MEMPERTARUH TRM DALAM FGV SUATU PENGKHIANATAN

Kenyataan Media TERAS

29 hb Mei 2012

TERAS membantah dengan keras penyenaraian FGV yang bakal melibatkan lebih 105,000 ekar Tanah Rizab Melayu ( TRM) dalam Felda.

Jika penyenaraian ini diteruskan seperti yang ditetapkan oleh kerajaan , orang Melayu akan kehilangan TRM yang sangat luas tanpa jaminan bahawa ia akan diganti sepertimana yang diperundangkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Teras melihat tindakan ini sebagai suatu pengkhianatan yang jelas terhadap masa depan orang Melayu. Penyenaraian hartanah dalam Bursa Saham  yang menjadi aset  penting kepada orang Melayu bakal melihat tanahmilik orang Melayu dengan mudah berganti tangan kepada bukan sahaja orang bukan Melayu dalam negara malah orang dari luar negara.

Ini adalah suatu tindakan yang tidak boleh dibenarkan . Kami menuntut supaya kerajaan menjelaskan dengan terperinci status TRM dalam penyenaraian yang akan dilaksanakan walaupun bantahan terus diketengahkan oleh peneroka.

TRM yang sedia ada di negeri- negeri semakin mengecil akibat banyak tanah yang diwartakan sebagai TRM telah dikeluarkan dari warta tersebut tetapi tidak diganti.

Teras berpendirian kerajaan negeri bertanggungjawab untuk memastikan TRM dipertahankan dan sepatutnya menolak penyenaraian FGV  yang melibatkan TRM di negeri masing- masing.

Sehingga ini , kerajaan maseh tidak menjelaskan secara telus kedudukan TRM dalam penyenaraian FGV. Ini bermakna TRM akan terdedah kepada manipulasi harga dalam Bursa Saham tanpa dapat dijamin bahawa pindahmilik kepada orang bukan Melayu tidak berlaku.

Teras meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada kerajaan yang sedia ada jika TRM dalam Felda akhirnya lenyap. Kehilangan TRM sepanjang 54 tahun Negara ini Merdeka adalah gara- gara kegelojohan kerajaan dibawah kepimpinan yang terlalu bernafsu untuk memanipulasi TRM untuk kepentingan segelintir konglomerat kapitalis yang tidak kisah dengan nasib masa depan orang Melayu.

Keluasan TRM dalam Felda bakal hilang tanpa disedari kerana pembelian saham dengan nilai yang tidak menentu dalam Bursa Saham boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Mengujudkan Golden Share dalam sesuatu syarikat dalam Bursa Saham tidak menjamin aset TRM boleh kekal . Ini adalah kerana aset yang sudah dicairkan dalam bentuk saham boleh berpindah tangan mengikut aliran pasaran.

Teras menuntut supaya kerajaan negeri menolak TRM dilibatkan dalam penyenaraian FGV. Kerajaan negeri tidak sepatutnya tunduk kepada kehendak pejabat PM dalam penyenaraian FGV terutama yang berkait dengan soal tanah . Kerajaan negeri berkuasa penuh ke atas tanah yang berada di negeri masing- masing.

Teras menuntut supaya penyenaraian FGV dibatalkan terutama yang melibatkan TRM . Selagi kedudukan TRM tidak jelas dalam penyenaraian tersebut , peneroka Felda wajar menyuarakan bantahan demi masa depan hartanah orang Melayu.

Teras menegaskan kehilangan TRM akibat tindakan gelojoh kerajaan BN adalah antara pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan oleh rakyat.

TRM yang dipertaruh kepada syarikat Perancis yang berkait dengan Yahudi adalah antara Dosa Besar Kerajaan BN yang tidak boleh dimaafkan samasekali.

Kami menuntut supaya sebuah Fatwa dikeluarkan dalam isu ini. Kehilangan tanah milik orang Islam yang berlaku dinegara ini adalah mirip kehilangan tanah orang Palestin yang berpindah tangan kepada orang Yahudi. Pihak Majlis Fatwa Kebangsaan wajar bersidang untuk membincangkan isu ini dengan segera sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Kami mendapati kuasa yang dimandatkan kepada kerajaan sekarang untuk menjamin status TRM sudah lama disalahguna. Bukan sahaja TRM banyak dibatalkan pewartaannya secara tidak telus , malah saiz dan lokasi TRM yang diganti tidak pernah didedahkan kepada awam.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,856 hits
Kalendar
Mei 2012
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
%d bloggers like this: