TERAS KESAL NAZRI TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADHAN DALAM BERBICARA

Kenyataan Media TERAS

13 hb Ogos 2012

Bulan Ramadhan sepatutnya menjadi bulan semua umat Islam menahan segala keburukan peribadi yang tercela. Ini termasuk menahan lidah dari kata-kata yang buruk bukan sahaja kepada diri sendiri apatah lagi kepada orang lain.

Kenyataan Datuk Seri Mohammad Nazri , seorang Ahli Parlimen , yang merujuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kata-kata yang hina adalah sangat tidak wajar malah menunjukkan kebiadaban sebagai seorang piminan Melayu Muslim terutama pada bulan Ramadhan.

Kami mendapati inilah akibatnya dari terlalu mendalam perasaan permusuhan politik sehingga batas-batas akhlaq dalam bertutur tidak dipelihara. Beliau malah tidak peduli betapa kemuliaan bulan Ramadhan sangat menuntut seorang Muslim menjadikan Ibadat puasa sebagai benteng menghindari kata-kata yang buruk.

Beliau nampaknya tidak mempedulikan aikbat dari kata-kata yang buruk dan menghina orang lain . Apatah lagi sebagai seorang wakil rakyat , beliau gagal menunjukkan akhlaq yang baik dari segi berbicara.

Kami kesal bagaimana seorang ahli Parlimen yang sudah lama , malah berpengelaman sebagai seorang Menteri , menunjukkan contoh yang buruk kepada masyarakat.

Dendam kesumat dalam berpolitik telah melupakan beliau betapa perlunya menjaga akhlaq yang baik, dan menjaga tuturkata yang mulia bila mengeluarkan kenyataan.

Inilah yang membuat rakyat amat muak dan mual dengan budaya politik dikalangan ahli politik yang terlalu ghairah dengan menyerang musuh tanpa menghirau implikasi kepada akhlaq sebagai tunjang kepada keperibadian yang dituntut oleh Islam.

Kenyataan Nazri yang buruk dan kesat ini dikeluarkan dalam bulan Ramadhan yang sepatutnya membina kehalusan kepribadian dalam pelbagai aspek .

Ahli agama perlu menegur ahli politik seperti ini supaya ia tidak menjadi budaya yang boleh menghina kemuliaan Islam itu sendiri. Ahli Parlimen seperti ini tidak layak dilantik jika mengamalkan mulut yang celupar yang merosakkan imej Islam dikacamata orang bukan Islam.

Teras mengesa suatu etika berpolitik Islam diamalkan oleh semua ahli politik di Negara ini. Budaya mengfitnah dan mencerca dengan kata-kata diluar batas akhlaq hendaklah di hentikan. Kaum Muslimin yang peka dan seriuos untuk melahirkan budaya politik yang sihat dan bermaruah perlu menolak mereka yang bertindak dengan melampau hanya untuk meraih undi.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden TERAS

pautan media : harakahdaily

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 347,201 hits
Kalendar
Ogos 2012
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: