ALASAN TAJAAN K-POP OLEH SWASTA MEMBUKTIKAN KBS RESTU ACARA HIBURAN MAKSIAT

Kenyataan MAPIM

2 hb Jun 2012

 Alasan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bahawa  persembahan tiga kumpulan K-Pop dari Korea Selatan pada Himpunan Jutaan Belia 2012 dari 23 hingga 27 Mei lepas, di Putrajaya tidak menggunakan peruntukkan kerajaan membuktikan memang acara tersebut di restui walaupun ia bersifat hiburan maksiat yang ditaja.

 Jelas , swasta menaja , kerajaan merestui , pembekal untung besar.

Siapakah yang tidak terliur untuk mengambil peluang menerima tajaan berjumlah RM28 juta daripada syarikat-syarikat swasta dalam bentuk wang tunai, barangan dan pelaksanaan pelbagai program. ? Yang penting selera pemimpin untuk mendapatkan kehadhiran jutaan beliau tercapai. Kos tidak menjadi isu. Jika tidak cukup peruntukkan tambahan boleh diperolehi.

Kos berjumlah RM900,000 (USD$300,000) yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha KBS, Datuk Mohid Mohamed untuk membawa kumpulan itu oleh Stadium First Sdn. Bhd. (Stadium First) yang dibayar menggunakan wang penajaan untuk konsert berkenaan menunjukkan program tersebut memang bukan program terlepas pandang atau kesilapan seperti yang dikatakan oleh Menteri KBS.

Apatah lagi bila PM dengan penuh sukarela naik pentas bersama dengan penari berpakaian lucah dari Korea itu. Kenapa PM tidak mengambil sikap tegas tidak mahu naik pentas kalau tidak  beliau sendiri juga merestui persembahan tersebut.

Isu pokok ialah kenapa program seperti itu dibenarkan sedangkan ia bukan suatu yang sihat untuk membentuk sahsiah belia , malah disebaliknya merosakkan nilai dan pemikiran golongan remaja dan belia sendiri.

Untuk Menteri KBS dengan mudah beralasan bahawa beliau meminta maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung kerana insiden tersebut , MAPIM menuntut agar beliau bertindak tegas kepada mereka yang bertanggungjawab. Jika akhirnya beliau sendiri yang bertanggungjawab , maka beliau sendirilah yang perlu menerima tindakan oleh pihak penguatkuasa undang-undang.

Apakah hanya kerana wang tajaan pihak swasta program itu boleh diluluskan? Cetusan idea siapakah yang diketengahkan sehingga melihat peruntukkan dari penaja boleh diambil peluang untuk mendapat keuntungan lumayan diatas kerosakan akhlaq golongan belia?

Soalnya dimanakah suara Menteri Hal Ehwal Islam dalam isu ini? Kenapa tidak ada suara tegas dari pihak JAKIM yang sepatutnya membantah program tersebut?

MAPIM tidak dapat menerima alasan mudah untuk memaafkan pencemaran budaya yang ditonjolkan atas nama sebuah program nasional anjuran sebuah agensi kerajaan. Ini menunjukkan kerajaan sendiri tidak mengambil endah peraturan etika hiburan oleh artis luar Negara.

MAPIM berpendirian kerajaan yang sangat liberal dengan soal budaya tidak boleh diberi kepercayaan untuk memelihara akhlaq generasi muda.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausaha Agong MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,654 hits
Kalendar
Jun 2012
M T W T F S S
« May   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
%d bloggers like this: