DEKLARASI SOLIDARITI BERSAMA ROHINGYA SEMPENA HARI SOLIDARITI ANTARABANGSA SEDUNIA UNTUK ROHINGYA

24 hb Julai 2012

Menyedari betapa penghapusan etnik Rohingya di bumi Arakan oleh pihak berkuasa Myanmar adalah suatu kezaliman yang tidak boleh diterima ,

Menyesali agensi antarabangsa seperti UN , OIC dan ASEAN gagal bertindak membela dan melindungi ratusan ribu nyawa Rohingya yang ditindas ,

Menyesali operasi penghapusan etnik Rohingya di Myanmar sudah berlalu  lebih  5 dekad yang mengakibatkan ratusan ribu yang terbunuh , puluhan ribu ditahan dan diseksa , ribuan yang dirogol , ratusan perkampungan yang dibakar , ratusan masjid yang dimusnahkan , ribuan dipaksa tukar agama , tanah dan harta etnik Rohingya yang dirampas ,

Menyedari pihak junta tentera  Myanmar tidak mahu tunduk kepada undang-undang antarabangsa mengenai hak asasi golongan etnik minoriti , oleh itu pihak berkuasa kerajaan Myanamr terus menerus melaksanakan operasi genocide ke atas etnik Rohingya.

MAKA KAMI KOMUNITI DARI PELBAGAI AGAMA , BANGSA DAN IDEOLOGI POLITIK BERSAMA PADA HARI SOLIDARITI ANTARABANGSA UNTUK ROHINGYA ,  24  hb Julai 2012  , MENEGASKAN BAHAWA KAMI:

1. Menyokong perjuangan etnik Rohingya di mana sahaja mereka berada diseluruh dunia untuk mendapat keadilan dan hak asasi mereka sebagai warga Negara yang sah di Myanmar ,

2 . Menyokong tuntutan etnik Rohingya untuk mendapat semula kewarganegaraan dan  memperolehi hak yang saksama dari segi politik , ekonomi dan sosial di Negara Myanmar,

3. Mendukung supaya pihak agensi antarabangsa.mendesak agar Myanmar memberi laluan untuk bantuan kemanusiaan disampaikan di negeri Arakan yang menjadi kawasan Rohingya paling terdedahkan kepada penindasan yang sangat kejam.

4. Bersedia untuk memberi sokongan semaksimanya untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa keganasan penghapusan etnik Rohingya oleh pihak tentera junta Myanmar ,

5. Menyokong supaya sebuah badan bebas antarabangsa dilantik untuk siasatan dilakukan ke atas pihak yang bertanggungjawab menjalankan proses  genocide ke atas etnik Rohingya dan mereka yang didapati bersalah didakwa di mahkamah anatarabangsa, manakala segala kerugian harta benda etnik Rohingya dibayar pampasan sewajarnya .

6. Menyokong agar penilaian semula mengenai kedudukan Myanmar sebagai anggota ASEAN dibincangkan jika penghapusan etnik Rohingya tidak dihentikan.

HENTIKAN PENGHAPUSAN ETNIK ROHINGYA , SEKARANG !!!

Dikeluarkan oleh Jawatankuasa Bertindak Antarabansa – Hentikan Penghapusan Etnik Rohingya d/a Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia , Suite 1, Tingkat 5 , Perak Techno Trade Center , Meru Raya , Jelapang , Ipoh Perak , Malaysia .

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden
One comment on “DEKLARASI SOLIDARITI BERSAMA ROHINGYA SEMPENA HARI SOLIDARITI ANTARABANGSA SEDUNIA UNTUK ROHINGYA
  1. PENGUATKUASA MYANMAR TERMASUK KEMENTERIAN PERTAHANAN TELAH MEMUTUSKAN DAN IKRAR SUPAYA MEREKA AKAN ATAS PEMEMBUNUHAN ROHINGYA TAMBAH LAGI MEREKA ROHINGYA SEMUANYA AKAN MENGUSIR DAN SEMUA INSAN BERAGAMA ISLAM DARI WILYAH ARAKAN (RAKHINE STATE), DAN MEREKA JUGA MENEGASKAN BAHAWA PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI ITU MEREKA TELAH MENGAMBIL BERTANGUNGJAWAB DAN ALASAN PEMBUMIHANYA ADALAH KERANA BERAGAMA ISLAM DI BUMI BUDHA (MYANMAR) INI ADALAH SAH BERHADAP MEDIA ANTARABANGSA MELALUI TALIFON DARI UK. DISAKSIKAN OLEH SETIAUSAHA MAPPIM (TUAN HAJI MOHD AZMI BIN ABDUL HAMID.. APAKAH UMAT ISLAM SEDUNIA HARUS KITA BUAT..? SAYA MERASAI TIDA ADA PLIHAN LAIN MELAINKAN MENGAMBIL BALAS DENDAM MENGIKUT UNDANG-UNDANG AL-QUR’AN DAN SUNNAH…..AITU (

    ا لجها د في سبيل ا لله

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,432 hits
Kalendar
Julai 2012
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
%d bloggers like this: