Tutup sempadan: Shura dan Mapim kecam Bangladesh

(Etnik Rohingya bergelimpangan mati di Arakan)

 

KUALA LUMPUR: NGO Islam, Shura dan Mapim mengecam sikap tidak berperikemanusiaan keraJaan Bangladesh yang menyekat pelarian Rohingya untuk menyelamatkan diri masuk ke sempadan Bangladesh.

Ini kerana, etnik Rohingya yang beragama Islam yang menjadi mangsa keganasan oleh pihak keselamatan dan etnik Rakhine di Arakan, Myanmar tidak punya pilihan selain melarikan diri ke Bangladesh.
Sehingga semalam UNHCR telah mengesa agar sempadan Bangladesh dan Myanmar di buka untuk menyelamatkan nyawa  etnik Rohingya yang sedang menghadapi genocide yang diancarkan ke atas mereka.
Mengikut UNHCR, terdapat bukti yang kuat bahawa keadaan keganasan yang dilakukan oleh etnik Rakhine dan polis ke atas etnik Rohingya Muslim  sangat jelas dan kejam.
“Kami tidak faham kenapa kerajaan Bangladesh tidak mengambilkira keadaan orang Rohingya yang tidak punya pilihan melainkan melarikan diri ke negara yang terdekat,” kata Pengerusi Shura, Ustaz Abdul Ghani Samsudin (gambar).
Mengikut UNHCR, seramai lebih 30,000 pelarian Rohingya sudah keluar dari kampung mereka yang telah diserang dan dibakar.
Keadaan setakat ini tdak menunjukkan keganasan akan reda. Oleh itu tidak ada sebab sempadan ditutup oleh Bangladesh, kata Abdul Ghani.

 

Katanya, pihak berkuasa Bangladesh sudah tentu tahu keadaan hidup mati yang sedang dihadapi oleh warga Rohingya.
“Kenapakah keselamatan Bangladesh mengambil tindakan yamg sama zalim dengan apa yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa Myanmar?” soal beliau.
SHURA dan MAPIM, katanya, mengutuk sikap Bangladesh yang tidak menunjukkan sikap persaudaraan yang sepatutnya dengan saudara seagama yang ditindas.
“Malah kami mengecam sekerasnya tindakan pihak keselamatan Bangladesh menghalau bot yang dimuat pelarian yang terdiri dari kanak-kanak, wanita, orang tua serta mereka yang cedera akibat  ditembak,” katanya.
Keadaan yang sangat meruncing ialah apabila pelarian tersepit di tengah-tengah dua pihak yang sama-sama zalim.
Amat malang, katanya, jika negara anggota OIC terus menonton tanpa berbuat apa-apa untuk menyelamat nyawa etnik Rohingya Muslim yang berhadapan keadaan yang genting.
“Kami menuntut Bangladesh membuka sempadan dan memberi bantuan kemanusiaan yang sewajarnya kepada pelarian.
“OIC juga perlu campur tangan kerana keadaan sudah terlalu parah bila dalam tempuh 2 minggu sejak rusuhan berlaku, lebih 2000 warga Rohingya telah dibunuh dengan kejam,” katanya lagi.

sumber : harakahdaily

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 324,181 hits
Kalendar
Jun 2012
M T W T F S S
« May   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
%d bloggers like this: