DESPORADO POLITIK – MENGGUNA ISU PENGGANAS UNTUK BERHADAPAN PEMBANGKANG POLITIK

Kenyataan Media TERAS

22hb Julai 2012

TERAS sangat kesal berulangnya lagi taktik kotor kerajaan yang memerintah untuk berhadapan pembangkang dan musuh politik bila menggunakan isu komunis dan JI menyerapi parti pembangkang.

Pengumuman transformasi politik oleh Perdana Menteri nampaknya hanya gimik dan sandiwara politik yang sangat memualkan.

Sebagai Ngo , kami memerhatikan kerajaan yang memerintah kini mengambil langkah desperado untuk meyakinkan rakyat agar menolak pembangkang sebagai taktik usang dan sangat menghina minda rakyat.

Teras mempersoalkan , kenapa polis bertindak tidak professional dengan membuat pengumuman yang kabur dan boleh menimbulkan kekeliruan malah mencetuskan  ketegangan awam. Pengumuman tanpa fakta dan boleh  membawa kepada implikasi undang-undang serta hak dari segi Perlembagaan Persekutuan tidak seharusnya dikeluarkan oleh sebuah institusi seperti pihak polis.

Teras ingin penjelasan siapa yang membenarkan kenyataan seperti itu dikeluarkan oleh Cawangan Khas Bukit Aman? Bukankah pengumuman isu seperti ini sepatutnya hanya dibuat oleh pihak paling tertinggi , itu pun setelah punya bukti dan fakta yang cukup, kerana tuduhan seperti ini amat serius.

Memang betapa hebat sekalipun  berita ini diputar oleh media pemerintah untuk tempoh yang ditetapkan , dan kemudian menggujudkan suara yang menyambut isu ini dari kumpulan yang direkayasa untuk turut menjadi aktor politik pemerintah , rakyat akan akhirnya menilai secara objektif antara kebenaran dan kepalsuan.

Teras mengikuti pengumuman pihak Bukit Aman mengenai isu ini dengan sangat kritikal kerana demokrasi yang diwar-warkan ujud dinegara ini , kini berharga sangat rendah kerana dicemari oleh taktik kotor : dari fitnah dan serangan peribadi sehinggalah kepada mengugut mengenai isu keselamatan negara dan penghinaan terhadap Raja Melayu.

Kini pembangkang dituduh diserapi komunis dan JI . Bukankah ini taktik kebanyakan diktator diseluruh dunia seperti Muammar Ghadafi , Husni Mubarak , Mohammad Soleh , Basyar Assad  dan Khalifah di Negara-Negara Asia Barat yang cepat mengguna isu pembangkang diserapi elemen pengganas Al Qaeda bila berhadapan dengan kebangkitan rakyat.

Merekayasa dengan taktik ujudnya elemen pengganas dalam pembangkang hanyalah salah satu resepi yang sedang di-adun oleh media pemerintah agar mencapai impak yang dikehendakki iaitu menakut-nakutkan rakyat atau paling minimal mengujudkan kesangsian walaupun ianya adalah palsu.

Teras melihat demokrasi yang diolah oleh pihak pemerintah sekarang hanyalah suatu demokrasi manipulatif bersifat ofensif yang menyebarkan keraguan tanpa fakta. Inilah sandiwara politik yang pernah didedahkan dipolitik Negara barat iaitu politik ” wag the Dog” iaitu ujudkan satu isu yang boleh mengalihkan minda rakyat kemudian terus suburkan kesangsian dan akhirnya berusaha mencetuskan isu keselamatan ke atas Negara untuk rakyat kembali menyokong pemerintah.

Malang sekali ialah apabila aparatus awam seperti polis , pejabat awam dan media diperalat sepenuhnya untuk menyebar kepalsuan ini.

Teras membantah dengan keras bila polis diheret dalam kancang politik mempertahankan pemerintah dan bukan mempertahankan keselamatan awam.

Teras menuntut polis hendaklah bersikap professional supaya berhenti menjadi alat pemerintah untuk menyebar fitnah apatah lagi dibulan Ramadhan yang mulia ini.

Teras menyeru agar kepimpinan institusi polis negara hendaklah insaf betapa menjadi agen penyebar fitnah dan melindungi kezaliman adalah suatu keburukkan yang harus dikikis sesuai dengan pendidikan ibadah puasa dibulan yang sepatutnya memurnikan semua jiwa dan pemikiran yang kotor.

Janganlah jentera keselamatan negara diperbudakkan sehingga menimbulkan kesangsiaan rakyat terhadap integriti dan professional polis yang akan dipersoalkan sampai bila-bila.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

pautan media : harakahdaily

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 317,613 hits
Kalendar
Julai 2012
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
%d bloggers like this: