RAKYAT PERLU CELIKKAN MATA DENGAN ISU GENOSID ROHINGYA

 

 Rakyat Malaysia digesa untuk mencelikkan mata melebarkan telinga terhadap isu genosid yang melanda kaum Rohingya di Arakan. Sejak 3 Jun yang lalu selepas satu kontroversi gadis Burma yang dituduh dirogol oleh 3 lelaki Rohingya di Sittwe Myanmar, walaupun tanpa bukti dan perbicaraan, puluhan ribu nyawa Rohingya telah melayang tanpa harga.

Mereka secara mendadak menerima lonjakan genosid semula walaupun sebelumnya kelihatan mulai reda sejak sinar demokrasi dikatakan kian muncul di negeri Buddha tersebut. Mereka mengalami bentuk genosid atau penghapisan jejak bangsa yang cukup dahsyat, dikepung, tiada muamalah jual beli dibenarkan, dibunuh oleh orang awam Buddha dengan lesen wewenang diberikan oleh tentera Burma serta aktiviti pemerkosaan yang cukup sadis.

Rakyat malaysia juga digesa menyokong tindakan pro-aktif  yang dijalankan oleh MAPIM sebuah ikatan NGO-NGO Islam Malaysia yang akan ke Myanmar esok, 1 Ogos 2012 (artikel ini ditulis sehari sebelum).

Menurut Setiausaha Agung Mapim Cikgu Haji Mohd Azmi Abdul Hamid ,  antara agenda pertemuan itu ialah untuk mendesak Presiden Thein Sein membenarkan misi kemanusiaan masuk ke Myanmar untuk membantu pelarian Rohingya tanpa gangguan ala barbarian seperti misi Mavi Marmara suatu ketika dahulu ke Palestin.

Mereka  juga akan berjumpa dengan pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan Aung San Suu Kyi bagi membincangkan isu yang sama memandangkan ikon demokrasi itu telah berkempen sekian lama isu kemanusiaan dan kebebasan.

Lebih bermakna, MAPIM akan membawa surat daripada para sami Buddha di Alor Setar yang menolak keganasan dan kezaliman kerana ia bercanggah dengan semangat ajaran Buddha. Sebelum ini MAPIM dan Persatuan Ulama’ Kedah telah berjumpa dengan salah seorang Ketua Sami Buddha Malaysia iaitu Ketua Wad Nikhotaram En Ai Lap a/l Tim di Wad Buddha  di Alor Setar , Kedah dalam rangka memohon pemimpin agama itu mengadakan perbincangan bersama ketua-ketuanya yang lain mengenai isu penghapusan etnik Rohingya Muslim di Myanmar.

Sebenarnya Aung Syu Kyi telah dihubungi oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim melalui panggilan telefon sejurus selepas MAPIM mengutus surat untuk menggesa pemimpin itu bertindak atas isu genosid ini.

Sebelumnya MAPIM telah menghantar surat kepada OIC, ASEAN, Setiausaha PBB, malah kepada Perdana Menteri Malaysia tetapi bagaikan anjing menyalak bukit. Tiada respon!

Malah yang menjadi kemarahan rakyat malaysia yang prihatin adalah apabila usul mengenai kezaliman ini dibawa oleh Dato’ kamarudin Jaafar ke dalam parlimen ia ditolak mentah-mneth oleh Speker Dewan Rakyat Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin bin Haji Mulia atas alasan tidak penting dan tdak relevan! Adakah nyawa umat islam di luar sana tidak penting sehingga berdiskusi pun dianggap membuang masa oleh kerajaan yang mengaku hebat di mata dunia Islam? Lebih menyedihkan, saat usul itu ditolak, telah 29 000 nyawa Rohingya melayang di Myanmar sejak 3 Jun 2012 yang lalu.

Perhatian isu ini secara teliti. Bayangkan jika Gaza dikepung da dibedil, sekurangnya mereka memiliki roket dan kerajaan HAMAS yang tegar menyerang balas. Rohinga tiada senapang malah tiada pedang pun untuk mempertahankan nyawa mereka. Mereka disembelih hidup-hidup!

Mereka tiada doa daripada umat islam selazim yang diterima oleh pejuang Chehnya, Afghanistan dan Palestin. Mereka tiada pengenalan diri, kad identiti  sehingga mereka dianggap tidak wujud dalam sejarah bangsa. Sekalipun rakyat patani dihimpit, mereka masih boleh bersekolah dan bebas ke bumi Malaysia, sedangkan Rohingya bakal menerima maut jika menyeberangi sungai sempadan ke Bangladesh.

Bersama kita doakan misi MAPIM ke sana serta menantikan kejayaan kapal pertama yang bakal mengangkut bantuan ke Arakan melalui jalan laut Insya Allah.

Muhammad Nuruddin Bashah

MEDIA TERAS PERAK

Muhammad Nuruddin Bashah
Jurutera Pengacuan (Molding)
Prima Metal Sdn Bhd
017-6291368
Advertisements
Dikirim dalam Agenda bertindak bangsa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,347 hits
Kalendar
Ogos 2012
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: