RAMADHAN MASA TERBAIK RAKYAT KUATKAN TEKAD UNTUK BERUBAH

Kenyataan Media

Mesej MAPIM Menyambut Ramadhan Karim 1433H

19 hb Julai 2012/ 29 Syaaban 1433H

Bulan Ramadhan Karim menjengah lagi . Tema utamanya tetap sama iaitu untuk memantapkan ketaqwaan. Taqwa adalah paksi dan kunci serta kemuncak perubahan. Lantaran itu Ramadhan layak menjadi bulan mendidik perubahan menyeluruh dalam setiap peribadi Muslim-Mu’min . Memang itulah hakikatnya. Ramadhan adalah pembebasan. Membebaskan insan dari belengu dan perangkap  sistem buatan manusia yang memperhambakan diri selain Allah S.W.T

Sudah tentu perubahan bukan terbatas untuk membina sahsiah yang pasrah kepada sang Khaliq akan tetapi juga perlu berimplikasi sosio-ekonomi-politik untuk membawa perubahan dalam kehidupan seluruhnya. Dari soal tabiat makan sehingga bagaimana memilih pemimpin.

Kami berpandangan kekuatan Ramadhan jika dihayati sepenuhnya akan menjadi dinamo yang membekal  arus tenaga perubahan yang boleh menggerakkan seluruh kekuatan yang lain. Ia lebih mampu mencetus perubahan yang murni berbanding  gerakan yang lain. Cukup dengan mengambil satu hikmahnya sahaja misalnya untuk merasai kepayahan dan kesengsaraan  orang lain mampu memurnikan tekad rakyat dalam menuju perubahan.

Lantaran itu kami berpendapat kekuatan Ramadhan semestinya diraih secukupnya untuk membentuk perubahan sejati. Perubahan untuk merombakkan kembali sistem sosio-ekonomi-politik yang pincang. Perubahan untuk meruntuhkan segala keberhalaan yang mendukung sistem yang sarat dengan unsur feudalisme yang mengakar kukuh dalam tamadun yang bernuansa materialisme-kapatalisme.

Buat  Muslim-Mu’min , kerugian besar jika Ramadhan hanya menjadi pesta iftar dan more. Lebih parah bila kaum Muslimin tenggelam dalam keghairahan untuk berbelanja besar menyambut hari lembaran. Jauh lebih parah lagi bila Ramadhan dilihat hanya untuk mengumpul pahala buat diri semata-mata dan tidak memperdulikan kezaliman dan penyelewengan dalam sistem pemerintah yang wujud sekarang ini.

Sebab itu harus dihayati kenapa Al Quran ditanzilkan pada bulan Ramadhan. Al Quran Karim menjadi pencetus kepada islah total kepada sistem yang ada. Bukan untuk sistem ketika itu semata-mata akan tetapi buat seluruh dunia hingga akhir zaman.

Jika Al Quran menjadi risalah terbesar buat manusia , maka mesej ketauhidan yang merupakan inti perubahan hendaklah juga menjadi sebab kenapa manusia Muslim-Mu’min perlu membuat anjakan kepada semua aspek kehidupan pada bulan Ramadhan.

Anjakan terbesar itu pasti adalah untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya hidayah , dari syirik kepada tauhid , dari maksiat kepada taat , dari batil kepada hak , dari kezaliman kepada keadilan.

Inilah misi Ramadhan yang harus difahami dan dihayati oleh seluruh umat Islam khasnya dan rakyat di Negara ini amnya. Dengan itu penghayatan ibadah berpuasa bukan sekadar untuk mengekang kejahatan tetapi juga adalah untuk memusnahkan kebatilan dan mendirikan kebenaran dan keadilan.

Kalimah “la allakum tattaqun” merangkum pengertian “la allakum muflihun” yakni bertaqwa yang menjana kemenangan dan islah . Demikian seerah Nabawiyyah yang merakam babak mempertahankan komuniti Islam pertama di Madinah menghadapi pencerohan komuniti Quraisyh Musyrikin ketika bertempur dalam peperangan Badar pda bulan Ramadhan . Berperang dalam bulan yang memberi energi tambah yang luar biasa sehingga mampu mengalahkan musuh yang bernisbah 3 kali ganda lebih besar dari jumlah mujahidin Mu’min yang diketuai oleh Rasulullah s.a.w sendiri.

Tuntutan keatas semua Muslim-Mu’min ketika menjalani ibadat berpuasa dalam konteks membangunkan negara bersama Islam adalah untuk berkomunikasi bukan sekadar untuk mendapatkan sokongan , akan tetapi untuk menjalinkan perhubungan persaudaraan seutuhnya antara seluruh umat Islam sehingga mampu menggerakkan perubahan total kepada sistem pemerintahan yang ada.

Amat malang ketika dunia Islam kini sedang berhadapan dengan cabaran paling getir , semada di Asia Barat mahupun dirantau yang dekat , umat Islam disibukkan dengan menyedia juadah berbuka puasa dan menyiapkan sambutan aidil fitri dengan serba mewah. Ketika kita berpesta makan di Malaysia , ada ratusan ribu Umat Islam sedang kebuluran di Somalia , di Myanmar , di Gaza . Belum lagi diperkira penangkapan dan penyiksaan pejuang Islam diserata dunia yang disaksikan di negara bukan Islam mahupun di negara umat Islam.

Cabaran yang tidak kurang penting ialah untuk membina kebangkitan dikalangan setiap Muslim di negara umat Islam agar upaya mengembalikan maruah golongan Muslimin diusahakan.

Bulan Ramadhan adalah bulan muhasabah intensif untuk mengukur dan menilai bukan sahaja diri kita masing-masing tetapi juga kedudukan Islam dan Umat Islam keseluruhannya. Dihadapan kita adalah sejumlah persoalan yang sangat mendesak.

Pencerobohan keatas Palestin , Iraq , Afghanistan dan Somalia maseh berterusan. Perjuangan untuk kemerdekaan di Mindanao , Thailand Selatan , Myanmar , Kashmir , Xinchiang dan Chechnya tidak kunjung selesai . Pergelutan untuk mendapat ruang demokrasi di Tunisia, Mesir , Libya , Syria , Morocco , Bahrain , Saudi Arabia dan negara Teluk belum menemukan titik penyelesaian.

Tidak kurang tenat pula umat dihadapkan dengan persoalan Islamofobia dan ideologi sekular dari negara Barat . Disamping itu pula konflik puak (sectarian conflict) antara umat Islam terus diapi-apikan dikalangan umat Islam sendiri.

Bulan Ramadhan adalah bulan mengumpul kekuatan ruhiyyah dan aqliyyah  untuk umat. Bulan mubarak ini sepatutnya mampu mengerakkan umat mengikiskan faham nasionalisme sempit berciri jahilyyah dan kembali kepada kesedaran berummah.Perlu ada usaha pertemuan dan perbincangan yang berterusan untuk mendekati golongan anak muda sebagai sasaran utama sehingga kerja mencetuskan perubahan dapat dilakukan secara berkesinambungan.

Kami menjangka Ramadhan kali ini adalah peluang terbaik rakyat di negara ini melakukan perubahan besar-besaran . Menolak kemungkaran dan menegakkan kebenaran dalam seluruh bidang ketatanegaraan adalah tuntutan Islam yang telah terbukti dapat membangunkan tamadun bernegara paling cemerlang dalam sejarah. Bulan Ramadhan ini adalah saatnya.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausaha Agong MAJLIS PERUNDINGAN PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA (MAPIM)

pautan media : harakahdaily

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,507 hits
Kalendar
Julai 2012
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
%d bloggers like this: