KENYATAAN PERDANA MENTERI BANGLADESH AMAT DIKESALI

Kenyataan Media MAPIM Dan SHURA

1 hb Ogos 2012

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) kesal dengan kenyataan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina , yang tidak mahu membantu pelarian Rohingya dari Arakan yang sedang ditindas dengan zalim oleh regim Myanmar.

Kenyataan beliau yang mengatakan Bangladesh tidak  bertanggungjawab untuk membantu pelarian itu adalah kenyataan yang tidak layak kelaur dari seorang pemimpin Islam dari sebuah negara umat Islam.

Sementara kita tidak menafikan bahawa Bangladesh memang sebuah negara yang miskin , itu tidak bermakna keadaan yang genting seperti yang dihadapi oleh etnik Rohingya untuk menyelamatkan nyawa tidak boleh dibantu , padahal mereka yang sedang dizalimi  adalah saudara seagama .

Lebih parah lagi Bangladesh pula tidak mahu bekerjasama untuk menghulurkan bantuan  kemanusiaan kepada pelarian di sempadan yang terdiri daripada kanak-kanak , wanita, orang tua dan orang yang cedera.

Pendirian yang diambil oleh beliau dalam isu yang sudah mendapat perhatian dunia sewajarnya dikutuk kerana tindakannya sama dengan bekas Presiden Mesir Husni Mubarak yang menutup sempadan Rafah yang telah menyekat sabarang bantuan untuk dihantar ke Gaza.

Kini keadaan pelarian yang terputus bekalan makanan bakal menghadapi kebuluran jika bantuan tidak segera dihantar . Laporan yang diterima keganasan ke atas Rohingya Muslim maseh berterusan oleh operasi tentera Myanmar dan esktremis Rakhine yang telah membunuh ribuan etnik Rohingya.

Nyawa kanak-kanak dan kaum wanita berada dalam keadaan yang sangat genting kerana pembunuhan tidak mengira umur sedang berlakukan secara sangat ganas dan brutal.

Bangladesh bertanggungjawab ke atas kematian begitu ramai orang Rohingya kerana menutup sempadan dalam keadaan dharurat yang sepatutnya difahami oleh Perdana Menteri Bangladesh.

Kami menegaskan bahawa seluruh pemimpin Islam dalam OIC dan gerakan Islam perlu segera bertindak untuk membela nasib umat Islam Rohingya yang sedang ditindas .

Tekanan kepada Myanmar dan Bangladesh hendaklah dilakukan semada menerusi saluran diplomasi mahupun saluran ketenteraan..

Usaha untuk masuk ke Arakan bagi mengekang pembunuhan etnik Rohingya yang maseh berterusan serta menghantar bantuan kemanusiaan perlu dilaksanakan tanpa lengah-lengah lagi.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agong MAPIM

Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 318,138 hits
Kalendar
Ogos 2012
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: