beliau tidak menimbangkan kemampuan kerana terlalu banyak dan terlalu besar yang hendak dilakukan .Namun itulah Awaluddin yang saya kenali.

Hati dan fikirannya  sarat dengan saranan untuk membantu meningkatkan martabat umat. Rupanya itulah cadangan beliau yang terakhir.

Pada 17hb Mac 2012 jam 10.00 pagi , beliau telah diisytiharkan kembali ke Rahmatullah di Hospital Kulim , Kedah.

Sebelumnya beliau telah turut menyertai program Kayuhan Gaza bersama sekitar 300 orang peserta berbasikal di Kulim untuk mengumpul dana Hospital Kanak-kanak Gaza dianjur oleh MAPIM dan BAKUN . Program ini digerakkan oleh Cikgu Yatim dan Ustaz Hj Zaki , dua orang sahabat yang aktif menjalankan aktiviti kemasyarkatan di Kulim.

Saya di maklumkan ketika beliau turun dari van yang ditumpanginya mengekori peserta yang berbasikal  , beliau tiba-tiba muntah dan tidak sedarkan diri. Teman-teman bergegas membawa beliau ke Hospital Kulim namun doktor menyatakan beliau sudah tiada lagi.

Awaluddin adalah seorang insan yang sangat peka dengan persoaln umat.

Setahu saya jarang sekali beliau tidak menuangkan pandangannya dalam mana-mana majlis dan forum yang membicarakan masalah umat.

Sejak pembabitan beliau dalam Persatuan Pelajar islam Johor dan ABIM serta Persatuan Ulama Malaysia , beliau dikenali teman-teman sebagai aktivis yang tidak pernah lelah bercakap. Hampir tidak ada kesempatan yang beliau tidak gunakan untuk melontarkan hujahnya. Ada sahaja komentarnya untuk mengusulkan saranan agar diperkirakan oleh wadah perjuangan yang beliau turut terlibat.

Demikian setiapkali mu’tamar ABIM , suara Awaluddin tidak pernah tidak kedengaran . Pernah saya sendiri menegurnya agar tidak terlalu banyak memberi saranan yang kita tidak mampu melaksanakannya. Akan tetapi Awaluddin adalah orang yang hiperaktif dalam segenap majlis. Saya mengatakan , tanpa Awaluddin , Mu’tamar ABIM akan terasa sunyi.

Saya akan kehilangan seorang sahabat yang sering menghubungi saya untuk datang ke Johor bagi mengisi program yang beliau atur. Teringat saya betapa beliau terlalu ghairah mengatur program sehingga setiap waktu solat untuk dua hari berturut-turut diaturnya majlis untuk saya mengisi. Saya tidak merasa lelah tetapi kadang-kadang teruja melihat beliau kalut mengatur satu majlis demi satu majlis sehingga ada kalanya beliau kelihatan penat  dan mencuri kesempatan berbaring di sudut masjid atau surau ketika saya menyampaikan kuliah.

Awaluddin peka dan sering menerjah jauh dalam pemikirannya untuk melihat persoalan umat. Malah beliau pernah menyarankan agar diadakan suatu forum terbuka antara pemimpin Negara dan pemimpin parti berbahas . Maudhu’nya adalah persoalan Perpaduan Ummah. Beliau percaya maseh ada ruang yang boleh diusahakan utnuk merapatkan jurang kekhilafahan antara pemimpin Islam.

Pemikirannya sangat sederhana. Pemimpin harus berjiwa besar untuk berbahas secara berdepan demi kepentingan umat , mencari titik-titik kesamaan dan berlapang dada dalam perbezaan.

 Saya maseh terdengar suara beliau , dengan hormat saya rakamkan, pada pertemuan yang terakhir kira-kira 12 jam sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir “ katanya kepada saya  “ Ana lebih tua dari anta , tetapi sebagai seorang ketua , ana hormat dan patuh kepada anta “

 Awaluddin , sahabat ku , engkau akan sentiasa dalam ingatan kami. Engkau insan terpileh untuk menjadi rangkaian  para pejuang yang mahu Islam didaulatkan. Moga Allah menerima dan menghimpunkan engkau dikalangan roh para solehin , siddiqin dan para syuhada. Amin

Cikgu Azmi Abdul Hamid

18hb Mac 2012

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “PEMERGIAN SAUDARA AWALUDDIN SUKAR DICARI GANTI
  1. Rodziah Bte Abu says:

    Anak sulung saya pernah tinggal di Taska asuhan milik Allahyarham. Al-Fatihah……………:(

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 323,876 hits
Kalendar
Mac 2012
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: