RAKYAT PERLU SEDAR KEPINCANGAN KERAJAAN BERBELANJA DAN BERHUTANG

Kenyataan Media TERAS

24hb Mac 2012

TERAS berpendirian pengumuman Timbalan Menteri Kewangan Datuk  Awang Adek Hussain bahawa hutang kerajaan maseh tidak kritikal kerana kurang 2% di bawah had 55% dari KDNK dan tidak membimbangkan , adalah sangat tidak bertanggungjawab.

Pertanyaan yang tidak dijawab ialah kemanakah wang yang diperolehi dengan berhutang itu dibelanjakan dan siapa yang menentukan perbelanjaan tersebut?

Sepatutnya pihak perbendaharaan Negara memastikan ia dibelanjakan mengikut peruntukan undang-undang . Dengan hanya seliseh 2 % dari tahap kritkal 55% KDNK menunjukkan perbendaharaan negara cuai dengan kedudukan hutang negara.Itupun TERAS mempersoalkan atas kriteria apa 55% itu ditentukan?

Soalan yang lebih kritikal ialah apakah kerajaan berbelanja  berdasarkan bajet yang diluluskan atau sebaliknya ( on budget atau off budget) ?

Pihak perbendaharaan Negara yang kini dibawah kuasa PM , kerana beliau adalah juga Menteri Kewangan , jelas telah membiarkan hutang bertambah bila defisit dicampur dengan berbelanja lebih dari yang dibenarkan.

Kini apa yang menjadi tandatanya ketika kerajaan berbelanja lebih dari yang dibenarkan siapakah yang memberi kebenaran untuk berbuat demikian?

Inilah sebabnya TERAS melihat bahawa dalam isu hutang Kerajaan yang kini hanya berada 2% dibawah had yang dibenarkan , ternyata tidak ada semak dan imbang (check and balance) lagi..

Kini rakyat berhak untuk tahu bagaimana wang Negara yang diperolehi dari hutang , dibelanja. Sebabnya  rakyatlah yang akan menanggung hutang tersebut.

Inilah yang disebut sebagai Pembiayaan Hutang (Debt Financing) yang akan terbeban kepada setiap orang rakyat sesebuah negara. Untuk membayar hutang , perbelanjaaan tambahan perlu dikeluarkan. Rakyatlah yang akan menerima beban hutang yang diambil oleh kerajaan.

Ketikamana hutang kerajaan bertambah bermakna wang rakyat akan diguna untuk membiaya hutang tersebut.

Di Amerika ada maklumat setiap hari yang disebut “U.S. NATIONAL DEBT CLOCK” . Pada 23hb Mac 2012 jam 10.30.06 petang GMT hutang Awam ialah USD 15,589,100,336.066.82 . Ia juga mencatit populasi Amerika sekarang ialah 312,453,854 , maka setiap warga Amerika menanggung hutang tersebut sebanyak USD49,892.19 pada hari tersebut.

Hutang Kerajaan Amerika terus meningkat secara purata USD 4.02 billion sehari sejak 28hb September , 2007!

Setidak-tidaknya warga Amerika mempunyai maklumat mengenai hutang kerajaan setiap hari dan apa implikasinya terhadap setiap individu warganya.

Di Malaysia maklumat ini bukan sahaja sukar untuk dioperolehi , malah dimanipulasi seolah-olah semuanya dalam kedaan terkawal.

TERAS mengesa agar rakyat perlu menzahirkan keprihatinan mereka mengenai kepincangan perbelanjaan yang akan menjejaskan kedudukan kewangan Negara sekaligus kesejahteraan rakyat.

 Jika rakyat membisu dan tidak peka dengan uruskelola kewangan Negara , masa depan rakyat bakal menghadapi keadaan yang tidak menentu. Jangan membayangkan situasi seperti Greece tidak akan berlaku di Malaysia.

 

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

pautan berita : harakahdaily

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 323,883 hits
Kalendar
Mac 2012
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
%d bloggers like this: