BUDAYA KRONI MASEH KUKUH DALAM URUSKELOLA NEGARA

Kenyataan Media TERAS
13 hb Julai 2012
 TERAS mendapati budaya kronisme dalam pentadbiran Negara maseh kukuh malah mendapat ransangan kuat dari pemimpim dan bekas pemimpin Negara.
Bermula dari kes tender secara rundingan terus  sehingga kes anugerah kepada syarikat tanpa ketelusan dan tanpa tender terbuka . Negara ini jelas mengabsahkan amalan kronisme yang sangat ketara .
Walaupun jelas ia bertentangan dengan prosidur yang piawai dalam meleluskan tender , namun untuk menjamin rakan kroni mendapat tender tersebut walaupun harga yang ditawar jauh lebih tinggi dari syariakt yang lain dalam tender terbuka.
Teras berani mengatakan tidak ada kontraktor dalam kelas apa sekalipun di Negara ini yang dapat menafikan betapa proses pemberian tender sarat dengan amalan kronisme dan rasuah.
Dengan sebab itu Negara dan rakyat menanggung segala beban kos yang terpaksa dibiaya kerana kos disebalik dokumen resmi adalah jauh lebih tinggi .
Oleh kerana itu Teras mendapati faktor utama kenapa sesuatu projek menjadi terlalu mahal adalah kerana sistem kronisme dan rasuah menjadi sangat lazim di Negara ini.
Lebih malang lagi tender diberi kepada sebuah syarikat yang mengenepikan syarikat kerajaan yang strategik. Padahal hal syarikat itu sepatutnya lebih diuutamakan kerana ia mempunyai kepentingan negara.
TERAS kesal dengan kes pemberian pembekalan minyak untuk MAS kepada syarikat Petron yang dikaitkan dengan anak bekas PM yang juga dikaitkan dengan pembelian sebuah perusahaan arak San Maguel.
Tun Mahathir sepatutnya bertanggungjawab untuk memastikan kepentingan Petronas mendahului segala kepentingan kerana ia adalah aset negara. Ini bukan kali pertama beliau melakukan penyalahgunaan pengaruhnya untuk memastikan anaknya mendapat tender besar untuk syarikat peribadi.
Kerajaan perlu jelaskan kenapa syarikat penting milik negara Petronas dan MAS harus ditundukkan kepada kehendak sebuah syarikat peribadi yang boleh menjejaskan kepentingan kedua dua syarikat strategik kerajaan.
Terlalu banyak perundingan urusniaga dinegara ini yang  mengutamakan kroni lebih dari kepentingan negara. Apakah negara ini akan terus diuruskelola dengan cara sumber negara difaraid sesama kroni yang tidak mempunyai agenda lebih utama dari meraut keuntungan paling lumayan ?.
Sudah sampai masanya suatu rombakan besar besaran dilakukan ke atas dasar penganugerahan tender terutama dalam sektor yang mempunyai kepentingan negara dan rakyat.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS Pengupayaan Melayu
pautan media : harakahdaily
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,612 hits
Kalendar
Julai 2012
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
%d bloggers like this: