KENYATAAN KSN DIKESALI DAN DIBANTAH

Kenyataan Media TERAS

25 hb Jun 2012

Kenyataan media pertama Datuk Dr Ali Hamsa setelah dilantik sebagai KSN amat dikesali dan dibantah.

Kenyataan beliau untuk penjawat awam setia kepada kerajaan yang ada dan menolak janji pembangkang sudah menunjukkan bahawa beliau bukan orang yang tepat menjawat jawatan KSN.

Belum pernah mana-mana KSN sebelum ini secara terang-terangan menyatakan sikap politik kepada penjawat awam dan meminta semua penjawat awam menyokong kerajaan yang ada dan menolak pembangkang.

Teras berpendirian jika KSN dipileh kerana sikap politik dan bukan atas merit professionalisme maka sendi kestabilan negara iaitu pentadbiran awam akan runtuh.

Kami percaya beliau sepatutnya faham betul etika penjawat awam sebelum memegang jawatan KSN. Tidak faham atau sengaja tidak faham menggugurkan kelayakannya untuk dilantik sebagai KSN.

Jika seorang ketua pentadbiran awam menggugurkan etika utama dalam pentadbiran awam iaitu bersikap neutral dan bertindak adil kepada semua rakyat di negara , maka dia tidak boleh memimpin jentera pentadbiran awam lagi.

Teras membantah keras dan mengutuk jika pentadbiran awam dicemari oleh manipulasi politik tidak berertika yang boleh memporak-peranda pengurusan awam.

Aakah hak beliau untuk menyatakan kakitangan awam mesti hanya menyokong kerajaan yang ada? Dimanakah tercatat dalam Peraturan Awam bahawa penjawat awam mesti hanya menyokong kerajaan.?

Jika persoalan asas ini tidak diketahui kami berpendapat jawatan KSN tidak boleh diserah kepada beliau. Sebabnya jelas , jawatan tersebut tidak  boleh diberi kepada orang yang didapati bias  dari segi politik.

Kesannya amat jauh kerana sistem pemisahan kuasa esksekutif , kehakiman dan legistatif dalam sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan akan runtuh kerana jentera kerajaan diketuai oleh KSN yang berkhidmat kapada parti politik bukan kepada rakyat.

Teras mengesa Datuk Dr Ali Hamsa menarik balik kenyataan beliau jika rakyat mahu diyakini bahawa pentadbiran awam tidak berfungsi dibawah arahan parti politik. Rakyat tidak akan menghormati KSN jika beliau dilihat orang yang dilantik kerana kecenderungan parti politik.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Teras

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,682 hits
Kalendar
Jun 2012
M T W T F S S
« May   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
%d bloggers like this: