MAPIM GESA DBKL BERI KERJASAMA RAKYAT BERHIMPUN DI DATARAN MERDEKA

Kenyataan Media MAPIM

26hb April 2012

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa agar DBKL memberi kerjasama untuk memberi hak demokrasi kepada rakyat untuk berkumpul di DataranMerdeka . Tidak ada sebab kenapa DBKL harus bersikap keras untuk menafikan hak rakyat berkumpul di tempat bersejarah itu untuk menyatakan sikap mereka terhadap masa depan negara.

Jika benar DBKL perlu memastikan agar perhimpun itu berlaku dengan tertib , maka sepatutnya perbincangan untuk mengatur agar peserta perhimpunan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh kedua-dua pihak ditetapkan bersama.

Pihak DBKL harus memahami bahawa rakyat sekarang sudah matang untuk menilai hak mereka dan hak demokrasi yang telah ditertera dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hasrat Bersih 3.0 jelas dan bersifat aman kerana ia bukan suatu perarakan tetapi hanya perhimpunan untuk duduk dan bantah. Mapim melihat keazaman rakyat untuk menuntut pilihanraya ke 13 akan datang berjalan dengan bersih , adil dan telus sesuai dengan demokrasi yang diterima sebagai sistem yang diamalkan di negara ini , perlu dihormati .

Sesungguhnya gelombang rakyat untuk melihat transformasi politik yang diumumkan oleh Perdana Menteri tidak hanya retorik kosong tidak boleh dibendung , malah akan bermanfaat kepada negara dan generasi mendatang jika rakyat semakin mengetahui peranan mereka dalam politik negara . DBKL harus tahu bahawa sebagai agensi yang ditugaskan untuk menguruskan pembangunan bandaraya juga bertanggungjawab untuk menjadikan KL sebagai kota yang mesra rakyat sekaligus mesra demokrasi.

Pengelaman Bersih 2.0 yang menunjukkan betapa provokasi bukan berlaku dari rakyat akan tetapi akibat tindakan kasar pihak keselamatan yang keterlaluan , meningkatkan lagi keazaman rakyat untuk terus menuntut hak dalam ruang demokrasi pilihanraya yang bersih dan adil.

Mapim mengambil berat bukti yang telah ditunjukkan oleh pelbagai pihak berkait dengan pendaftaran pengundi yang penuh dengan kepincangan , menyebabkan pilhanraya yang bakal berlaku untuk kali ke 13 akan tercatit sebagai pilharanraya yang paling kotor jika tuntutan pembersihan daftar pengundi tidak dilakukan.

Ditambah lagi amalan kerajaan yang terang-terangan menyalahguna semua kemudahan awam untuk berkempen dan memaksa kakitangan awam patuh kepada arahan parti politik pemerintan , menunjukkan demokrasi di negara ini tidak bermakna dan boleh dimomokkan oleh dunia. Bukan sahaja kerajaan dan parti yang memerintah di peringkat pusat menggunakan semahunya semua kemudahan awam seperti institusi pendidikan , media awam , agensi awam serta kewangan negara dengan berselindung dibalik acara resmi , malah penafian hak parti lawan untuk mengadakan perhimpunan aman juga dilakukan tanpa memperakui hak mereka yang dijamin dalam Perlembagaan.

Mapim dengan itu mengesa agar DBKL mengambil sikap lebih professional dan tidak tunduk kepada arahan parti politik pemerintah . Mahu tidak mahu pihak DBKL perlu tahu bahawa kuasa rakyat adalah keramat dan suara rakyat perlu dihormati bila rakyat membuat pilhan menukar kerajaan yang mereka mahu.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausaha Agong MAPIM

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 324,687 hits
Kalendar
April 2012
M T W T F S S
« Mar   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  
%d bloggers like this: