MAPIM MOHON KETUA BUDDHA HANTAR MESEJ KEPADA KERAJAAN MYANMAR

Setiausha Agong MAPIM , Mohd Azmi Abdul Hamid hari ini telah berjumpa dengan salah seorang Ketua Sami Buddha Malaysia iaitu Ketua Wad Nikhotaram En Ai Lap a/l Tim di Wad Buddha  di Alor Setar , Kedah dalam rangka memohon pemimpin agama itu mengadakan perbincangan bersama ketua-ketuanya yang lain mengenai isu penghapusan etnik Rohingya Muslim di Myanmar.

Azmi yang diringi oleh beberapa wakil Ngo Islam lain iatu Abim , Teras dan Persatuan Ulama Kedah telah diterima dengan baik di wad tersebut. Beliau telah menyerah sepucuk surat khas kepada Ketua Pemimpin Buddha itu untuk di bincang dengan Ketua Buddhab Malaysia yang berada  di wad  Padang Sera  di Kedah.

Dalam perbicangan itu Azmi telah menjelaskan kepada ketua sami tersebut bahawa pemimpin- pemimpin Buddha  di negara ini perlu bersuara diatas keganasan yang dilakukan oleh penganut agama Buddha yang esktrimis di Arakan , Myanmar.

Beliau menyatakan bahawa jika penganut Buddha di negara ini dapat hidup aman bersama dengan pelbagai penganut agama yang lain , kenapa kerajaan Buddha Myanmar memileh untuk melihat umat Islam Rohingya sebagai musuh untuk ditindas dan dizalimi.

Ai Lap bersetuju untuk mengangkat isu pembunuhan umat Islam di Myanmar dalam mesyuaratnya dengan ketua-ketua penganut Buddha di Malaysia . Beliau akan memohon agar dipertimbangkan mesej dari Malaysia dihantar kepada Ketua Buddha di Myanmar agar pembunuhan dan penindasan segera dihentikan.

Azmi juga menyatakan bahawa suatu pertemuan khas antara agama akan diadakan bagi menyatakan sikap mereka terhadap kezaliman kerajaan Myanmar keatas Rohingya Muslim .

Dalam pertemuan itu Ai Lap juga bersetuju supaya isu ini perlu diambil berat kerana agama Buddha tidak mengajar untuk menzalimi dan menindas orang lain.

 

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,639 hits
Kalendar
Julai 2012
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
%d bloggers like this: