MAPIM KUTUK TINDAKAN GANAS POLIS

Kenyataan Media MAPIM

30hb April 2012

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mendapati jelas kini polis di terbawa- bawa dengan cara seluruh polis didunia membelasah pendemonstran. Dari Barat hingga Timur , tidak ada beza polis dalam bertindak . Yang mereka tahu ialah membelasah , memukul dan menembak ke arah pendemonstran yang tidak bersenjata.

Di Malaysia tindakan polis sejak dari penjajah hingga 55 tahun selepas merdeka maseh sama. Pokoknya polis yang melakukan tindakan masing-masing akan dipertahankan oleh ketua mereka. Paling tidak kerajaan akan tetap mempersalahkan demonstrasi rakyat kerana takut kuasa yang dipegang selama ini akan terlepas akibat kemarahan rakyat terhadap pelbagai kepincangan.

Tindakan ganas polis selalunya dijustifikasi oleh pihak atasan dan pemimpin parti politik pemerintah. Akhirnya rakyat jugalah yang dipersalahkan. Kadang-kadang menambahburukkan lagi polis yang berpakaian awam turut bertindak ganas membelasah dan menangkap orang ramai secara rambang.

Di Malaysia hal inilah yang disaksikan setiapkali demonstrasi di adakan atas pelbagai isu.

Bersih 3 .0 memperlihatkan senario yang sama. Polis cuba mempertahankan sebuah bidang dataran yang kosong hanya kerana arahan kerajaan tidak mahu melihat rakyat berhimpun di lokasi paling ikonik di negara itu .

Dari apa yang dilihat ketika Bersih 3 .0 diadakan pada 28hb April yang lalu  polis kelihatan bertindak bukan sahaja untuk menghalang pendemonstran ke Dataran Merdeka , malah menembak gas pemedih mata dan air kimia di luar kawasan Dataran Merdeka.

Tindakan polis nampaknya hilang pertimbangan malah tidak lagi mempedulikan prinsip undang – undang negara yang membenarkan rakyat berhimpun dengan aman.

Perhimpunan itu pasti aman jika polis tidak bertindak menembak dan mula mengejar dan memukul peserta demonstrasi. malah secara membabi buta menangkap dan memukul siapa sahaja ikut suka, tidak kira ia wartawan atau orang biasa.

Tidak mungkin semua pemerhati dan saksi yang melihat dengan mata kepala sendiri cara polis bertindak ganas dapat menutupi kejadian sebenar. Apatahlagi jika dikumpul semua yang menjadi mangsa kepada tindakan polis memberi keterangan mengenai apa yang berlaku .

Ini bukan kali pertama kita menyaksikan senario polis bertindak keterlaluan. Dari demonstrasi menentang Israel dan US , penghinaan terhadap Islam , menentang ISA , membantah PPSMI , tuntutan BERSIH , rakyat dapat melihat keganasan yang berlaku oleh polis.

Demonstrasi biasanya bermula dengan aman menuju ke lokasi . Namun polis dan FRU siap dengan water cannon , blantan  dan senapang penembak gas pemedih mata sering mengintimidasi demonstran , yang sering berakhir dengan tembakan dan memburu peserta demonstrasi.

Dengan tidak menafikan bahawa dalam puluhan  ribu  yang hadhir sudah tentu ada yang bertindak secara sendirian kerana tidak dapat menahan kemarahan , namun bila polis mula bertindak menembak dan memukul serta membelasah peserta , keadaan pasti tidak boleh berkawal lagi.

Mapim menyelar ada polis yang dibiar oleh pegawai tinggi yang turut berserta , tidak membuat apa-apa bila ada polis yang memukul , menendang dan melakukan keganasan ke atas peserta secara keterlaluan.

Kenyataan PM mengatakan bahawa polis yang menjadi mangsa bukan peserta demonstrasi adalah kenyataan yang menghina puluhan rakyat yang dipukul tanpa belas kasihan . Bila beliau mengatakan semua pihak jangan membuat rumusan sebelum siasatan dilakukan , bermakna beliau juga sepatutnya tidak dengan mudah menuduh mereka yang berdemonstrasi dengan kata- kata keras.

MAPIM juga menyelar pemimpin kerajaan yang memperalat anggota polis bila berhadapan dengan kemarahan rakyat . Memperguna polis untuk berhadapan dengan rakyat hanya kerana mahu mengekal kuasa adalah tindakan yang jijik.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausaha Agong

Keratan akhbar : harakahdaily

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,558 hits
Kalendar
Mei 2012
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: