Katakan tidak kepada perang dan sekatan ke atas Iran

 

Kami, gabungan pertubuhan masyarakat madani dan individu yang prihatin, mengutuk sekeras-kerasnya gertakan dan ancaman Amerika Syarikat dan Israel untuk menyerang Iran. Kami amat kesal sekatan yang dikenakan oleh Amerika ke atas rakyat Iran dan tekanan kepada negara-negara lain untuk memutuskan hubungan dagangan dan urusan ekonomi secara langsung dengan Iran.

Alasan yang diberikan oleh Amerika dan Israel atas tindakan zalim dan melanggar norma undang-undang antarabangsa ini adalah bertujuan untuk menghentikan Iran daripada membina senjata nuklear.

Tuduhan oleh Amerika, Israel dan sesetengah negara Eropah bahawa Iran sedang membina senjata nuklear ternyata tidak berasas dan tidak benar sama sekali. Beberapa laporan daripada agensi intelijen Amerika dan Israel secara mutlaknya menyebut bahawa Iran tidak membina senjata nuklear dan tidak membuat keputusan untuk melakukannya.

Walaupun pemeriksaan secara extensif dilakukan oleh International Atomic Energy Agency (IAEA), mereka tidak menjumpai bukti yang jelas bahawa Iran sedang membina senjata nuklear. Pada tahun 2007, Ketua Pengarah IAEA, Dr. Mohammad El-Baradei pernah berkata bahawa “Kami tidak mendapati apa-apa aktiviti yang tidak diikrarkan atau program pembinaan senjata”.

Walaupun kenyataan muktamad El-Baradei menyatakan bahawa Iran tidak terlibat dalam pembinaan senjata, Ketua Pengarah IAEA yang baru, Yukiya Amano berkata bahawa Iran mungkin berekperimentasi dengan kajian ketenteraan sebelum tahun 2004 dan ini mungkin berterusan. Kenyataan ini bersifat spekulatif dan tidak didasarkan kepada bukti kukuh serta dibuat dalam keadaan Amerika sedang bersiap-siap untuk melaksanakan sekatan yang lebih ketat ke atas Iran.

Menurut sumber WikiLeaks, selepas Amano dilantik ke jawatan Ketua Pengarah IAEA, belia merakamkan ucapan terima kasih kepada Amerika kerana menyokong pencalonan beliau dan memberikan jaminan bahawa beliau akan solid menyebelahi Amerika dalam setiap keputusan penting, daripada perlantikan personal di tahap tertinggi kepada pengendalian kes pertuduhan program senjata nuklear ke atas Iran.

Di bawah kepimpinan Amano, IAEA seolah olah menjadi alat Amerika dan Israel dalam mencapai matlamat geo-politik mereka. Amano telah menggadaikan prinsip kemandirian dan integriti IAEA, oleh itu beliau harus meletak jawatan.

Pada tahun 2007, sepatutnya pemeriksaan ke atas program nuklear Iran dimuktamadkan namun Amerika dan Israel mempunyai alasan tersendiri untuk meneruskan pemeriksaan ini di bawah Majlis Keselamatan PBB. Dengan memanipulasi isu nuklear mereka berhasrat untuk melakukan ‘regime change’ di Iran seperti mana yang mereka lakukan di Iraq. Iran disasarkan untuk agenda ‘regime change’ adalah semata-mata kerana mereka menentang hagemoni Amerika dan menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Pada Februari 2012, Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin menuduh Barat sengaja ingin melakukan perubahan regim atas helah untuk menghentikan percambahan senjata pemusnah besar-besaran (WMD).

Sikap hiprokit dan ‘double standard’ Barat amat ketara.

Israel secara diam-diam membina dan memproses lebih daripada 200 senjata nuklear beserta sistem penghantaran yang sofistikated melalui jalan air, lautan dan darat. Israel bukan anggota kepada Nuclear Non-Proliferation Treaty (NPT), maka ia tidak tertakluk kepada pemeriksaan IAEA, sementara Iran adalah tertakluk kepada pemeriksaan IAEA.

Israel telah melakukan tindakan agresif kepada negara-negara jiran dengan berulang kali mengancam untuk menggunakan senjata nuklear. Sewaktu Amerika memejamkan mata kepada tindakan negara samseng ini bercanggah dengan undang-undang, dalam masa yang sama mereka mengenakan sekatan yang melumpuhkan ke atas Iran hanya kerana menjalankan hak mereka untuk memperkayakan uranium bagi tujuan menghasilkan tenaga dan perubatan.

 

Sekatan ini menurut Gary Ackerman, Ahli Kongres Amerika adalah berniat untuk melumpuhkan dan memusnahkan ekonomi Iran yang akhir menyebabkan rakyat Iran akan tertekan dan bangkit untuk membuang pemerintah yang sedia ada. Jika melalui jalan ini gagal, maka jalan perang akan diambil yang akhir menyebabkan kehilangan nyawa, kemusnahan dan kemeruduman ekonomi global.

Ancaman perang dan memaksakan sekatan ekonomi ke atas negara yang berdaulat merupakan satu jenayah undang-undang antarabangsa malangnya masyarakat dunia tidak melakukan sesuatu untuk menghalang tindakan tidak bertamadun ini. Sebaliknya banyak negara negara berkerjasama dengan Amerika untuk menghancurkan ekonomi Iran yang menyebabkan penderitaan dan kesusahan yang teramat sangat di pihak rakyat Iran.

Satu tragedi yang amat memalukan apabila negara OIC seperti Arab Saudi dan negara teluk yang sepatutnya membantu Iran bersesuaian dengan Piagam OIC, sebaliknya menyokong usaha sekatan ekonomi tajaan Amerika ke atas Iran. Kami memuji usaha dan keputusan daripada mesyuarat negara BRICS yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan untuk tidak menyokong tindakan sekatan ini dan berhenti mengimport minyak Iran.

Pertubuhan masyarakat madani harus bangkit menentang keangkuhan Amerika dan Israel dengan memobilasi masyarakat untuk menentang ancaman perang terhadap Iran dan memecahkan sekatan ekonomi Amerika.

Kami menyeru:
1.   Kerajaan Malaysia untuk menarik balik arahannya kepada Petronas untuk berhenti untuk mengimport minyak dari Iran dan mempromosikan jualan minyak sawit dan produk-produk penting kepada Iran.

2.    OIC
·         Mengutuk ancaman perang Amerika-Israel terhadap Iran dan menyeru semua ahlinya membantah seruan Amerika untuk sekatan ekonomi dan memperkukuhkan hubungan ekonomi dengan Iran.
·         Memulakan inisiatif di PBB untuk menghalang ancaman perang dan membuang sekatan ekonomi Amerika.

3.    Dewan perniagaan, kesatuan sekerja, pertubuhan kebudayaan; keagamaan; pendidikan; pelajar dan belia, dan Ngo di Malaysia dan Indonesia untuk terus mara melakukan hubungan dan aktiviti solidariti bersama dengan rakan-rakan di Iran.

4.    Rakyat Malaysia dan Indonesia harus terus membeli produk Iran dan memboikot produk Amerika sebagai tanda sokongan kepada rakyat Iran.

5.    Ngo dan para pelajar  disarankan menganjurkan pertemuan dan kempen untuk mendidik masyarakat awam dan pembuat dasar berkenaan konflik ini dan memobilasi sokongan massa untuk menghalang perang dan menamatkan sekatan.

Dipersetujui bersama oleh:

Citizens International
Universal Justice Network
TERAS
ABIM
Sekretariat Majils Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)
Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (JAMA’IY)
Citizens Want Peace , Indonesia
Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH)
Ilmuan
Gabungan Mahasiswa Islam (GAMIS)
Teachers Working Group , Indonesia
PAHAM Keadilan , Indonesia
Prihatin Malaysia
Assyakirin Network of Friendship
Warga Muafakat NGO Islam Kedah (WEHDAH)
Strategic Point , Indonesia
Perantau
MP YB Dato Kamaruddin Jaafar
NADI (Nusantara Initiative for Peace and Justice)


Mohd Azmi ilah Kordinator Kempen Katakan Tidak Kepada Perang dan Sekatan Ke atas Iran.

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “Katakan tidak kepada perang dan sekatan ke atas Iran
  1. encikmohamad says:

    Dalam isu politik antarabangsa, sikap melulu adalah suatu tindakan pandir yang merugikan umat Islam sendiri, dalam isu Iran, kemungkinan Amerika dan Israel menyerang Iran adalah tipis sekali kerana sokongan kuat dari Russia dan China terhadap Iran. Amerika tidak sanggup mengambil risiko mencetuskan perbalahan dengan Russia dan China dua kuasa besar di persada politik antarabangsa. Malahan sikap berdemontrasi di sana sini menentang sikap Amerika dan Israel, apakah faedahnya? Israel dan Amerika tak terjejas pun dengan tindakan berkenaan, malahan perbuatan demontrasi secara tidak tentu arah itu menyebabkan Israel dan Amerika menggunakan perkara itu untuk memburukkan Islam.

    Dalam isu ini saya mahu menyorot kembali peristiwa Perjanjian Hudaibiyah di antara kaum muslimin Madinah dengan puak musyrikin di Mekah ketika itu. Dalam peristiwa berkenaan, Nabi Muhammad S.A.W. telah menunjukkan teladan yang sangat berguna kepada umat Islam untuk digunakan dalam berhadapan dengan musuh yang lebih kuat bagi mencapai kemenangan yang lebih besar dalam jangka masa panjang. Umat Islam sekarang ini terlalu emosional hingga mencetuskan masalah kepada imej Islam itu sendiri. Perbuatan mengebom di sana sini, membunuh orang bukan Islam yang tidak bersalah, dan bertindak liar hingga menjahanamkan harta awam telah menyebabkan itu semua digunakan oleh Amerika dan Israel untuk memburukkan Islam, kelemahan adalah bukan pada Islam itu sendiri tapi umat Islam itu yang lemah dalam tindakan hingga Islam diperlakukan dengan begitu hina oleh musuh tegar Islam melalui perang saraf yang menunjukkan Islam itu ganas dan kejam walhal Islam tak macam itu pun, tapi kerana penganut Islam yang ekstrem bertindak melulu telah menyebabkan musuh Islam mendapat peluang untuk memburukkan Islam secara tidak adil.

    Dalam isu nuklear Iran, sikap Iran sendiri yang berdolak dalih menyebabkan Amerika dan Israel mengambil kesempatan untuk memburukkan Iran. Dalam isu ini Iran perlu bekerjasama dengan pihak IAEA bagi memastikan Iran benar-benar menggunakan nuklear secara aman iaitu bagi menjana tenaga untuk kepentingan rakyat Iran. Malahan kalau Iran memberikan kerjasama kepada IAEA dan pada masa yang sama negara-negara Islam di seluruh dunia membuat desakan secara jitu untuk memeriksa nuklear Israel dan Amerika serta seluruh pihak yang mempunyai senjata nuklear, maka Israel dan Amerika dan negara-negara berkenaan sudah tidak ada sebab untuk berdolak dalih lagi. Dalam isu ini ibarat pepatah orang-orang tua dahulu, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak terputus, tepung tak berselerak, sikap melulu hanya akan merosakkan keadaan saja.

    Mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kenyataan saya ini, tapi terpulanglah, dalam tindakan tidak perlu terburu-buru kerana ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya, tapi ayam jantan yang ghairah berkokok akhirnya disembelih orang juga. Kepada pihak NGO yang ghairah dalam tindakan, jangan mengheret masyarakat ke kancah masalah melalui pemikiran singkat anda untuk mencari publisiti, banyak kaedah yang lebih bertanggungjawab yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah walaupun tidak menghasilkan publisiti yang ‘gempak’, tapi menghasilkan penyelesaian yang begitu baik untuk semua pihak. Fikir-fikirkanlah, kerana ada yang profesional, ada yang dah tua, ada yang ijazah berjela-jela dan sebagainya, bertindaklah mengikut pertimbangan yang sewajarnya selaras dengan diri anda, jangan bertindak semberono untuk mencari publisiti murahan tapi akhirnya mencetuskan masalah kepada negara dan rakyat. Rengung-renungkanlah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 324,181 hits
Kalendar
April 2012
M T W T F S S
« Mar   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
%d bloggers like this: