MAPIM TUNTUT SEGERA LAKSANAKAN EKONOMI ISLAM JIKA TIDAK MAHU NEGARA BANGKRUP

Kenyataan Media MAPIM

6 hb Ogos 2012

MAPIM tuntut kerajaan segera laksana sistem ekonomi Islam yang menekankan persoalan keadilan sosial dan perbelanjaan yang berhemat.

Dengan meneliti pelbagai ketirisan wang nergara yang sangat tinggi melalui amalan rasuah , mengelak membayar culai , perbelanjaan kepada projek mega yang tidak perlu dan bukan keperluan sebenar  , kaedah perbelanjaaan yang sering tidak mengikut tatacara kewangan negara , anugerah tender yang tidak telus dan tidak memenuhi syarat yang sepatutnya , menuntut suatu pengurusan sistem ekonomi yang lebih terkawal , berhemat dan mengutamakan perbelanjaaan yang perlu sahaja dilaksanakan di negara ini.

Jelas kerajaan sekarang bukan lagi menjadi pengurus  wang negara yang baik bila tahap hutang Negara  yang melonjak tinggi kepada lebih Rm 456 bilion manakala  pengaliran wang haram mencecah Rm 1 trilion .

Peningkatan hutang kerajaan Persekutuan menunjukkan bahawa amalan pengurusan kewangan mengikut sistem ekonomi sekarang sangat tidak mapan malah bergerak ke arah krisis yang merbahaya.

Kebergantungan perbelanjaan negara kepada wang petroleum Petronas juga sangat tidak mapan kerana ia akan menyebabkan kewangan negara akan sentiasa bergantung kepada sumber yang tidak kekal dan tidak berkelanjutan .

Anehnya pendapatan Negara hanya meningkat pada kadar yang rendah walaupun wang petroleum diguna semaksimanya.

Kini didapati Perdana Menteri ghairah mengumumkan peruntukkan dihampir semua acara Perhimpunan Rakyat. Setiapkali beliau berucap jutaan peruntukkan diumumkan. Apakah perbelanjaaan itu manasabah dan memenuhi keperluan yang sebenar , tidak dipedulikan.

Sistem ekonomi Islam adalah satu-satunya jalan alternatif yang mempunyai sistem yang mempunyai prinsip dan kaedah pengurusan kewangan yang cukup berdisiplin sekaligus pendidikan gaya hidup yang mapan dikalangan dirakyat.

Sistem ekonomi yang ada sekarang sangat rapuh kerana ia tidak memberi perhatian kepada elemen keadilan sosial dalam ertikata sebenar dan mengalakkan budaya perbelanjaaan membazir .  Sistem yang dilaksana sekarang jauh dari mengutamakan perbelanjaaan yang memelihara keutuhan kerohanian rakyat.

Malah sistem ekonomi yang ada sekarang amat esploitatif dan tidak mengendahkan keperluan masa depan.

MAPIM berpendapat aspek kepimpinan ekonomi yang ada sekarang menjadi faktor utama kepada ssitem ekonomi menjurus kepada kebangkrupan.

Kerajaan sekarang  hanya memikirkan wang yang perlu dibelanjakan semaksima mungkin asalkan sokongan undi rakyat diperolehi. Kegelojohan pemimpin kerajaan menghamburkan wang tanpa melihat implikasi jangka panjang akan benar-benar mendedahkan Negara kepada keadaan muflis.

Namun dalam proses itu ketirisan tetap berlaku bila wang yang sebegitu tinggi mengalir kepada kroni yang membolot kekayaan dengan lumayan.

Pengurusan kewangan dalam ekonomi yang dilaksanakan selama ini mendedahkan negara kepada krisis ekonomi yang parah bila etika dan tatacara perbelanjaan kewangan yang betul tidak dipelihara.

Sesungguhnya MAPIM meneliti bahawa kerajaan yang ada sekarang tidak mempunyai disiplin perbelanjaan yang dapat menyelamatkan negara dari menuju kepada krisis seperti yang berlaku di Eropah .

Sangat jelas semua tanda perbelanjaan negara kini sudah tidak memperdulikan kesan jangka panjang yang akan ditanggung oleh rakyat. Dengan negara mendudukki tangga ke 5 dalam isu pengaliran wang haram didunia , dengan mengekalkan sistem ekonomi yang ada , pastikan akan meletakkan negara sebagai negara yang bakal berhadapan dengan isu muflis .

MAPIM menyarankan agar sistem ekonomi Islam berdasarkan syariat dilaksanakan secara menyeluruh bukan sahaja dalam sistem kewangan dan perbankan tetapi dalam seluruh dasar negara.

Penerapan disiplin kewangan dalam Islam hendaklah dilaksanakan dalam semua tatacara perbelanjaan agensi kerajaan , manakala Islamisasi ekonomi mikro dan makro perlu segera dilaksanakan.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agong MAPIM

pautan media : harakahdaily

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 330,856 hits
Kalendar
Ogos 2012
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: