Shura, Mapim lancar Tabung Bantuan Rohingya

KUALA LUMPUR:Persidangan Tergempar Ulama Asean yang bersidang pada 16 Jun di Kuin , Alor Setar dihadhiri oleh wakil ulama dari Malaysia, Kemboja, Indonesia, Thailand telah melancarkan Tabung Bantuan Mustadh’afin Rohingya (TMR) untuk bantuan kemanusiaan kepada mangsa keganasan etnik di Arakan. “Tabung ini adalah di bawah pengendalian Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan beberapa NGO Islam yang lain yang bersetuju untuk segera bekerja mengumpul dana kemanusiaan untuk dihantar kepada mangsa Rohingya,” kata setiausaha kedua-dua NGO itu, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Katanya, tabung itu bertujuan untuk mengembleng rakyat Malaysia segera menyumbang bagi membela nasib warga Rohingya yang kini menderita akibat serangan etnik Rakhine yang mendapat sokongan dari pihak keselamatan Myanmar.

Menurutnya, sehingga ini lebih 1,000 rumah di 40 perkampungan Rohingya sudah dibakar, 10 masjid dimusnahkan, 30,000 menjadi pelarian.

Malah, ujarnya testimoni yang diterima langsung dari Arakan Merali telefon ialah keganasan menjadi-jadi sehingga ke tahap memperkosa anak gadis, mencincang mayat dan dicampak ke dalam rumah yang dibakar, menyerbu ke dalam rumah etnik Rohingya, menangkap dan menembak mati seisi rumah.

Katanya, keadaan di sempadan Arakan-Bangladesh semakin meruncing bila pihak keselamatan Bangladesh tidak membenarkan ribuan pelarian Rohingya untuk masuk menyelamatkan diri dari serangan kaum Rakhine dan polis Hluntin Myanmar.

Justeru, ujarnya bot yang dipenuhi kanak-kanak, wanita, orang tua, dan yang cedera ditembak oleh tentera dan polis Myanmar dipaksa berpatah balik ke Arakan.

Mereka, jelasnya lagi menyabung nyawa kerana makanan dan ubatan tidak dibekal oleh mana-mana pihak sekalipun.

Setakat ini, katanya pihak UNHCR telah mengeluarkan petugas dari kawasan Arakan kerana didapati keadaan semakin merbahaya.

“Kami dengan ini mengumumkan bahawa sumbangan untuk TMR boleh disalurkan  kepada Akaun  Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia BIMB bernombor 12047010037282.

“Sidang ulama Asean ini juga telah memutuskan agar bantuan dari sumbangan orang ramai akan dihantar segera kepada mangsa dikalangan umat Islam Rohingya, Arakan,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, rancangan sedang digerakkan untuk menghantar bantuan melalui kapal laut bagi memastikan pelarian mendapat bantuan makanan, ubatan secepat mungkin.

Justeru, ujarnya seluruh pertubuhan masyarakat yang cintakan kebenaran dan keadilan diseru agar melancarkan kutipan derma untuk pihak sekretariat Mapim dan Shura sampaikan kepada pihak yang beramanah amanah di Arakan.

sumber : harakahdaily

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,907 hits
Kalendar
Jun 2012
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
%d bloggers like this: