TERAS SAMBUT BAIK SARANAN PRESIDEN PAS – PERJUANGAN ISLAM MENDAHULUI PERJUANGAN BANGSA

Kenyataan Media TERAS

16hb April 2012

TERAS menyambut baik saranan Presiden Pas YB DS Tuan Guru Hj Hadi Awang  mengenai perjuangan Melayu yang perlu bersandar kepada Islam.

Seperti yang telah selalu dan secara konsisten ditekankan oleh Teras , perjuangan Melayu yang tidak berdasarkan Islam adalah batil.

Membelakang Islam dan menomborsatukan Melayu adalah perjuangan yang tidak boleh diterima malah perlu ditolak. Tidak kira yang memperjuangkannya adalah atas nama NGO atau parti politik.

Kami sangat menyanjung tinggi mesej beliau yang mahu semua pertubuhan yang memperjuangkan bangsa Melayu memahami bahawa menyatakan kasih kepada bangsa adalah sesuatu yang tidak bercanggah dengan Islam , namun membenci dan bermusuh dengan bangsa lain sehingga menafikan hak dan melakukan kezaliman ke atas mereka adalah ditolak oleh Islam.

Lantaran itu sangat wajar setiap pertubuhan yang mengangkat persoalan Melayu mengistiharkan secara tegas dan jelas prinsip masing-masing,  apakah benar-benar berpandukan neraca Islam sebagai asas untuk memperjuangkan bangsa atau sebaliknya.

Malah mengatas-namakan perjuangan mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu itu sekalipun, juga perlu bersandarkan Islam sepenuhnya.

Sesungguhnya kedaulatan Raja-raja Melayu hanya sah dengan berdalilkan Islam sebagai peraturan yang memerintah , bukan yang diperintah.

Teras berpandangan sejak dari awal lagi , bahawa memang memperjuangkan nasib bangsa sendiri demi mengangkat darjat sosio-ekonomi kaum sendiri agar mencapai paras yang lebih bermaruah , sangat wajar malah dituntut . Akan tetapi ia perlu berasaskan konsep, pendekatan dan matlamat yang semestinya sesuai dan menepati kehendak syariat Islam.

Konsep keadilan sebagai prinsip dalam memperjuangkan nasib bangsa mesti melepasi kepentingan yang lain.

Dengan demikian, slogan ketuanan Melayu adalah tidak relevan kerana insan Melayu sepatutnya  hanya menerima konsep keunggulan Islam dan tidak konsep feudal membuta tuli kepada kepimpinan Melayu yang terkeluar dari landasan Islam dan berpegang kepada faham aliran sekular.

 Teras akan menolak mana-mana pihak yang melaungkan slogan berjuang untuk bangsa Melayu berkonsepkan “Hidup Melayu , tidak kira benar atau salah”.

 Prjuangan mana-mana kelompok atas nama Melayu yang terlepas dari prinsip kebenaran dan keadilan yang dita’rif oleh Islam tidak mungkin boleh diterima sebagai mewakili perjuangan Melayu.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

(keratan akhbar : harakahdaily)

(Pautan surat TG Abd Hadi : Surat Terbuka Kepada Pejuang Melayu)

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,558 hits
Kalendar
April 2012
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
%d bloggers like this: