MAPIM DAN SHURA SERTAI FORUM ANTARABANGSA ISU ROHINGYA DI BANGKOK

17 hb Ogos 2012

Cikgu Azmi , Setiausaha Agong MAPIM bersama 2 orang petugas MAPIM ( Sany Araby Dan Ereeta Abdul Rahman), dan Ustaz Amin Menjamin , Pengerusi SHURA Thailand telah menyertai forum antarabangsa mengenai Isu Rohingya di Universiti Thamasat , Bangkok pada 15 hb Ogos 2012 kelmarin.

Cikgu Azmi telah diberi penghormatan untuk membentang pandangan MAPIM dan SHURA terhadap isu Rohingya yang kini mendapat perhatian antarabangsa . Beliau telah menegaskan bahawa perbincangan yang terhenti hanya kepada hujah akademik semata-mata tidak akan menyelesaikan isu tersebut .Tindakan konkrit perlu dilaksanakan untuk membela nasib etnik Rohingya Muslim yang tertindas.

Beliau kesal wakil kumpulan Rakhine yang mempertahankan tindakan mereka melaksanakan penghapusan etnik Rohingya tidak hadhir di forum yang dianjur oleh Yayasan People’ ASEAN People’s Empowerment itu . Ahli Panel  , Dr Abid Zahar dari Kanada dan  Dr Habib Siddiqi dari Amerika yang mempunyai hujah kukuh mengenai hak kerakyatan Rohingya di Myanmar telah membentang hujah ilmiah yang meyakinkan mengenai isu bahawa etnik Rohingya adalah pribumi di bumi Arakan. Oleh itu mereka berdiri teguh bahawa penolakkan kerajaan Myanmar terhadap etnik Rohingya sebagai warga Myanmar adalah bertentangan dengan hak asasi manusia antarabangsa .

Kumpulan Rakhine Buddhis yang kini terus menjalankan kempen membenci Umat Islam Rohingya khususnya ternyata tidak berani berdepan dengan hujah ilmiah apatah lagi menerima kebenaran. Mereka telah dijemput untuk berdepan secara terbuka dalam forum tersebut , tetapi ternyata menarik diri dari menghadhirkan diri kerana khuatir mereka tidak mampu mempertahankan sikap mereka yang rasis itu.

Forum itu telah menyahut pengumuman Cikgu Azmi bahawa seluruh dunia perlu digembleng untuk memberi tekanan kepada kerajaan Myanmar. Forum tersebut telah menyambut dengan penuh semangat mengenai inisiatif MAPIM dan SHURA yang akan menganjurkan misi Flotilla Antarabangsa ke Arakan untuk mendesak Myanmar bertindak membuka sempada Arakan agar boleh dimasukki agensi kemanusiaan antarabangsa.

Rumusan Forum itu menerima bahawa inisiatif MAPIM dan SHURA adalah suatu upaya yang konkrit dan seluruh peserta diminta menyokong misi Flotilla yang akan dijayakan pada awal September ini.

Sementara itu delegasi MAPIM dan SHURA juga telah mengadakan perbincangan dengan NGO Islam di Markaz Islam Thailand. Cikgu Azmi telah menyeru agar NGO di Thailand bertindak lebih aktif mengenai isu Rohingya kerana mereka adalah bersempadan dengan Myanmar. Ketua Esksekutif Markaz Islam En.Niti bersetuju supaya NGO Islam Thailand mengambil inisiatif lebih cergas bukan sahaja dalam soal bantuan kemanusiaan malah dalam isu utama keganasan ekstremis Rakhine Buddhis yang sudah lama berlaku di Myanmar ke atas Rohingya di Negara tersebut sejak 1942 lagi.

Laporan oleh
Ilham Syatirah
Ketua Komunikasi Flotila 2 Arakan
Tel 0124133245

Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 318,138 hits
Kalendar
Ogos 2012
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: