Islamkan Melayu, bukan Melayukan Islam

 

KUALA LUMPUR, 8 April: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menegaskan faham memperjuangkan Melayu perlu diperbetulkan oleh pihak tertentu yang ghairah dengan slogan membela nasib orang Melayu.

 “Teras menolak faham bahawa Islam boleh diperjuangkan melalui slogan bangsa kerana kemuliaan Islam tidak terikat dengan bangsa.

 “Malah sebaliknya bangsalah yang terpaksa bersandar kepada Islam jika nasibnya mahu diperjuangkan,” kata Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Jelasnya, Islam membawa konsep rahmatan lil alamin, bermakana Islam adalah untuk semua kaum dan semua makhluk.

Justeru, ujarnya memperjuangkan kemelayuan berdasarkan sikap dan faham assobiyah  melulu akan merosakkan asas perjuangan Islam peninggalan para pejuang Islam terdahulu.

Katanya, Teras menegaskan apa yang perlu ditekankan ialah mengukuhkan keIslaman orang Melayu dan bukan meMelayukan Islam seperti yang diluahkan oleh laungan pihak yang cuba menonjolkan perjuangan Melayu secara emosional.

“Wujudnya kelompok yang ghairah menekankan kepentingan bangsa di luar batas syariat adalah tertolak dan tidak dapat diterima.

“Malah kami berpendapat bahawa jika kelompok yang hanya melihat persoalan bangsa dari kacamata bangsa semata-mata adalah perjuangan yang batil dari sisi Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Teras, kata beliau menyatakan bahawa perjuangan Umno yang dipersoalkan sekarang adalah lantaran perjuangannya tidak berdasarkan Islam malah telah sarat  diserap dengan faham sekularisme yang ditolak oleh Islam.

Tambahnya, tatkala perjuangannya adalah atas nama bangsa semata-mata akhirnya nasib bangsa Melayu tidak dapat ditingkat secara hakiki lantaran fahaman assobiyah yang tebal.

“Sebab itulah bangsa lain tidak dapat melihat keindahan atau konsep yang boleh diyakini dan dipercayai yang dibawa oleh Umno  kerana setiap kali timbul isu mengenai hak bangsa , hujah yang diketengahkan ialah kedudukan istimewa orang Melayu,” ujarnya.

Beliau menambah, sementara Teras tidak menolak peruntukan Perlembagaan , namun sepatutnya yang diperjuangkan ialah sejauh mana Islam menjadi dasar untuk mempertahankan kedudukan bangsa dan bagaimana bangsa Melayu berhak untuk melaksanakan Islam dalam kehidupannya berlandaskan kewajipan agamanya.

Beliau menjelaskan, Teras khuatir dengan slogan yang terlampau mengenengahkan persoalan bangsa Melayu yang lebih ketara dari persoalan menegakkan  Islam pada diri bangsa Melayu itu sendiri.

“Nasib bangsa Melayu hanya dapat dipertahankan dengan penerimaan Islam sepenuhnya tanpa sebarang penolakkan aspek Islam berdasarkan fahaman assobiyah.

“Manakala tuntutan Melayu dijadi agenda yang lebih diutamakan manakala agenda Islam dinomborduakan, maka asas perjuangan akan tersasar dari apa yang dituntut oleh Islam itu sendiri,” ujarnya lagi.

Justeru, kata Mohd Azmi, Teras khuatir dikebelakangan ini kelompok yang ingin menjadi penyuara lantang kepada hak orang Melayu akhirnya menjadi fitnah kepada Islam kerana apa yang diangkat adalah di atas pertimbangan politik perkauman bukan atas dasar kebenaran dan keadilan seperti yang dituntut oleh Islam.

Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “Islamkan Melayu, bukan Melayukan Islam
  1. encikmohamad berkata:

    Keranan nak Islamkan Melayulah PAS sanggup benarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah, sanggup jadi pecacai DAP, sanggup ketepikan perjuangan bangsa. Memang Islam adalah utama, kalau TERAS menolak slogan untuk membangunkan Islam menggunakan bangsa, apahal TERAS menggunakan nama Teras Pengupayaan Melayu? Mengapa perlu ada perkataan Melayu pada nama persatuan TERAS? Buang sajalah, buat apa pakai perkataan Melayu pada nama persatuan TERAS? Bagi saya, tidak salah kita memperjuangkan bangsa, malahan UMNO yang memperjuangkan bangsa bumiputera, bukannya bersikap anti kepada bangsa lain, atau bersikap anti agama, jadi apahal nak menuduh UMNO dengan tuduhan melulu pula? TERAS perlu lihat PAS yang telah terpesong jauh dari matlamat penubuhannya.

    Pasal Islam bersifat RAHMATAN LIL ALAMIN, itu adalah benar, tidak disanggah pun oleh saya, memang benar Islam bukannya milik Melayu semata-mata, Islam adalah milik Allah untuk semua manusia yang beriman kepadaNya. Berkenaan bangsa, kalau kita sebangsa tidak menolong bangsa kita sendiri, jangan haraplah orang lain nak bertungkus lumus menolong bangsa kita kerana dia akan pentingkan kedudukan bangsanya dahulu kerana dia pun berfikir kalau dia tolong bangsa orang lain, adakah orang bangsa lain akan berhempas pulas menolong bangsanya?

    Kerajaan serius dalam pemartabatan Islam di negara ini, di negara ini ada Jabatan Agama Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Sekolah Menengah Agama bantuan kerajaan, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia, saya ingin bertanyalah kepada Presiden TERAS, di negara lain adakah perkara seperti ini? Malahan apakah UMNO yang memperjuangkan bumiputera mengabaikan kepentingan Islam di negara ini? Apakah UMNO menindas bangsa lain secara zalim dan tidak berperi kemanusiaan hingga ramai bangsa selain bumiputera kebulur tak makan?

    Kalau beginilah sikap presiden TERAS, saya cadangkan supaya TERAS buang perkataan Melayu pada nama TERAS, kerana TERAS bukan untuk Melayu saja, buat sajalah nama TERAS yang baru iaitu Teras Pengupayaan Malaysia atau apa-apa yang lain selain Melayu.

    Pasal politik perkauman yang dinyatakan oleh Presiden TERAS, lihatlah pada Pakatan Rakyat, kalau dalam isu jenayah, bila penjenayah ditembak mati oleh polis, mengaitkan dengan sentimen perkauman, malahan kalau disoal siasat pun melibatkan isu perkauman oleh pihak yang berkenaan? Di manakah suara Presiden TERAS dalam perkara ini?

    Kerajaan tidak menombor duakan kedudukan Islam di negara ini, ini adalah tuduhan melulu yang mungkin ada niat yang tidak baik dari Presiden TERAS sendiri yang iri hati atau tidak sepolitik dengan parti pemerintah saja. Kalau benarlah kerajaan menombor duakan Islam dan lebih mengutamakan Melayu, mengapakah kerajaan mengambil tindakan keras terhadap amalan khurafat warisan zaman dahulu bangsa Melayu seperti tempat-tempat keramat dan kepercayaan tahyul yang telah diambil tindakan keras oleh kerajaan? Ini menunjukkan tuduhan Presiden TERAS adalah melulu dan hanya bersifat politik untuk memburukkan kerajaan saja.

    Pasal tindakan yang kononnya dari pihak yang lantang memperjuangkan Melayu yang dituduh menjadi fitnah terhadap Islam, di manakah buktinya? Apakah pihak yang lantang memperjuangkan Melayu itu menyuruh membunuh orang bukan Melayu? Apakah pihak yang lantang memperjuangkan Melayu itu bersikap zalim menindas dan mengainaya bangsa bukan Melayu? Tidak ada pun sebegitu, apa yang disuarakan secara lantang adalah supaya pihak yang sekarang ini yang kononnya atas dasar ‘hak asasi manusia’ yang telah mencabuli apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, itu saja, jadi tidak timbul isu nak menimbulkan fitnah terhadap Islam.

    Presiden TERAS patutl lihat sikap PAS yang menyebabkan Islam dipandang sebagai mundur kerana PAS sibuk menentang itu dan ini kononnya mungkar, tapi PAS sendiri tidak ada inisiatif untuk membaiki keadaan tetapi lebih sibuk mempolitikkan agama hingga sanggup menjanjikan syurga dan negara dalam politik. Sikap PAS itu mengingatkan saya terhadap hadis berkenaan Dajjal Laknatullah di mana di akhir zaman akan timbul satu fitnah yang besar terhadap Islam iaitu Dajjal Laknatullah yang menjanjikan syurga dan neraka di mana syurga Dajjal adalah neraka Allah dan neraka Dajjal adalah syurga Allah. Di manakah suara Presiden TERAS dalam penyelewengan agama oleh tok guru politik dalam PAS ini? Sikap Presiden TERAS ii menunjukkan TERAS ini tak tahu arah tuju, kononnya jangan perjuangkan bangsa sangat, perjuangkan Islam, tapi dalam nama persatuan TERAS ada perkataan Melayu, malahan tindakan pihak tertentu yang sealiran dengan TERAS apabila pihak itu mempolitikkan agama hingga menimbulkan fitnah terhadap Islam, tidak dipedulikan oleh TERAS. Apa ni Presiden TERAS? Sila jawab, itu pun kalau di pihak benarlah, tapi sehingga kini satu pun pertanyaan saya tidak dijawab oleh Presiden TERAS, auta saja lebih TERAS ni, cakap saja berdegar-degar, tapi tin kosong saja.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,612 hits
Kalendar
April 2012
M T W T F S S
« Mar   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
%d bloggers like this: