PARTI PERKAUMAN DAN ANTI ISLAM AKAN HANCURKAN NEGARA

Kenyataan Media TERAS

22 hb Ogos 2012

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berpendirian parti politik yang berciri perkauman dan bersikap anti Islam adalah merbahaya dan perlu ditolak oleh rakyat.

Jelas parti yang membawa sentimen membenci Islam dengan menuding undang-undang Islam sebagai undang-undang yang tidak sesuai dilaksanakan di negara ini adalah lebih bahaya dan boleh membangkitkan kemarahan kaum Muslimin dan menfitnah Islam sebagai agama Persekutuan yang disepakati sejak kemerdekaan dicapai..

Kini terdapat parti politik yang terang-terangan menyatakan bahawa jika parti pembangkang dapat dikalahkan dan BN berkuasa , ia akan memastikan negara atau negeri yang diperintah tidak akan menjadi negara atau negeri Islam.

Implikasi dari pernyataan yang dikeluarkan secara terbuka dalam perhimpunan parti tersebut jelas mengistiharkan  permusuhan yang khusus kepada Islam .

Soalnya kenapa permusuhan terhadap negara Islam kini menjadi isu utama sedangkan jelas yang sepatutnya perlu diberi perhatian ialah kewajaran sebuah pemerintah Islam ditegakkan untuk menegakkan keadilan sosial ekonomi dan politik yang gagal ditegakkan oleh sistem pemerintahan yang lain.

Ketua parti gabungan Barisan Nasional hendaklah bersedia menyatakan pendirian terhadap kenyataan parti rakannya MCA. Jika benar Umno menyatakan Islam boleh dimartabatkan dengan ujudnya kesepakatan antara parti orang Melayu , apakah Umno bersedia menolak kenyataan parti rakannya dalam Barisan Nasional mengenai isu ini.

Teras mendapati bahawa kejujuran Umno untuk bersepakat menegakkan hak Islam boleh dipersoalkan lantaran jelas niat utamanya hanya untuk berkuasa , bukan untuk menegakkan Islam.

Sekarang bola berada digelanggang Umno . Jika ia tidak membuat pendirian tegas mengenai isu ini , maka anjuran untuk berbincang dengan Pas mengenai menjaga dan menegakkan Islam di negara ini hanya sandiwara yang diulangi sekali lagi.

Teras menolak permainan politik perkauman dalam menegakkan Islam . Kepentingan Islam adalah mengatasi kepentingan politik , walaupun politik adalah wasilah untuk menegakkan Islam. Jika percaturan politik mewarnai strategi untuk menegakkan Islam namun berakhir dengan pengadaian hak Islam dalam membangunkan negara , maka  ia adalah tertolak dan perlu dibenteras.

Parti politik yang bercirikan perkauman sempit juga tidak boleh diterima sebagai peneraju kepimpinan negara lantaran ia pasti akan berhadapan dengan kebutuan bila masing-masing kaum membuat tuntutan bukan untuk kepentingan semua tetapi hanya semata-mata untuk kepentingan kaumnya.

Kepentingan kaum yang mengatasi kepentingan Islam hanya berakhir dengan pertembungan yang tidak berhujung. Mereka yang meraih kesempatan untuk memimpin kaumnya akan mengeksploitasi sentiment bangsa lebih dari memelihara nilai keadilan dan kebenaran.

Teras menolak dengan tegas eskplotasi sentimen kaum yang tidak berteraskan Islam. Memperjuangkan kaum tanpa prinsip yang jelas berdasarkan tuntutan Quran dan pendekatan Sunnah yang sohih adalah tertolak.

Sememangnya politik Malaysia sukar untuk mengenepikan kepentingan kaum , akan tetapi dalam jangka masa panjang isu pokok seperti keadilan sosial , menjaga keseimbangan kemajuan ekonomi antara kaum , mengujudkan negara hukum , hendaklah menjadi teras dan tunjang dalam membangunkan negara.

Sementara itu , rakyat perlu menghormati bahawa kesepakatan bernegara antara semua kaum dinegara ini yang berkaitan dengan kedudukan Islam , bahasa dan kebudayaan ketika kemerdekaan dicapai perlu dipelihara .

Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden Teras Pengupayaan Melayu

Advertisements
Dikirim dalam Minda Presiden

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Perhubungan TERAS

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai TERAS Pengupayaan Melayu (TERAS), sila hubungi:

Salman Siddiqiy (019-4013782)
Cikgu Azmi (019-4744856)
Tarmizi (017-5606131)

KELAS BAHASA ARAB
(selangkah memahami al-Quran dan As-sunnah)
Di Kiosk Palestin, Sungai Petani
Hubungi : Ustaz Salman 019-4013782

laman utama
Jumlah Pengunjung
  • 342,885 hits
Kalendar
Ogos 2012
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
%d bloggers like this: