MAPIM DESAK KEANGGOTAAN MYANMAR DISEMAKSEMULA DAN DIGANTUNG DARI ASEAN

Kenyataan Media MAPIM

25 hb Ogos 2012

MAPIM mendesak agar Malaysia mengambil tindakan tegas menyemak semula kedudukan Myanmar dalam ASEAN berdasarkan  penghapusan etnik Rohingya Muslim yang maseh berterusan dilakukan oleh pihak keselamatan yang bersekongkol dengan golongan ekstremis Rakhiine Buddhist.

Sehingga ini keganasan , pembunuhan , membakar masjid dan perkampungan Rohingya Muslim di Arakan , Myanmar berterusan walaupun masyarakat antarabangsa sudah menyuarakan keprihatinan terhadap situasi di negara tersebut. Lebih parah lagi Myanmar menutup sebarang akses media yang bebas serta agensi bantuan kemanusiaan untuk masuk ke Arakan yang menjadi provinsi Umat Islam Rohingya yang paling ditindas .

Sehingga ini Malaysia maseh belum menyatakan pendirian yang jelas mengenai keganasan ke atas Umat Islam Rohingya Myanmar walaupun suatu ketetapan telah dikeluarkan dalam persidangan OIC  di Jeddah baru-baru ini bahawa semua Negara OIC perlu menyemak semula perhubungan diplomatik dengan Myanmar.

Respon Myanmar untuk mengujudkan badan siasatan khas yang dianggotai oleh  Rakhine Buddhis yang merupakan seorang pendalang kepada kempen membenci dan melancarkan serangan keatas Rohingya Muslim tidak boleh diterima sebagai tindakan yang positif kerana regim Myanmar jelas cuba bermuslihat untuk mengaburi mata dunia terhadap polisi menghapuskan etnik Rohingya yang maseh kekal.

Malaysia perlu mengambil inisiatif yang berani atas nama hak kaum minoriti serta hak asasi manusia bahawa jika Myanmar maseh berdegil maka persidangan khas ASEAN perlu diadakan untuk membincangkan usul menggantung keanggotaan Myanmar dalam ASEAN serta memutuskan hubungan diplomatik dengan Negara tersebut.

MAPIM menegaskan bahawa isu pokok yang perlu ditangani ialah isu penafian hak kerakyatan etnik Rohingya di Myanmar. Isu ini menjadi persoalan yang utama jika isu yang lain hendak diatasi. Bermakna Myanmar tidak mahu menghentikan operasi penghapusan etnik kerana menganggap etnik Rohingya adalah pendatang haram.

Oleh kerana itu Negara anggota ASEAN dan OIC tidak punya pilihan , selain memberi tekanan politik antarabangsa keatas Myanmar untuk mengubah dasarnya terhadap etnik Rohingya.

Ketetapan di persidangan OIC perlu dilaksanakan sepenuhnya untuk memastikan sejarah Palestin tidak berulang lagi , yang mana OIC dilihat sebagai badan antarabangsa Umat Islam yang tidak punyai wibawa untuk menekan Israel menghentikan penghapusan etnik Palestin di Tebing Barat dan di Gaza.

Mohd Azmi Abdul Hamid

Setiausaha Agong MAPIM

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 335,432 hits
Kalendar
Ogos 2012
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: