USUL ROHINGYA DITOLAK DI PARLIMEN AMAT DIKESALI – PENDERITAAN ROHINGYA YANG SEBENAR TIDAK DILAPOR

Kenyataan Media MAPIM

22 hb Jun 2012

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM ) kesal usul yang diutarakan oleh YB Datuk Kamruddin Jaafar mengenai Isu Rohiingya telah ditolak di Parlimen baru- baru ini. Ini jelas menunjukkan pihak Speaker Dewan tidak memberi perhatian serius terhadap penderitaan yang dialami oleh Etnik Rohingya . Padahal apa yang sedang dideritai oleh warga Rohingya sangat berat dan berkait dengan kestabilan serantau.

Kami juga amat menyesali berita penderitaan dan skala penghapusan etnik Rohingya yang kini berlaku di Wilayah Arakan (sekarang digelar Rakhine) , Myanmar tidak dilaporkan dengan tepat oleh media antarabangsa.Berdasarkan testimoni lisan dari pelarian Rohingya yang ada di Malaysia yang dapat berhubung langsung dengan saudara mara mereka di Myanmar , keadaan sangat berat dan parah.Laporan berat sebelah disiarkan oleh media antarabangsa seolah warga Rohingya adalah pencetus kepada rusuhan yang kini sudah berlarutan lebih dari dua minggu. Padahal warga Rohingya adalah mangsa yang jelas menanggung penderitaan yang lama iaitu sejak kemerdekaan Myanmar pada 1948 lagi. Mereka sebenarnya menjadi mangsa menunggu diserang pada bila-bila masa oleh etnik Rakhine yang bekerjasama dengan polis dan tentera Myanmar.

Sejak insiden terkini  tercetus pada 3 hb Jun 2012 , media antarabangsa  melaporkan hanya 50  orang yang mati. Padahal mayat ribuan Rohingya yang dibunuh telah diambil oleh polis sehingga media tidak dapat melaporkan bilangan yang tepat.

Dari laporan sebuah badan iaitu persatuan Ulama bernama Nadhatul Mufakkirin berpusat di bandar Maungdaw di wilayah Arakan membekal maklumat kepada MAPIM bahawa setakat ini jumlah anggaran kematian keseluruhan wilayah Arakan mencecah ribuan orang Rohingya. Kami malah diberi maklum bahawa angkanya mungkin mencecah lebih dari  10,000 orang

Manakala anggaran yang hilang adalah puluhan ribu orang dan yang ditahan mencecah jumlah 5,000 orang yang kebanyakannya adalah pemuda dari semuda 15 tahun.

Kami juga diceritakan mengenai kes polis menyerbu rumah , menangkap anggota keluarga ikut suka , membawa mereka keluar dan hilang sehingga sekarang. Insiden rogol dan bunuh anak gadis oleh polis juga dilaporkan oleh ahli keluarga Rohingya di Malaysia.

Lebih malang laporan media membayangkan orang Rohingya menjadi dalang pencetus ketegangan yang terbaru ini.Soalnya bagaimanakah warga Rohingya yang dikenakan pelbagai tekanan seperti tidak boleh bergerak bebas , tidak boleh memilikki telefon bimbit , tidak boleh keluar rumah , boleh melakukan keganasan pada skala yang sangat serius sehingga sekarang.MAPIM memantau melalui berita yang kami perolehi secara langsung dari rakyat Rohingya dari Arakan , laporan dari pelarian Rohingya di Malaysia dan beberapa NGO hak asasi manusia di rantau ini.

Setakat ini puluhan ribu sudah dijangka dibunuh secara kejam. Mengulangi kembali penyembelihan 100,000 orang Rohingya yang dibunuh pada tahun 1945 oleh tentera dan puak estremis etnik Rakhine.

Berita bahawa berlaku pembakaran masjid dan madrasah juga disampaikan kepada MAPIM. Laporan terkini yang MAPIM terima dari Akyab ( Sittwe ) , ibu negeri wilayah Arakan  , ialah sebanyak 21 buah masjid dibakar di 16 buah kampung. MAPIM dibekalkan nama-nama kampung berkenaan.

   Malah MAPIM telah menerima laporan kejadian keganasan etnik Rakhine bersama polis di setiap perkampungan yang diserang.
Arahan telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa bahawa warga Rohingya tidak dibenarkan menyembahyangkan jenazah serta juga tidak dibenarkan Solat Jumaat.

Dalam keadaan yang sudah sedia parah dan azab ini , MAPIM mengecam tindakan pihak berkuasa Bangladesh pula menutup sempadan Arakan- Bangladesh. Kini puluhan ribu lagi warga Rohingya cuba menyelamatkan diri melalui puluhan bot untuk menyeberang sungai untuk masuk Bangladesh. Bot dimuat dengan kanak- kanak , wanita ,orang tua yang uzur , mereka yang cedera . Ramai yang dilapor mati kerana kebuluran dan tidak mendapat rawatan ketika melarikan diri.MAPIM mengesa delegasi Khas dari ASEAN dan PBB serta OIC hendaklah segera dihantar ke Arakan untuk menilai keadaan. Tekanan kepada Myanmar hendaklah dilakukan untuk memelihara hak asasi manusia minoriti Rohingya dan yang lain .MAPIM mengumumkan sedang berusaha untuk menghantar delegasi NGO Malaysia untuk Misi kemanusiaan ke Arakan secepat mungkin. Kami memutuskan untuk menimbangkan kemungkinan untuk menghantar sebuah kapal kemanusiaan melalui laut bagi menyalurkan bantuan makanan dan ubatan serta khemah pelarian.

MAPIM berpendapat Negara-Negara ASEAN maseh tidak mengambil langkah wajar untuk membendung penghapusan etnik Rohingya setiap hari. Keadaan yang meruncin sehingga ke tahap rogol anak gadis , perampasan harta benda dari rumah , menculik anak muda dan dihilangkan adalah laporan yang tidak keluar dimedia dan sengaja ditutup dari pengetahuan Dunia .

Oleh kerana itu jika keadaan tidak bertambah baik , MAPIM tidak ada pilihan selain dari menghantar sukarelawan untuk mendesak  kerajaan Myanmar memberi laluan untuk bantuan dibawa masuk ke Arakan .

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agong MAPIM

pautan akhbar : harakahdaily

Dikirim dalam Minda Presiden
2 comments on “USUL ROHINGYA DITOLAK DI PARLIMEN AMAT DIKESALI – PENDERITAAN ROHINGYA YANG SEBENAR TIDAK DILAPOR
  1. MAULANA ABDUL KARIM ARAKANI berkata:

    penindasan dan penghinaan yang sedang berlaku terhadap etnik rohingya bukan penghinaan atas dasar asabiyyah atau poletik tetapi ianya adalah penghinaan terhadap penganut ISLAM seluruh dunia , kerana kerajaan burma bersama etnik rakhin bukan sahaja membunuh rohnigya dan merogol anak-anak gadis mereka ,tetapi mereka juga membakar tempat-tempat suci umat islam , seperti MASJID ,PODOK PESANTREN, SURAU-SURAU, KUBUR-KUBUR WALI ALLAH, jadi kami bangsa rohingya amat kesal atas sikap pekak dan bisu pemimpin-pemimpin malaysia dan indonesia , sebagai negara umat islam dalam asean , terimakasih kepada MAPIM yang menunjukkan sikap ukhuah dan manusia sebagai N G O islam, semoga allah sahajalah yang akan membalas perjuangan en azmi dan semua ahli-ahli MAPIM…TAKBIR….

  2. MAULANA ABDUL KARIM ARAKANI berkata:

    SAYA ingin bertanya kepada semua pihak yang mendengar satu slogan kerajaan myanmar , bahawa etnik rohingya bukan diantara etnik yang ada di myanmar, mereka adalah pendatang daripada bangladesh, ( 1 ) kalau itu fakta yang benar mengapa etnik RAKHIN yang berada di bangladesh telah mendapat kewarga negaraan daripada kerajaan bangladesh juga mendapat segala hak asasi sebagai rakyat..?? , padahal mereka juga pendatang haram daripada MYANMAR.. SO mengapa dunia tidak pandai bertanya perkara ini kepada kerajaan junta dan etnik RAKHIN , ? ( 2 ) KALAU rohingya pendatang baru dimayanmar , darimanakah wujudnya masjid-masjid yang di bina pada 500 tahun yang silam ,? adakah itu dibina oleh RAKHIN yang beragama budha..?? ( 3 ) jika rohingya bukan etnik myanmar , mengapa terwujudnya saluran radio atas nama rohingya pada tahun 19 45 masihi di yangon ibu kota myanmar..?? jadi bagi saya kerajaan junta bukan anti rohingya tetapi dia anti ISLAM , SEBAB mereka itu adalah golongan kriminal budha, fakta dan bukti penolakkan ROHINGYA sebagai etnik myanmar oleh junta dan RAKHIN itu adalah semata-mata satu cubaan untuk memperbodohkan masyrakat dunia .. so masyarakat dunia pun mengapa berlakon bodoh pula ..??.mari kita merunung dan berjuang…terimakasih kepada semua pembaca .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,612 hits
Kalendar
Jun 2012
M T W T F S S
« May   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
%d bloggers like this: