MAPIM TUNTUT KERAJAAN HENTIKAN PERBELANJAAN MEWAH

Kenyataan Media MAPIM
23hb Julai 2012

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) meneliti bahawa kerajaan di bawah Barisan Nasional kini mempunyai rekod perbelanjaan yang sangat tinggi . Di satu segi PM sentiasa mengutarakan wawasannya untuk menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi , namun disatu segi pula kerajaan menunjukkan contoh yang buruk dari segi perbelanjaan yang sangat tinggi.

Ternyata usaha mencapai negara berpendapatan tinggi akan menjadi dia-sia jika budaya berbelanja tinggi juga dijalankan serantak.

Kerajaan harus mengambil iktibar dari kejatuhan ekonomi Eropah yang menunjukkan contoh yang buruk dalam modelnya yang meransang rakyat berbelanja tinggi untuk mengharapkan pertumbuhan ekonomi. Akhirnya seluruh ekonominya berhadapan krisis kewangan kerana tidak dapat mengendalikan hutang bank yang berada dikemuncak yang tinggi.

Kini keadaan di negara seperti Itali ,Portugal , Perancis sedang menghadapi ekonomi yang parah kerana dasar berbelanja yang tinggi digalakkan dan dengan masa  yang sama pengurusan hutang di bank tidak terkawal.

Akhirnya seluruh sistem kewangan di institusi kewangan merudum jatuh. Sekarang , untuk mengamal dasar perbelanjaan berjimat cermat yang terpaksa dijalankan oleh kerajaan , telah menimbulkan kemarahan rakyatnya sendiri.

PM diakhir-akhir ini jelas tidak berhemat dalam mengumumkan pelbagai skim baru untuk meraih sokongan rakyat dalam PRU ke 13 . Perbelanjaan yang tinggi diguna untuk memeriahkan acara pelbagai perhimpunan dan pelancaran untuk menunjukkkan rakyat menyokong BN.

Namun berjuta-juta wang rakyat diguna untuk majlis-majlis bersama PM yang akhirnya membebankan perbendaharaan.

Belum lagi krisis perbelanjaan oleh beberapa pemimpin kerajaan yang kini didedahkan dan ada yang diheret ke mahkamah. Ditambah buruk lagi perbelanjaan tinggi PM dan rombongan beliau bila keluar Negara juga amat membebankan kewangan negara.

Jelas zaman PM dalam penggalnya yang pertama , menunjukkan sikap berbelanja yang tidak terbatas sehingga Rang Undang-undang Perbelanjaan Tambahan sering dibentang setiap kali sidang parlimen. Sebab itu tidak mengejutkan belanjawan Negara sentiasa berhadapan dengan defisit berturut-turut tahun.

Apakah ini contoh sebuah kerajaan yang sebenarnya mengutamakan rakyat sedangkan nasib mereka akan sengsara dimasa akan datang bila kerajaan tidak lagi mempunyai wang yang cukup untuk mentadbir negara. Apakah PM cuba mengambil pendekatan berbelanja semaksimanya untuk memenangi pilihanraya dan bila menang rakyat akan dipaksa menanggung segala beban hutang kerajaan dengan cara menaikkan cukai dan memotong subsidi.

MAPIM mengesa kerajaan agar segera mengubah dasar perbelanjaan negara  kepada dasar berjimat cermat. Jika benar rakyat mahu didahulukan , bukan dengan cara mengeringkan perbendaharan Negara tetapi dengan cara perbelanjaan yang mapan.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausha Agong MAPIM

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,885 hits
Kalendar
Julai 2012
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
%d bloggers like this: