MAPIM GESA PARLIMEN YANG AKAN BERSIDANG BINCANG USUL MENGENAI ISU PELARIAN ROHINGYA DAN KETEGANGAN SEKTARIAN DIMYANMAR

10 hb Jun 2012

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa agar
Parlimen yang akan mulai bersidang besok mengusulkan isu pelarian
Rohingya dan insiden ketegangan sektarian yang sedang berlaku di
Myanmar sejak beberapa hari yang lalu.

Kami mengesa isu ini diambil perhatian berat kerana sejak 3hbJun 2012
yang lalu wilayah Arakan di Myanmar bergolak apabila pihak polis
bersama etnik Rakhine bergabung menyerang komuniti Rohingya
menyebabkan ratusan yang terbunuh.

Insiden pembakaran beberapa kampung orang Islam Rohingya dan masjid
dilaporkan berlaku dan pihak keselamatan bersekongkol dengan kaum
Rakhine Buddha dalam melakukan pembunuhan serta pembakaran
perkampungan Rohingya di seluruh wilayah Arakan.

Sehingga kenyataan ini ditulis , sudah 7 buah kampung orang Islam
dibakar , sebuah masjid tertua dan sebuah Madrasah yang mempunyai 1400
orang pelajar turut dibakar.O

Malangnya berita lengkap tidak dapat disiarkan akibat seluruh
komunikasi di sekat oleh pihak keselamatan. Kami hanya mendapat
maklumat dari pelarian Rohingya di Malaysia yang cuba berhubung dengan
keluarga mereka di Arakan.

Kami berpendapat jika keadaan ini berterusan , pergolakan di Myanmar
akan merebak dan Myanmar akan menambah satu lagi negara yang dicemari
oleh pertumpahan darah dirantau ini dan bakal mencetuskan
ketidakstabilan serantau.

Umat Islam yang nampaknya menjadi mangsa sepanjang masa kepada kempen
yang berbaur rasis dan sektarian ini perlu segera dibendung kerana
perasaan marah dan emosional masyarakat Islam boleh meledak dan
tindakan yang tidak diingini boleh tercetus dirantau ini.

Ini tidak mustahil kerana umat Islam yang dizalimi oleh regim tentera
Junta Burma sejak 1942 , oleh pemerintahan Siam ke atas umat Islam di
Patani sejak 1902 , dan ke atas umat Islam Bangsa Moro oleh penjajah
Sepanyol ,Amerika dan Manila sejak 1521 adalah pengelaman pahit yang
dideratai sehingga hari ini.

Umat Islam mempunyai kesabaran pada tahap dibenarkan dan jika terus
diasak mereka berhak untuk mempertahankan diri dan harta mereka
seperti yang berlaku di banyak negara lain.

Kerana itu jika tiga negara ini tidak menunjukkan sikap terbuka dan
mengiktiraf serta menghormati hak umat Islam minoriti di negara
masing-masing , kami percaya rantau ini akan bergolak terus antara
umat Muslimin dengan penganut agama lain.

Oleh itu kami mengesa supaya Ahli Parlimen Malaysia mengguna
Persidangan kali ini supaya mengangkat isu kezaliman ke atas Umat
Islam Rohingya yang sedang diberlaku beberapa hari yang lalu di
Myanmar.

Malaysia tidak boleh mendiamkan diri apalagi Negara ini menampung
lebih 40,000 pelarian Rohingya yang tidak boleh pulang ke Myanmar
akibat kezaliman tentera dan polis Myanmar.

Dengan mengenepikan isu Rohingya yang di sebut oleh PBB sebagai antara
kaum paling tertindas di dunia , akan menjadikan Malaysia sebagai
anggota negara OIC yang tidak bertanggungjawab ke atas Umat Islam di
Negara lain.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agong MAPIM

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,616 hits
Kalendar
Jun 2012
M T W T F S S
« May   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
%d bloggers like this: