SIAPA AJAR MENTERI BELANJA WANG RAKYAT UNTUK BIDA NOMBOR PENDAFTARAAN KERETA

Kenyataan Media TERAS

5 hb Jun 2012

 Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mempertahankan bidaan RM24,200 yang dibuatnya untuk nombor pendaftaran WWW15 baru-baru ini.

Apakah rasional Menteri berbelanja untuk hanya nombor pendaftaraan kereta resmi yang boleh menyara rumah kos rendah buat sebuah keluarga miskin atau menaja seorang pelajar miskin untuk masuk universti.

Sikap dan mentaliti Menteri beginilah yang membuatkan rakyat sedang mual dengan kepimpinan Negara yang ada sekarang. Hanya kerana  mereka terus berkuasa , apa saja tindakan dianggap punya rasional belaka.

Baru sahaja rakyat mempersoalkan kerajaan  mengesahkan mengeluar perbelanjaan besar untuk perhimpunan jutaan belia di Putrajaya . Walaupun sebahgiannya adalah ditaja oleh swasta namun imej kerajaan sangat dipersoalkan.

Membayar RM 2.4 juta untuk penari separuh bogel dari Korea dianggap tidak bermasalah sedangkan ada rakyat yang bercekang mata untuk mencari nafkah  dalam keadaan kos hidup  yang terus meningkat.

Nampaknya kerajaan yang ada sekarang lebih cepat membawa Negara ke ambang muflis . Pimpinan Negara seolah memejam mata dan memekak teliga dengan apa yang sedang berlaku di Eropah. Dikala ekonomi Greece dan kini Portugal dan ia sedang merebak keseluruh Zon Eropah , berada diambang keruntuhan ekonomi yang serius dan akyat bangkit mengguna hak demokrasi dijalan raya , pemimpin Malaysia terus berbelajan besar dengan hal-hal yang samasekali tidak produktif malah membazir.

Pemimpin kerajaan Malaysia kini maseh terus mengamalkan polisi rendah akal dan tidak menunjukkan tahap kematangan mengurus sumber Negara dengan beramanah.

Kami berpendapat Menteri berkenaan sudah jauh ketinggalan zaman dalam berfikir seolah rakyat tidak akan mempersoalkan tindakannya. Beliau mengambil sikap simplistik bahawa kuasa boleh melakukan apa sahaja tanpa diteliti oleh rakyat.

Katanya, tindakan itu diambil kerana nombor baru itu untuk kereta rasmi baru yang sudah melepasi jangka hayat. Adakah alasan ini maseh boleh diterima oleh rakyat?

Kami ingin bertanya , apakah tidak ada peraturan dan garis panduan  berbelajan dari Perbendaharaan Negara dalam hal-hal seperti ini. Adakah ada dalam peraturan , sesebuah agensi atau Menteri boleh mengeluarkan perbelajaan untuk hal seperti membida nombor pendaftaraan kereta resmi.?

Menurut laporan media berbahasa Cina, Liow menjelaskan bahawa bidaan itu dijalankan oleh pegawainya. Soalnya kuasa pembidaan itu diperkenankan oleh Menteri dan dizinkan walaupun menelan belaja yang besar.

 Teras amat kesal kerana nampaknya Menteri Malaysia berfikir bahawa dengan nombor pendaftaraan unik seperti WWW 15 dianggap melangbangkan kehebatan. Inikah mentali Menteri yang ada ?

 Kami sama sekali tidak dapat menerima mana-mana perbelanjaan wang awam untuk perkara-perkara yang tidak ada kena- mengena dengan kebajikan rakyat. Malah kami mengutuk dan membantah budaya membazir dan menyalahguna wang rakyat untuk hal yang remeh dan dan tidak perlu.

Kami mendesak agar pembidaan itu dibatalkan dan wang itu diserah kembali kepada Perbendaharan Negara.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS Pengupayaan Melayu

keratan akhbar : Harakahdaily

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 340,676 hits
Kalendar
Jun 2012
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
%d bloggers like this: