KEMERDEKAAN TAHUN INI PERLU MEMBAWA MESEJ KERAKYATAN

Kenyataan Media TERAS

31hb Julai 2012

Tema kemerdekaan buat kali ke 55  punya signiikan yang tersendiri. Umur 55 tahun adalah umur yang memerlukan seseorang itu menjadi sangat matang dan dan boleh membuat anjakkan yang besar dalam kehidupan. Ini adalah kerana umur lebih setengah abad memerlukan negara menilai dengan jujur apa yang telah dicapai dan apa kelemahan yang maseh belum dapat diatasi.

Teras tergerak untuk memberi komen kepada tema kemerdekaan kali ini ialah kerana ia telah menimbulkan perdebatan .

Sementara ada yang cuba mempertahan tema yang asal iaitu “Janji Ditepati” , ramai yang berpandangan tema itu adalah kelanjutan dari tema Barisan Nasional yang kini giat mempopularkan mesej bahawa kerajaan telah menunaikan janji dan dengan itu harus dibekalkan berkuasa.

Akan tetapi bukankah kermerdekaan adalah persoalan yang berkait dengan perjuangan dan partisipasi rakyat serta soal kedaulatan . Tidakkah kemerdekaan ialah persoalan menjadikan negara dan seluruh rakyat sebagai entiti yang satu,  yang tidak boleh dipisah kerana tanpa negara tiada rakyat dan tanpa rakyat tiada negara.

Lantaran itu kemerdekaan semestinya membawa mesej kesatuan dalam perbedaan darjat , pemikiran serta warna kulit dan kaum dikalangan seluruh rakyat. Bila tema kemerdekaan tidak membawa pengertian asasi untuk menyuburkan rasa kebanggaan terhadap kedaulatan negara , maka sambutannya sendiri akan hilang erti.

Untuk menyambutnya dengan membawa agenda sebuah parti politik maka kemerdekaan bukan
lagi suatu penyatuan malah telah menjadi penyebab kepada perpecahan. Kemerdekaan yang disorot hanya dari kacamata sebuah parti politik tidak akan membawa kesan kebersamaan malah boleh menimbulkan perpecahan dan saling mencurigai.

Cukuplah pelbagai program kemerdekaan yang dilakukan  selama ini oleh Kerajaan yang sering menonjolkan hanya acara perarakkan dan acara hiburan , kini Teras mengesa agar sambutan dilaksanakan dengan tema yang lebih serius dan membayangkan pengertian kebersamaan rakyat dari semua golongan sebagai penyumbang kepada kemerdekaan.

Penekanan betapa harga kemerdekaan adalah terlalu mahal  untuk dibiar digadai oleh pihak tertentu yang mahu meraih kekayaan dan membolot kekuasaan , maka mesej kemerdekaan harus menanam semangat pengorbanan dan rasa maruah yang tinggi untuk negara dan rakyat.

Rakyat perlu diingatkan  pelbagai cabaran dari dalam dan luar yang boleh sahaja menghancurkan kemerdekaan yang dibina oleh golongan terdahulu .

Teras kecewa bila tema kemerdekaan tiba-tiba dicadangkan bernuansa agenda parti politik bukan kepada mesej yang mendalam yang mahu disuburkan dikalangan rakyat. Sebab inilah kali pertama tema kemerdekaan dijadi perdebatan kerana ia tidak berdasarkan kesatuan tetapi hanya mahu menonjolkan mesej sebuah parti politik.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden Teras Pengupayaan Melayu

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 323,969 hits
Kalendar
Julai 2012
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
%d bloggers like this: