SEKURITI MAKANAN – KERAJAAN TIDAK SERIUS

KENYATAAN MEDIA TERAS

28hb Jun 2012

Apabila Timbalan Menteri Pertanian mendedahkan di Parlimen sebanyak  RM 221.81 bilion dibelanja untuk mengimpogrt makanan dalam tempuh 10 tahun yang lalu , bermakna Malaysia membayar purata RM 22 bilion setahun untuk membeli makanan dari luar dan menunjukkan Malaysia berada di kedudukan kebergantungan kepada bekalan makanan yang paling tidak mapan.

Bukan sahaja Malaysia rugi dari segi wang yang mengalir keluar malah rakyat terdedah kepada makanan luar yang tidak menentu bekalannya. Lebih malang Kerajaan yang pernah mengumumkan Dasar Pertanian Negara Baru 1992-2010 yang mencatat sekuriti makanan sebagai satu elemen yang penting , namun dari segi perlaksanaan ia tidak membawa kesan seperti yang diharapkan.

Ini  membuktikan betapa kerajaan tidak serius melihat persoalan sekuriti makanan sebagai isu Negara yang besar. Isu tanah pertanian yang ditukar syarat kepada bangunan dan pengambilan tanah untuk kawasan perindustrian berleluasa tanpa penelitian dengan mendalam.

Walhal seluruh dunia kini mengangkat isu ini sebagai isu utama. Pelbagai persidangan dunia telah diadakan untuk membincangkan krisis yang bakal berlaku iaitu krisis makanan akibat dari pelbagai faktor.

Antaranya ialah perubahan cuaca , monopoli sumber makanan oleh syarikat multinasional , pengambilan  tanah pertanian untuk projek perumahan , jalan raya, kawasan industri , pembinaan infrastruktur  seperti lapangan terbang, pembesaran bandar , pembukaan ladang , kenaikan kos input pertanian yang membantutkan pengeluaran.

Kerajaan nampaknya mengenepikan isu yang amat asasi ini. Di pelbagai Negara yang lain krisis makanan boleh membawa kepada rusuhan. Malah telah pun berlaku di Filipina dan Indonesia serta Negara Latin Amerika.

Teras  mendapati nampaknya isu sekuriti makanan tidak dilihat serius kerana pihak kerajaan beranggapan ini tidak menjelaskan sokongan rakyat.

Kenapa kerajaan Malaysia tidak melihat isu ini sebagai isu yang relevan dan sangat genting. Sekuriti makanan adalah sebenarnya isu yang boleh menentukan keselamatan dan kestabilan negara . Ia meliputi isu bekalan , isu akses dan isu kegunaan makanan .

Jika semua isu ini gagal ditangani dengan baik , Malaysia bakal terdedah kepada risiko yang sangat bahaya jika tiba-tiba ketidakstabilan berlaku di rantau ini.

Kerajaan tidak sepatutnya memandang rengan isu ini hanya dengan anggapan bahawa bekalan makanan akan terus terjamin kerana mampu membeli bekalan makanan dari luar. Ini adalah pandangan strategi yang sangat dangkal dan samasekali tidak cerdik.

Malaysia yang sebenarnya adalah Negara asal pertanian harus kembali memberi perhatian kepada menghasilkan makanan yang mencukupi untuk rakyat sepanjang masa.

Pertimbangan kononnya kos pengeluaran adalah tinggi , tidak dapat diterima kerana sepatutnya usaha mencari jalan mengurangkan kos input pertanian melalui pertanian organik boleh diperluaskan.

Negara jiran jauh lebih kukuh membangunkan sektor pengeluaran makanan secara sangat kreatif dengan mengabungkan pelbagai amalan pertanian tradisional dan pertanian moden. Pengeluaran makanannya mampu menghasilkan bekalan yang berlebihan untuk rakyat sehingga boleh mengeskport keluar Negara.

Teras menegaskan kerajaan perlu segera menggubal polisi mencapai tahap sara diri makanan Negara. Peruntukan khas untuk melancarkan gerakan ”  Makanan Rakyat di utamakan ” perlu diujudkan.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

 

pautan media : harakahdaily

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,823 hits
Kalendar
Jun 2012
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
%d bloggers like this: