MAPIM SERU UMAT ISLAM SERTAI PENYERAHAN MEMO BANTAHAN DAN SOLAT HAJAT UNTUK UMAT ISLAM ROHINGYA

Kenyataan Media MAPIM

14hb Jun 2012

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam (MAPIM) akan mengetuai penyerahan Memorandum Badan Bertindak Rakyat Malaysia Selamatkan Umat Islam Rohingya di keduataan Myanmar di Kuala Lumpur pada 15 hb Jun 2012 selepas solat Jumaat . Acara akan bermula dengan perarakan dari Masjid Tabung Haji Kuala Lumpur.

Memo tersebut adalah hasil persetujuan 37 organisasi Islam di Malaysia yang menyatakan pendirian tegas mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan kejam yang telah dilakukan ke atas umat Islam Rohingya sejak 3 hb Jun 2012 yang lalu.

Laporan terakhir ialah lebih 1500 orang Islam Rohingya telah dibunuh dengan kejam. Mereka di tembak oleh pihak keselamatan jika keluar dari rumah dan lebih 20 perkampungan Islam yang telah dibakar oleh etnik Rakhine yang mendapat sokongan dari pihak polis , tentera dan polis rusuhan.

MAPIM mengalu-alukan penyertaan semua ahli masyarakat dikalangan ahi Ngo dan Parti politik yang cintakan keamanan dan keadilan supaya turut bersama dalam penyerahan memo tersebut.

Rakyat Malaysia tidak boleh berdiam diri terhadap kekejaman yang sangat menyentuh perasaan  bukan sahaja masyarakat Islam malah semua rakyat di Malaysia .

Negara Myanmar yang dimasukkan bersama Asean dan telah menunjukkan sedikit perubahan sistem tentera kepada sistem demokrasi dan pemerintahan sivil rupa-rupanya maseh terus dengan dasar menindas hak minoriti terutama hak Muslim Rohingya.

Oleh itu Memo ini menegaskan pendirian rakyat Malaysia bahawa jika pemerintahan Myanmar tidak menghentikan penghapusan etnik (etnik cleansing) Rohingya  dan tidak mengembalikan hak kaum minoriti Rohingya , maka kempen diperingkat serantau dan antarabangsa akan mendesak agar Myanmar dikeluarkan dari Asean dan semua hubungan diplomatik ditamatkan.

MAPIM juga akan bersama komunti Rohingya di Malaysia untuk mengadakan majlis Solat Hajat di Masjid Negara Kuala Lumpur pada 17 hb Jun 2012 selepas solat zonor . Semua masyarakat Islam dijemput untuk solat zohor di Masjid Negara pada hari itu .

Majlis Solat Hajat ini bertujuan untuk menguatkan persaudaraan antara umat Islam Malaysia dengan umat Islam pelarian Rohingya yang memerlukan bantuan ketika saudara mereka sedang berhadapan dengan kekejaman di Myanmar.

MAPIM berharap kesatauan umat Islam akan memberi kekuatan kepada usaha membebaskan etnik Muslim Rohingya dari kezaliman yang sedang dihadapi .

Penderitaan etnik Rohingya yang diiktiraf oleh PBB sebagai antara etnik yang paling tertindas di dunia amat memerlukan sokongan dan pembelaan dari seluruh umat Islam di seluruh dunia .

Oleh itu Majlis Solat Hajat yang dianjur oleh MAPIM ini diharap akan dihadhiri oleh seramai mungkin masyarakat Islam di sekitar Lembang Klang.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausaha Agong MAPIM

kaitan – DPPP

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 318,138 hits
Kalendar
Jun 2012
M T W T F S S
« May   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
%d bloggers like this: