HANYA KERANA MAHU BERHIMPUN DI DATARAN MERDEKA – RAKYAT DIMUSUHI

Kenyataan Media MAPIM

27hb April 2012

MAPIM kesal sikap pihak DBKL yang beria-ia untuk tidak mahu membenarkan rakyat berada di Dataran Merdeka sepanjang  4 hari kerana BERSIH 3.0.

Bertindak sehingga mendapatkan arahan mahkamah untuk menghalang rakyat berhimpun di Dataran Merdeka menunjukkan bahawa undang-undang diguna semaksimanya untuk menyekat suara rakyat yang mahu menggunakan ruang demokrasi yang sah di negara ini.

Dataran Merdeka yang asalnya adalah khazanah rakyat kini menjadi milik parti pemerintah secara mutlaq atas nama undang-undang.

Dbkl nampaknya bersungguh- sungguh mahu menjadi agensi kepada parti pemerintah bukan kepada kerajaan semata-mata.

Hanya kerana rakyat memileh mahu berada di Dataran Merdeka seluruh bala tentera polis dikerah bukan kerana suatu jenayah bakal berlaku , bukan kerana ada ancaman keselamatan , bukan kerana KL akan menjadi kota kacau bilau .

Hanya satu alasan sahaja . Datuk Badaraya menerima arahan dari parti pemerintah .

Nampaknya kerajaan yang sepatutnya menjadi pelindung kepada hak rakyat kini menjadi punca masalah kepada hak rakyat dinafi. Kerajaan yang sepatutnya bertanggungjawab untuk memastikan rakyat boleh menyuarakan pandangan untuk mendapat jaminan pilihanraya yang bersih , ditohmah malah dilihat sebagai musuh yang perlu dihancurkan.

Apakah dosa rakyat sehingga suara mereka dilihat dengan prasangka buruk oleh pegawai kerajaan yang sebenarnya digajikan dari cukai rakyat sendiri. Kenapa pegawai kerajaan harus mengambil langkah memusuhi rakyat , padahal akhirnya rakyatlah yang akan menentukan siapa akan membentuk kerajaan .

Sikap Datuk Bandaraya yang menghalang rakyat berada di Dataran Merdeka akan tercatat dalam sejarah sebagai hari hitam dalam sejarah negara . Simbol kemerdekaan yang  dilambangkan oleh dataran tersebut  kini dirampas dan dimusnah oleh pegawai kerajaan sendiri yang lebih selesa mendengar arahan politik pemerintahan dari memelihara hak rakyat yang dijamin dalam Perlembagaan. Tidak ada bezanya tindakan itu dengan tindakan penjajah British dahulu.

Seluruh saluran undang- undang dicari untuk menghalang hak asasi rakyat untuk berhimpun . Suara rakyat yang sah untuk menuntut pilihanraya yang bersih , adil dan telus , terang-terangan tidak dihirau malah rakyat diugut dengan tindakan polis dan tangkapan.

Mapim mengingatkan kepada semua pihak yang menjadi dalang menafi hak rakyat bahawa pada satu masa nanti semua konspirasi antara pegawai kerajaan dan pemimpin politik pemerintah dan pihak keselamatan akan terbongkar.

Semua  alasan yang direka pada suatu waktu nanti akan terdedah . Politik angka yang cuba dimanipulasi melalui pendaftaran warga asing suatu hari akan dimaki oleh generasi akan datang sebagai kerajaan dan parti pemerintah yang mengkhianati amanah dan menjual kedaulatan negara demi mengekalkan kuasa.

Apa erti berkuasa jika ia datang dari sokongan dari warga asing yang sangat
rapuh. Apa erti kemenangan jika ia dicapai dengan penipuan yang tidak akan dapat dirahsiakan selama-lamanya.

Semua harus tahu bahawa ketika kuasa imperialis British mengguna seluruh kuasa mereka untuk menghitamkan kambing rakyat yang mahu mencapai kemerdekaan , akhirnya terpaksa berhadapan dengan gelombang rakyat yang melancarkan pemberontakan melalui gerakan bawah tanah.

Kerajaan yang ada sekarang juga akan menerima akibat yang sama bila mereka merasa terlalu kuat dan menguasai semua perkakas kerajaan untuk membendung kebangkitan rakyat.

Pengelaman kebangkitan rakyat di Asia Barat harus dipelajari dengan cermat kerana ketika golongan elit politik yang kaya raya merasa selesa dan kekalahan dianggap bukan suatu pilihan , akhirnya berhadapan dengan gabungan kekuatan rakyat marhain , petani dan buruh , professional dan pelajar , ahli seniman dan budayawan , kelompok mustadhafin dan golongan ulama , bergabung untuk bangkit menentang kezaliman .

Mapim menyeru agar semua kakitangan kerajaan dan pihak keselamatan menginsafi bahawa perubahan tidak mungkin boleh dibendung dengan kekerasan sepanjang masa. Suatu masa akan wujud dimana sejarah kuasa rakyat kembali berulang dan segala benteng akan pecah , dan mereka yang bertanggungjawab memukul dan menganiaya rakyat dengan belantan dan gas pemideh mata akan diadili rakyat di mahkamah rakyat nanti.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agong Mapim

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,480 hits
Kalendar
Mei 2012
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: