MAPIM UCAP TAHNIAH KEPADA IKHWAN MUSLIMIN

Kenyataan Media MAPIM
25 hb Jun 2012

MAPIM merakamkan ucapan tahniah kepada Ikhwan Muslimin yang telah berjaya memenangi pilihan raya Presiden Mesir seperti yang diistiharkan semalam.

Kemenangan wakil Ikhwan , Mohamed Morsi adalah kemenangan yang sangat bermakna kepada perjuangan membebaskan rakyat dari regim kukubesi yang sedemikian lama bertapak di Mesir  sejak Raja Farouk digulingkan oleh tentera pada awal 1940 an.

MAPIM melihat kejayaan ini sebagai fasa  kedua selepas revolusi rakyat Mesir yang berlaku pada tahun 2011. Ini adalah titik bersejarah bagi pencinta kebenaran dan keadilan bukan sahaja dikalangan Umat Islam malah kepada seluruh rakyat di Negara Mesir.

Ikhwan Muslimin yang ménang juga  dalam pilihanraya Parlimen sebelum itu menunjukkan sememangnya berhadapan dengan rakyat yang sudah puluhan tahun berada dibawah regim tentera tidak boleh melakukan perubahan yang mendadak kerana sistem pemerintahan tentera maseh kuat bertapak.

MAPIM juga mengharapkan cabaran yang akan dihadapi oleh Ikhwan selanjutnya ditangani dengan berhemat kerana kuasa Majlis Keselamatan yang bila-bila boleh melakukan kudeta tentera tidak boleh dipandang rengan.

Sesungguhnya kemenangan Ikhwan sangat besar ertinya kepada gerakan Islam sedunia kerana perjuangan jamaah itu telah mempengaruhi sebahgian pergerakkan Islam di dunia.

MAPIM menyambut kemenangan ini sebagai pembuka tirai mengembalikan izzah Islam di kawasan Asia Barat. Walaupun MAPIM tahu bahawa pelbagai kemungkinan boleh berlaku yang boleh menghalang cita-cita mengujudkan Mesir yang aman dan positif terhadap syariat , namun dengan kegigihan dan disiplin yang tinggi dikalangan anggota Ikhwan Muslimun pasti akan membuahkan  natijah yang baik untuk Mesir.

Implikasi kemenangan itu akan pasti dibaca oleh kuasa Barat dan pendekatan untuk berwaspada  sangat diperlukan dalam berhadapan dengan Strategi Media Barat kerana mereka tahu negara yang lebih cenderung kepada Islam akan berpotensi menentang kuasa Barat .

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,639 hits
Kalendar
Jun 2012
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
%d bloggers like this: