SALIMAH GESA LAKSANA ISLAM SEPENUHNYA UNTUK KEMBALIKAN MARUAH WANITA

Kenyataan Media SALIMAH

24 hb Jun 2012

Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH) mengesa agar pihak kerajaan pusat dan negeri melaksanakan Islam sepenuhnya jika maruah wanita Islam hendak dikembalikan.

Perjuangan selain dari Islam tidak akan dapat menjamin maruah wanita dapat dipertahankan. Untuk itu pihak pemerintah tidak ada pilihan melainkan melaksanakan Islam secara menyeluruh , jika mahu kesan sebenar keupayaan sistem Islam dilihat berfungsi di Negara ini.

Kami mengesa pihak yang berwajib tidak berlengah lagi untuk melaksanakan sistem Islam secara menyeluruh. Bukan sahaja ia adalah wajib untuk dilaksanakan akan tetapi ia sangat mampu menangani pelbagai masalah yang melanda masyarakat.

Persoalannya  , siapa kita untuk menafikan undang-undang Allah layak atau sebaliknya untuk dilaksanakan di negara kita ?. Siapa kita untuk mengatakan undang-undang Allah tidak sesuai diaplikasi kepada masyarakat berbilang kaum?

Kami yakin sistem Islam , semada dari sudut budaya mahupun undang-undang ,jika dilaksanakan sepenuhnya boleh meletakkan martabat wanita pada kedudukan yang sewajarnya.

SALIMAH menolak perjuangan wanita  berlandaskan ideologi Barat dalam bentuk gerakan feminisme dan hak gender yang menyuarakan kesamaan wanita dengan kaum lelaki tanpa betdasarkan nilai dan peraturan Islam.

Wujudnya usaha pihak tertentu yang bersungguh untuk memperjuangkan kesamaan gender dikalangan wanita Muslim sendiri telah mengenepikan syariat sebagai landasan dan rujukan.Akibatnya pentafsiran sendiri terhadap syariat yang tidak bersandarkan disiplin ilmu Islam telah menyebabkan kekeliruan mengenai kedudukan Wanita dalam sistem hidup Islam berlaku

Kami berpendapat gerakan feminis Barat yang cuba bertapak di negara ini adalah usaha yang didalangi oleh gerakan Barat untuk memastikan Islam tidak menjadi dasar kepada kepimpinan dan pentadbiran di negara ini.

Kami melihat krisis masyarakat yang berlaku sekarang berpunca daripada falsafah hidup sekular-Barat yang cuba diaplikasi kepada masyarakat Islam. Kegagalan sistem undang-undang yang ada sekarang yang diambil dari peninggalan penjajah ternyata bukan sahaja tidak mampu mengatasi masalah keruntuhan akhlaq malah tidak terdaya untuk merongkai masalah sosio-budaya dan ekonomi masyarakat.

SALIMAH menegaskan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam adalah agama Persekutuan perlu diterjemahkan dalam semua sektor dan ketatanegaraan.

Kami kesal Malaysia maseh tertinggal jauh dari segi mengarusperdanakan syariat dalam perundangan negara. Akibat dari terperangkap dalam sistem ekonomi kapitalis , perundangan dan pengurusan berdasarkan syariah di negara ini telah dihadkan.

Padahal sangat jelas sistem ekonomi dan politik Barat kini telah menunjukkan kerapuhan yang ketara. Sepatutnya kita tidak terperangkap dengan nilai dan sistem Barat dalam memacu pembangunan sehingga menggadai syariat Islam .

Datin Aminah Zakaria

YDP SALIMAH

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 323,876 hits
Kalendar
Jun 2012
M T W T F S S
« May   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
%d bloggers like this: