MISI DELEGASI NGO ASEAN BERANGKAT KE YANGON

Kenyataan Media MAPIM

1 hb Ogos 2012

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) hari ini 1 hb Ogos 2012  mengetuai delegasi ngo Asean untuk berangkat ke Yangon dari Terminal LCC Kuala Lumpur .

Delegasi ini akan berada di Yangon sehingga 3 hb Ogos yang dianggotai oleh wakil dari Malaysia , Indonesia , Thailand dan Kemboja .

Matlamat utama misi ini adalah untuk menyampaikan mesej pendirian Ngo ASEAN  yang jelas dan tegas mengenai isu penindasan dan kezaliman ke atas etnik Rohingya. Tuntutan  untuk pihak berkuasa Myanmar  membuka laluan agar agensi kemanusiaan dapat masuk ke Arakan dan menilai keperluan mangsa keganasan bagi melaksanakan operasi kemanusiaan sesegera mungkin , juga akan disuarakan.

Misi delegasi ini juga adalah dalam rangka untuk mendapat maklumat terkini dan secara langsung di Myanmar mengenai isu pembunuhan dan keganasan yang dihadapi oleh etnik Rohingya Muslim di negeri Arakan (sekarang Rakhine ) Myanmar.

Delegasi ini dijangka akan berusaha untuk bertemu dengan pimpinan kerajaan Myanmar dan pemimpin demokrasi Aung San Suu Kyi . Disamping itu pertemuan dengan pelbagai agensi kemanusiaan dan NGO tempatan juga akan diadakan .

Sementara itu delegasi akan cuba bertemu dengan ketua agama Buddha di Yangon dan menyatakan pendirian terhadap isu Rohingya.,

Misi ini diharap dapat mengumpul maklumat serta mengujudkan jaringan dengan pelbagai agensi dan ngo di Myanmar dalam rangka mengusahakan pembelaan terhadap etnik Rohingya Muslim.

Setakat ini agensi Ketua  UN Office for the Cordination of Humanitarian Affairs ,  Yangon Ms Barbara Manzi  sedia  bertemu dengan delegasi untuk berbincang mengenai isu tersebut.

Delegasi akan berusaha jika dibenarkan untuk bertolak ke Arakan untuk melihat sendiri status mangsa yang kini menjadi pelarian terutama di Akyab dan di sempadan Bangladesh.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausaha Agong MAPIM

Ketua Delegasi

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,907 hits
Kalendar
Ogos 2012
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: