Teras mahu SABK disemak semula

 

KUALA LUMPUR :  Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menuntut kerajaan agar menyemak semula sistem Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan mengembalikan semula hak dan taraf guru-guru Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Presiden Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, beliau kesal dengan karenah Kementerian Pelajaran yang didakwa tidak mengambilkira keadaan perjawatan guru SABK yang diserap oleh Kementerian seperti yang dijanjikan.

Sebagai contoh seramai 22 orang pengetua di 22 buah SAR di Perak sehingga ini,setelah 6 tahun dijadikan sebagai SABK, tidak diberi perjawatan DG 48 sebagaimana awalnya dijanjikan.

“Apabila ditanya kepada pihak Kementerian Pelajaran sekarang diberitahu tidak ada yang layak diberi perjawatan tersebut. Padahal inilah janji manis yang pernah diungkap bila kerajaan beria-ia mahu semua SAR dijadikan SABK.

“Malah banyak ugutan dikeluarkan jika SAR tidak mahu bertukar menjadi SABK seal diperkenalkan pads 2002,”katanya kesal.

Menurut Mohd Azmi lagi, isu yang awal ditakuti oleh Pengelola SAR ialah bila taraf guru-guru SAR yang diserapkan akhirnya tidak setaraf dengan guru- guru Kementerian dan akhirnya menjadi alasan kepada Kementerian menggantikan Pengetua SAR dari pegawai dari Kementerian.

SABK juga katanya kini terpaksa menurut jadual besar dari Kementerian Pelajaran di mana seluruh matapelajaran dinniah (‘idadi dan thanawi)  yang asalnya diajar di SAR kini ditiadakan.

Seluruh jadual matapelajaran pengajian Islam yang pernah diajar ketika SAR juga dimansuhkan dan jika masih mahu di adakan , SAR perlu mencari guru sendiri tetapi kuota sangat dibataskan dengan elaun yang jauh lebih rendah dari guru yang lain.

Malah ujarnya lagi, banyak bantuan yang dijanjikan dalam bentuk peruntukan kewangan akhirnya terpaksa melalui pelbagai prosedur yang membebankan SAR.

Terdapat juga kes di mana wang yang disalurkan terpaksa dipulangkan balik kerana Jabatan Pelajaran mahu mengguna wang tersebut untuk pelbagai aktiviti yang sepatutnya ditanggung oleh pihak Kementerian.

Selain itu peruntukan untuk pembangunan sekolah juga terpaksa dipontong untuk pembayaran yuran konsultan.

Dalam hal ini katanya banyak perbelanjaan untuk pembangunan sekolah terpaksa mengikut karenah kos mengikut tender yang ditentukan oleh Jabatan Pelajaran negeri dan pihak JKR.

Padahal jika diurus oleh Lembaga Pengelola sekolah banyak perbelanjaan yang boleh dijimatkan, kata Mohd Azmi lagi.

“Inilah yang selama ini dighusarkan oleh Lembaga Pengelola SAR . Apabila SAR diambil alih, banyak kuasa sekolah telah dirampas oleh pihak Kementerian kerana SABK adalah tertakluk dibawah Akta Pendidikan 1966.

“Bermakna bidangkuasa Jabatan Agama Islam Negeri terhadap SAR yang dikawal dibawah Enakmen Kawalan Sekolah- sekolah Agama Islam negeri secara tidak langsung termansuh kerana seluruh perjalanan SAR kini berada dibawah Kementerian Pelajaran,” tegasnya.

Sehubungan itu beliau menuntut kerajaan agar menyemak semula SABK, hak dan taraf guru-guru SAR mesti dikembalikan dan kuasa Lembaga Pegelola SAR mesti diperkasa semula.

“Sangat tidak wajar dan tidak berktanggungjawab pihak kerajaan menuduh SAR tidak menyumbang kepada pembangunan negara.

“Sedangkan sistem pendidikan moden yang dilaksanakan di sekolah kebangsaan sendiri mempunyai banyak masalah yang tidak dapat ditangani dengan sempurna,” katanya.

 SUMBER : HARAKAHDAILY

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 324,687 hits
Kalendar
April 2012
M T W T F S S
« Mar   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
%d bloggers like this: