MAPIM DI PERSIDANGAN OIC-Gaza

MAPIM telah menjadi salah sebuah 4 pertubuhan penganjur Conference in Support of Health Sector in Gaza yang telah di adakan di Cairo pada 29 hb April 2012 bertempat di Hotel Dusit , New Cairo .

MAPIM diberi  penghormatan untuk menjadi penggerak utama dalam mengusahakan bantuan kemanusiaan dalam sektor kesihatan apabila projek mendirikan hospital Kanak- kanak oleh MAPIM akan mula dilaksanakan pada tahun ini.

Pertubuhan yang lain yang diberi amanah membangun sektor kesihatan Gaza adalah Islamic Relief , Ittihad Al Tibba Arab dan Pima Partners . Persidangan yang ditaja oleh Al Raya International Co. itu adalah berujuan untuk menjelaskan keperluan sektor kesihatan di Gaza dan bantuan utama yang diusahakan.

MAPIM telah diwakili oleh Cikgu Azmi Abdul Hamid , Setiausaha Agong bersama dengan Ahli Jawatankuasa MAPIM , ust Abdul Ghani Samasudin , aktivis perhubungan Mapim di Cairo , Muin Manan dan Hawa bt Ahmad , pasukan penyelaras Mapim di Gaza , Mohammad Hasna , Tahreer Al Ghamri dan Mohab Al Amawi

Dalam persidangan tersebut Cikgu Azmi diminta untuk mengistiharkan projek pembangunan Hospital Kanak- kanak di Gaza dan beliau telah memohon semua pertubuhan dan yayasan penyumbang projek kesihatan Gaza membantu projek Hospital Gaza.

Menurut Cikgu Azmi , MAPIM diberi pengharapan tinggi untuk menggerakkan pembinaan hospital Kanak- Kanak  di Gaza. Disamping itu Mapim telah dikenali ramai sebagai organisasi Malaysia yang telah berjaya membangunkan semula sebuah masjid di Beit Hanoun , di utara Gaza iaitu Masjid An Nasr . Kini sebuah masjid lagi akan dibina semula oleh Mapim iaitu Masjid Umar Abdul Aziz.

Mapim akan mengusahakan pengemblengan pelbagai pertubuhan di seluruh dunia agar menjayakan pembangunan hospital tersebut .

Sebagai pengiktirafan , Mapim telah dianugerah sijil khas dari Duta Khas OIC Dr. Atta Al Manan Bakhi .

Menurut Cikgu Azmi lagi banyak projek pemulihan Gaza dalam pelbagai sektor memerlukan bantuan dan Mapim telh diekati oleh pelbagai pihak yang hadir untuk bertanya apakah Mapim boleh membantu.

Cikgu Azmi menyatakan bahawa setakat ini tumpuan untuk adalah pembinaan hospital dan projek lain akan diberi perhatian setakat yang termampu.

Beliau menyatakan lagi bahawa apa yang penting ialah tiga sektor iaitu pembangunan sektor pendidikan , kesihatan dan pembebasan politik . Jika ketiga ini dapat dicapai , Cikgu Azmi percaya Gaza akan boleh berdiri sendiri.

Mapim telah membuat komitment juga untuk mendapatkan tawaran Biasiswa dari beberapa institusi pengajian tinggi di Malaysia. Dalam persidangan ini , beliau telahmengumumkan 15 Biasiswa telah diperolehi dari dua institusi iaitu Alliance Medical Colledge dan USM di Pulau Pinang.

Laporan Muin Manan dari Cairo (Pegawai Perhubungan Mapim Cairo)

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,558 hits
Kalendar
Mei 2012
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: