TIAP KALI PERBELANJAAN KERAJAAN DISALAHGUNA OLEH PEMIMPIN NEGARA , RAKYAT PERLU BANTAH

Kenyataan Media TERAS

1 hb Julai 2012

Dengan kekesalan yang amat mendalam Teras ingin menyatakan bahawa bila JPM  mengesahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercuti peribadi di Milan menggunakan pesawat eksekutif dan kos yang tinggi yang terpaksa dibiaya dari wang rakyat , maka seluruh keyakinan rakyat terhadap  beliau sebagai pemimpin berslogan  rakyat didahulukan  lesap samasekali.

Rakyat bertanggungjawab menegur dan mengkritik keras , atas sebab apa pemimpin yang sudah bergaji lumayan ,  diserta segala kemudahan yang diperuntukan , tiba-tiba maseh dibenar berbelanja besar untuk bercuti dengan mengguna wang rakyat.

Inikah tabiat pemimpin Negara yang dikehendakki rakyat? Inikah jenis urustadbir yang ingin ditunjukkan kepada dunia dengan slogan Islam wasotiyyah.?

Baru-baru ini seorang Menteri dipersoal kenapa wang awam diguna hanya untuk membeli plat kereta , ada lagi sebelum ini yang menyambut hari kelahiran dan hari pertunangan anak dengan berbelanja mewah.

Berapa banyak lagi wang rakyat yang akan dihalalkan untuk diguna oleh pemimpin-pemimpin Negara.?

Kami tidak dapat menerima alasan JPM bahawa  hanya jumlah minimum pegawai-pegawai mengiringinya dalam percutian itu yang menelan belanja RM273,799.57 , kerana yang jelas ia  menggunakan wang pembayar cukai.

Kami persoalkan apakah alasan  beliau mengguna pesawat resmi untuk urusan peribadi. Perdana Menteri harus tahu bahawa implikasi mengambil kesempatan bercuti dengan pesawat eksekutif resmi bermakna wang rakyat diguna untuk membiayai kos yang bukan sedikit.

Pejelasan Timbalan Menteri di JPM yang mengesahkan perbelanjaan PM bercuti mengguna wang rakyat tidak bersalahan dengan peraturan adalah bagaikan seorang anak dipaksa mempertahankan  tindakan sibapak  yang jelas mengkhianati amanah.

Malah lebih jelas , bila PM sendiri adalah Menteri Kewangan , siapa dikalangan pegawai awam yang berani mempersoalkan penggunaan wang awam untuk urusan peribadi PM.

Inilah sebabnya kenapa , PM tidak sepatutnya menjadi Menteri Kewangan.

Jika peraturan menyatakan bahawa walaupun YAB Perdana Menteri sedang bercuti, ia tidak memutuskan tugas dan tanggungjawab jawatan beliau sebagai perdana Menteri

Malaysia , kami ingin tahu adakah dengan itu semua perbelanjaan peribadi beliau harus ditanggung oleh wang rakyat?

Kami membantah pandangan Timbalan Menteri tersebut bahawa atas dasar keselamatan dan kepentingan negara, maka persoalan kelulusan kerajaan bagi YAB perdana menteri menggunakan pesawat eksekutif kerajaan semasa mengadakan lawatan peribadi  tidak seharusnya timbul.

Teras menegaskan sememangnya ia harus dipersoal. Mana mungkin penyalahgunaan wang rakyat , tidak perlu dipersoalkan. Walhal inilah antara aspek urustadbir yang paling perlu diawasi.

Soalnya jika semua Menteri bertindak dan beralasankan seperti itu apakah ini menjadi amalan yang boleh disahkan oleh perbendaharan sebagai tatacara yang standard.

Teras bependirian bahawa budaya pemimpin dalam kerajaan yang sedia ada tidak dapat dijadikan tauladan samasekali terutama dari segi kemewahan dan gaya hidup elitis para Menteri

Bukan sahaja mereka jelas tidak menunjukkan etika dan integriti dalam kepimpinan malah tidak menunjukkan rasa bersalah mengguna wang rakyat yang diamanahkan.

Jika Perdana Menteri sendiri berbudaya seperti ini , tidak terkejut amalan ini menjadi amalan arusperdana dalam kerajaan dan parti yang memerintah sekarang.

Teras mendesak wang perbelanjaan PM semasa bercuti tersebut yang melibatkan wang rakyat perlu segera dipulangkan semula kepada perbendaharan .

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,885 hits
Kalendar
Julai 2012
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
%d bloggers like this: