TERAS TOLAK LYNAS SELAMAT

Kenyataan Media TERAS
22hb Jun 2012
TERAS mengambil pendirian , keputusan PSC bahawa Lynas  selamat dan dengan itu kerajaan mengeluarkan lesen beroperasi kepada Lynas adalah tindakan yang tidak wajar dan mengenepikan suara rakyat.
Jelas slogan “rakyat didahulukan” hanya retorik kosong . Dengan keputusan kerajaan mengeluarkan lesen operasi kepada Lynas , slogan yang sebenarnya diguna pakai ialah “keuntungan diutamakan , dan rakyat diperjudikan”
Kerajaan sepatutnya menimbangkan dengan teliti bantahan rakyat kerana betapa canggih sekalipun teknologi yang diguna untuk menjamin tahap keselamatan ia tetap tidak boleh mengenepikan kekhuatiran rakyat bahawa Lynas akan meletakkan nyawa penduduk persekitaran dalam keadaan merbahaya malah seluruh pekerja Lynas berhadapan dengan risiko.
Pertimbangan yang paling berat seharusnya diberi kepada persoalan kenapa syarikat Australia ini tidak mahu beroperasi di negara itu sendiri jika benar ia selamat.
Kekhuatiran rakyat adalah berasas kerana dalam jangka masa panjang kilang tersebut terdedah kepada keadaan yang tidak menentu. Dengan maklumat yang rakyat perolehi dari tragedi kebocoran gas Bhopal di India pada Disember 2-3 hb 1984 ( membunuh 3,000 dan mencederakan lebih 500,000 orang ) dan letupan kilang nuklear Chernobyl pada April 1987 di Ukraine sudah cukup untuk mencemaskan masyarakat khususnya yang berdekatan dengan kilang Lynas.workers.
Laporan sebuah agensi PBB , UNSCEAR menetapkan akibat tragedi Chernobyl , 64 kematian , dan kematian selebihnya yang berkaitan dengan tragedi itu kepada 4 ,000 yang terdedah kepada radiasi  (200,000 pekerja keselamatan, 116,000 penduduk yang dievakuasi dan 270,000 penduduk yang berada di kawasan sekitar yang dikontaminasi oleh radiasi ) . Di anggar 3940 kematian adalah akibat kanser dan leukemia kerana terdedah kepada radiasi Chernobyl .
Berdasarkan sejarah ini apakah kerajaan akan  bertanggungjawab jika tragedi luar jangka berlaku? Betapa jaminan keselamatan ditetapkan sekalipun , jelas kekhuatiran yang disuarakan oleh rakyat tidak boleh diketepikan begitu sahaja.
Rakyat bukan sahaja ada asas untuk membantah malah punya hak untuk menolak Lynas jika ia berpotensi boleh mencetuskan malapetaka jika kececuaian manusia berlaku.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS.
sumber : harakahdaily
Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “TERAS TOLAK LYNAS SELAMAT
  1. Pelangi says:

    Its nice to know more about Lynas 🙂
    Nampaknya keraajaan makin pekak dan buta terhadap permintaan rakyat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 323,876 hits
Kalendar
Jun 2012
M T W T F S S
« May   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
%d bloggers like this: